Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ban.da.ran] | ڤرباندرن

Definisi : 1. yg berkaitan dgn bandar (pd pelbagai aspek spt pentadbiran dll): kawasan ~ Kuala Lumpur; 2. ark pabean, pejabat pelabuhan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ban.da.ran] | ڤرباندرن

Definisi : hal ehwal ttg cara mentadbirkan atau mengurus bandar; pentadbiran bandar: Majlis ~ Taiping. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perbandaran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perkataan lain yang boleh digunakan untuk menggantikan perkataan SEMARAK.. Larian semarak perbandaran Semarak pengisytiharan perbandaranPerkataan Semarak boleh juga digantikan dengan perkataan lain, contohnya perkataan gemilang.  Namun begitu, perkataan semarak amat digalakkan sekiranya bersesuaian dan mengikut konteks ayat.Makna05.09.2017
Perbandaran yang bakal melakar personaliti yang tersendiri. Adakah bahasa melayu di atas betul?Perbandaran yang bakal melakar personaliti yang tersendiri. Ayat ini kurang tepat dari segi maknanya. Perbandaran perihal pentadbiran bandar, manakala personaliti bermaksud keperibadian seseorang.Tatabahasa26.01.2018
Saya keliru dengan bandaran dan perbandaran. Maksud kedua-duanya sama iaitu berkaitan dengan bandar. Tapi macam mana nak bezakan penggunaannya sebab ada Majlis Bandaran dan ada Majlis Perbandaran.Kedua-duanya boleh digunakan jika merujuk pada municipal, municipality atau town bergantung pada konteks istilah tersebut, contohnya municipal board (lembaga bandaran/perbandaran) dan town council (majlis bandaran/perbandaran). Walau bagaimanapun, istilah yang lebih tepat dan persisi dari segi bahasa ialah perbandaran.Tatabahasa13.07.2010
Rosminatun Nasa Oct 23rd, 3:09pm Saya nak tanya..saya nak daftar singbord kedai ke majlis perbandaran..tapi majlis perbandaran mahu kan cop dan pengesahan dari dewan bahasa dan pustaka...jadi saya nak tanya macam mana saya nak dapat kan cop daripada dewan bahasa dan pustaka tu?Pengesahan bahasa dalam iklan kini boleh dibuat secara dalam talian. Kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain23.10.2015
Majlis Perbandaran Seberang Perai dalam proses untuk menubuhkan jawatankuasa berkaitan bahasa Melayu. Oleh yang demikian, mohon nasihat pihak DBP berkaitan terma rujukan (TOR) yang bersesuaian dengan kepentingan jawatankuasa ini dalam PBT. Sekian, Terima KasihPihak puan boleh merujuk kertas cadangan penubuhan Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan Sektor ICT oleh pihak MAMPU seperti yang dilampirkan.Lain-lain04.09.2014
Pihak Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah telah meminta saya untuk mendapatkan kelulusan bagi karya seni papan tanda yang akan digunakan untuk perniagaan saya. Sila rujuk kepada lampiran fail.
Untuk pengesahan iklan, tuan/puan perlu memilih Khidmat Pengesahan Bahasa.
Lain-lain24.04.2017
Antara tiga nama bagi kerajaan tempatan berikut, yang manakah tepat (1) Majlis Perbandaran Bandar Raya Pelancongan Langkawi; (2) Majlis Bandar Raya Melaka Bersejarah; dan (3) Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam? Yang mana satu yang betul?Yang betul ialah Majlis Bandar Raya Melaka Bersejarah dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam.Lain-lain26.06.2006
NOTA: Peralatan di taman ini adalah terhad kepada kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah sahaja. Segala risiko di atas penggunaan peralatan disini adalah tanggungjawab pengguna. Ingatan mesra dari YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG 1. TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK ADALAH DI BAWAH UNDANG-UNDANG KECIL MAJLIS PERBANDARAN SEPANG. 2. MEROSAKKAN HARTA BENDA DI TAMAN PERMAINAN INI ADALAH MERUPAKAN SATU PERBUATAN YANG TIDAK BERETIKA DAN BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG- UNDANG. 3. IBU BAPA ATAU PENJAGA PERLU SENTIASA MENGAWASI ANAK-ANAK MEREKA SEMASA BERADA DI TAMAN PERMAINAN INI. 4. PIHAK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KEMALANGAN ATAU KECEDERAAN YANG BERLAKU SEMASA MENGGUNAKAN ALATAN-ALATAN DI TAMAN PERMAINAN INI. ADUAN KEROSAKAN SILA HUBUNGI: BAHAGIAN LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TEL NO: 03-87782000NOTA:
Peralatan di taman ini terhad kepada kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah sahaja. Segala risiko menggunakan peralatan di sini ialah tanggungjawab pengguna.
Ingatan mesra daripada YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

1. TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK ADALAH DI BAWAH UNDANG-UNDANG KECIL MAJLIS PERBANDARAN SEPANG. 2. MEROSAKKAN HARTA BENDA DI TAMAN PERMAINAN INI MERUPAKAN SATU PERBUATAN YANG TIDAK BERETIKA DAN BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG.
3. IBU BAPA ATAU PENJAGA PERLU SENTIASA MENGAWASI ANAK-ANAK MEREKA SEMASA BERADA DI TAMAN PERMAINAN INI.
4. PIHAK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEMALANGAN ATAU KECEDERAAN YANG BERLAKU SEMASA MENGGUNAKAN ALATAN DI TAMAN PERMAINAN INI.
ADUAN KEROSAKAN, SILA HUBUNGI:
BAHAGIAN LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN SEPANG
NO. TEL.: 03-87782000
Tatabahasa22.11.2013
Majlis Perbandaran sedang kini berkolaboratif dengan syarikat swasta untuk menjadikan bandar Cyberjaya sebagai bandar hijau1. Majlis Perbandaran sedang/kini berkolaboratif dengan syarikat swasta untuk menjadikan bandar Cyberjaya sebagai bandar hijau.
2. Sila pilih perkataan sedang atau kini.
Lain-lain10.01.2014
1. Pekerja-pekerja Majlis Perbandaran sedang __________ dahan pokok di tepi jalan untuk mengelakkannya daripada mengenai tiang elektrik. A.memangkas B.Mencantas. 2. Apa perbezaan memangkas dan mencantasPekerja-pekerja Majlis Perbandaran sedang memangkas/mencantas dahan pokok di tepi jalan untuk mengelakkannya daripada mengenai tiang elektrik. Memangkas dan mencantas mempunyai makna yang sama, iaitu memancung hujung dahan.Tatabahasa17.04.2012
12345678910...

Kembali ke atas