Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ban.da.ran] | ڤرباندرن

Definisi : 1. yg berkaitan dgn bandar (pd pelbagai aspek spt pentadbiran dll): kawasan ~ Kuala Lumpur; 2. ark pabean, pejabat pelabuhan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ban.da.ran] | ڤرباندرن

Definisi : hal ehwal ttg cara mentadbirkan atau mengurus bandar; pentadbiran bandar: Majlis ~ Taiping. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perbandaran


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DAMPIER

Dampier (pend. 2201) ialah sebuah pelabuhan

laut dalam dan perbandaran di King Bay (Teluk

King) di sebelah pantai barat laut Autralia Barat.

Pelabuhan ini dibina oleh Hamersely Iron Pty. Ltd.

sebagai jalan keluar utama bagi bijih besi yang

diperoleh dari Mount Tom Price dan Paraburdoo.

UMUM 
SHAH ALAM

Shah Alam (pend. 500 000), ibu negeri Selangor

Darul Ehsan. Shah Alam meliputi kawasan seluas

290 kilometer persegi yang menjadikannya

kawasan perbandaran terbesar di negeri Selangor.

Shah Alam terletak lebih kurang 30 kilometer dari

Kuala Lumpur, dan kedudukannya adalah di antara

Kuala Lumpur dengan Kelang. Shah Alam turut

dikenali sebagai Bandar Anggerik.

UMUM 
AUCKLAND

Auckland (pend. 855 571), berserta subbandarnya

dan bandar satelitnya, ialah pusat penduduk yang

terbesar di New Zealand. Lebih daripada suku

penduduk negara ini tinggal di sini. Penduduk di

kawasan Majlis Perbandaran Auckland adalah 315

668 orang. Kawasan bandarnya berpusat di bandar

Auckland . Ia juga termasuk bandar di sekeliling

Takapuna, Teluk Pantai Timur (East Coast Bays) dan

Birkenhead di utara; Waitemata dan Gunung Albert

di barat; Manukau, Papakura, dan Papatoetoe di

selatan; dan beberapa pekan lain. Kawasan pusat

perniagaannya terletak di sekitar Queen Street di

bandar Auckland. Iklim yang nyaman di Auckland,

peluang perniagaan dan rekreasi, dan keindahan

pemandangannya telah menarik kedatangan orang

dari Kepulauan Pasifik, Eropah, dan bahagian-

bahagian lain di New Zealand.

UMUM 
BANDAR RAYA

Bandar raya, kawasan perbandaran yang besar yang terdiri daripada pusat bandar dan bandar-bandar satelit.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
KOWLOON

Kowloon (pend. 799 123), juga dikenali sebagai

Jiulong atau Chiulung, dan New Kowloon (pend.

1 651 064) merupakan sebahagian daripada

kawasan perbandaran yang besar di Hong Kong,

yang sebelum ini ialah wilayah tanggungan United

Kingdom.

UMUM 
AGLOMERASI

Aglomerasi, proses kewujudan subbandar hasil daripada perkembangan kawasan bandar atau perbandaran sedia ada.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
BURUNDI

Burundi ialah salah satu negara terkecil dan

paling padat penduduk di Afrika. Negara ini

mempunyai jumlah penduduk melebihi 200 orang

per kilometer persegi, iaitu kira-kira sembilan

kali ganda kepadatan penduduk seluruh Afrika.

Bujumbura ialah ibu negara dan menempatkan

komuniti perbandaran terbesar.

UMUM 
PERBADANAN

Perbadanan ialah individu atau kumpulan yang

memperoleh satu piagam yang memberinya hak

dan keutamaan perundangan yang tertentu.

Sesebuah perbadanan boleh memiliki harta,

membeli dan menjual, mengeluarkan barangan,

dan mengambil tindakan undang-undang seolah-

olah ahlinya adalah seorang individu. Jenis

perbadanan yang paling dikenali ialah

perbadanan perniagaan. Jenis-jenis perbadanan

lain termasuk perbadanan perbandaran,

perbadanan milik kerajaan, dan perbadanan

separa awam.

UMUM 
AUGSBURG

Augsburg (pend. 125 193) ialah bandar komersial

dan perindustrian di selatan Jerman. Untuk

lokasinya, lihat Jerman (peta politik). Augsburg

terkenal kerana bangunan Zaman Pertengahan dan

Zaman Renaissance yang terpulihara baik.

Banyak mercu tandanya termasuk katedral

Augsburg, yang dibina sejak tahun 900-an M.; dan

dewan perbandaran yang disiapkan pada tahun

1620. Beberapa bangunan Zaman Renaissance

yang indah terletak di Maximilianstrasse dan

Karolinenstrasse, dan dua batang jalan yang

terkenal di pusat bandar. Kilang di Augsburg

membuat keluaran seperti bahan kimia, barang

elektronik, jentera, dan tekstil.

UMUM 
STADIUM

Stadium ialah struktur besar untuk penonton

yang dibina mengelilingi padang permainan atau

arena. Stadium mempunyai tempat duduk yang

diatur dalam baris. Dari tempat duduk ini,

penonton dapat melihat acara sukan dan acara

awam lain seperti konsert. Stadium terbesar di

dunia termasuklah Stadium Strahov di Prague,

Republik Czech, dan Stadium Perbandaran

Maracana di Rio de Janeiro, Brazil. Kedua-dua

stadium ini boleh menampung lebih daripada

200 000 penonton.

UMUM 
12

Kembali ke atas