Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ba.da.nan] | ڤربادنن

Definisi : agensi yg ditubuhkan oleh kerajaan utk menjalankan (melaksanakan) fungsi yg tertentu: ~-~ yg bebas spt Lembaga Letrik Negara dan Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang;P~ Kewangan Antarabangsa;P~ Kemajuan Ekonomi Negeri;P~ Perfileman Nasional; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ba.da.nan] | ڤربادنن

Definisi : jabatan kerajaan yg ditubuhkan mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri; badan berkanun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perbadanan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud perbadanan kerajaanPerbadanan kerajaan ialah jabatan kerajaan yang ditubuhkan mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri; badan berkanun.Lain-lain21.04.2010
Saya ingin memohon semakan kata nama am dan khas daripada pihak DBP merujuk kepada perkataan-perkataan yang dilampirkan di bawah; 1. Perbadanan Awam atau perbadanan awam? 2. Badan Berkanun atau badan berkanun? 3. kategori kata nama bagi 'Suruhanjaya', 'kerajaan', 'pihak berkuasa' 4. Bumiputera Sabah atau bumiputera Sabah? 5. agensi separuh kerajaan atau Agensi Separuh Kerajaan? 6. 'Terdapat 2 jenis jabatan...' atau 'Terdapat dua jenis jabatan...' Terima Kasih.Ejaan yang betul ialah perbadanan awam, badan berkanun, suruhanjaya, kerajaan, pihak berkuasa, bumiputera Sabah, agensi separuh kerajaan dan jabatan.Tatabahasa01.12.2014
Ayat di bawah, yang mana satu adalah benar? "Adalah juga" atau "juga adalah" atau "juga"? Contoh : 1)Pihak tuan "adalah juga" dikehendaki mengemukakan Akaun Perbadanan Pengurusan A. 2)Pihak tuan "juga adalah' dikehendaki mengemukakan Akaun Perbadanan Pengurusan A. 3)Pihak tuan "juga" dikehendaki mengemukakan Akaun Perbadanan Pengurusan A.Ayat yang betul ialah : 3)Pihak tuan juga dikehendaki mengemukakan Akaun Perbadanan Pengurusan A. Untuk makluman, kata pemeri 'adalah' hadir di hadapan farasa adjektif dan frasa sendi nama.Penggunaan kata pemeri 'adalah' amat terbatas dan sebenarnya kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu.Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja.Tatabahasa31.10.2011
Apakah perbezaan di antara PERBADANAN dan LEMBAGA?

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perbadanan ditakrifkan sebagai agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk menjalankan fungsi yang tertentu. Lembaga pula ditakrifkan dengan pelbagai maksud, iaitu  1. bakal (manusia, tumbuhan dan binatang), benih, jauhar, asal mula (bagi sesuatu);  2. bentuk yg mula-mula (yang asal), acuan atau cetakan; 3. bentuk sesuatu benda (yang kurang jelas rupanya); 4. perbadanan yg menjalankan sesuatu tugas; 5. ketua suku (di Negeri Sembilan).  

Makna11.01.2017
Salam sejahtera Untuk makluman, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam sedang dalam proses menyediakan Pelan Strategik Perbadanan bagi tempoh 2014 hingga 2020. Sehubungan itu, antara Teras yang telah dipersetujui adalah seperti berikut: 1. MENDIDIK MASYARAKAT SUPAYA BERTANGGUNGJAWAB DALAM PENGURUSAN SISA PEPEJAL YANG LESTARI; 2. PENGGUNAAN TEKNOLOGI SISA PEPEJAL YANG TERKINI, KOS EFEKTIF DAN LESTARI. Merujuk kepada Teras berikut, sukacita dipohon jasa baik tuan/puan untuk melakukan semakan kesesuaian penggunaan bahasa merujuk kepada perkataan LESTARI. Segala perhatian dan kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini diucapkan terima kasih. Sekian. Zaitun Araship Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam 0322459335, 0127527042Pada pandangan kami perkataan "lestari" tidak sesuai digunakan kerana lestari bermaksud tidak berubah-ubah, kekal, tetap. Manakala penggunaan frasa "kos efektif" tidak dibenarkan kerana tidak menetapi tatabahasa bahasa Melayu. Frasa yang boleh digunakan ialah keberkesanan kos.Tatabahasa21.10.2013
Salam, apakah terjamahan bagi makna sister company? Sister company adalah bila perbadanan itu ialah subsidiari syarikat pemegangan suatu perbadanan yang lain. Atau dalam erti kata lain, sister company ini apabila terdapat dua syarikat yang mana kedua-duanya mempunyai satu parent company yang sama yang memegang mereka.Dalam data rujukan kami, terdapat istilah sister-subsidiary yang dipadankan sebagai subsidiari seinduk. Sehubungan dengan itu, cadangan bagi sister company ialah syarikat seinduk jika bersesuaian.Penyemakan dan penterjemahan27.08.2020
Contoh ayat: Anggota Perbadanan dipohon untuk menimbang dan meluluskan cadangan .......... soalan - sama ada penggunaan "dipohon" itu tepat atau tidak dan jika salah, mohon mencadangkan ayat yang tepat...TQPenggunaan yang tepat adalah seperti yang berikut: Anggota Perbadanan dimohon untuk menimbangkan dan meluluskan cadangan .... Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat , halaman 1040 dan 1220.Tatabahasa31.03.2009
Ayat “A body corporate shall be deemed to be established in Malaysia” diterjemahkan sebagai “Sesuatu pertubuhan perbadanan hendaklah disifatkan ditubuhkan di Malaysia”. Sama ada terjemahan ayat di atas adalah tepat dari segi tatabahasa terutamanya perkataan "disifatkan ditubuhkan" yang menggabungkan dua kata kerja pasif?Ayat yang betul ialah Sesuatu pertubuhan perbadanan hendaklah disifatkan sebagai ditubuhkan di Malaysia.Tatabahasa14.07.2021
sambungan ... menyerahhakkan, menyerahkan balik dan memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau tak alih yang terletakhak pada Perbadanan atas apa-apa terma sebagaimana yang didapati patut oleh Perbadanan,…” 4. Jawapan segera daripada pihak Tuan amat dihargai. Sekian, terima kasih. AIN-NUR ‘AMIYERRA AWOD BINTI ABDULLAH Bahagian Penyemakan dan Pembaharuan Undang-Undang Jabatan Peguam NegaraPerkataan atau frasa yang puan berikan terlalu umum. Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman yang menyeluruh berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Padanan yang diberikan juga perlu selaras untuk keseluruhan  teks, khususnya teks laras undang-undang. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.

Untuk maklumat tambahan berkaitan padanan istilah, puan boleh melayari laman web PRPM melalui https://prpm.dbp.gov.my
Penyemakan dan penterjemahan09.02.2022
Ayat “no body corporate shall be deemed to be so established if and so long as it is operating wholly outside Malaysia” diterjemahkan sebagai “Tiada pertubuhan perbadanan boleh disifatkan ditubuhkan sedemikian itu,jika dan selagi ia beroperasi keseluruhannya di luar Malaysia. Sama ada terjemahan tersebut tepat dari segi tatabahasa?Sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan puan, kami mencadangkan ayat seperti yang berikut:

"Tiada pertubuhan perbadanan boleh disifatkan sebagai ditubuhkan sedemikian, jika sepanjang penubuhannya pertubuhan perbadanan itu beroperasi sepenuhnya di luar Malaysia"
Penyemakan dan penterjemahan16.07.2021
12345678

Kembali ke atas