Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perbandingan berat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
acceleration of gravitypecutan gravitiGeologiTiadaKadar perubahan halaju terhadap masa disebabkan oleh daya graviti juga perbandingan nisbah berat terhadap jisim sesuatu benda.
acceleration of gravitypecutan gravitiFizikMekanikKadar perubahan halaju terhadap waktu disebabkan oleh daya graviti atau dimaksudkan juga perbandingan nisbah berat terhadap jisim sesuatu benda. Pecutan graviti dialami oleh semua benda yang jatuh secara bebas. Nilai pecutan graviti juga bergantung pada ketinggian dan kedudukan dari pusat bumi. Nilai dan simbol pecutan graviti yang biasa digunakan ialah g = 9.80665 ms-2.
buoyancykeapunganMeteorologiMeteorologi PerhubunganKebolehan objek mengapung pada permukaan cecair atau naik dengan sendirinya, dan terampai dalam bendalir termampatkan, seperti atmosfera. Secara kuantitatif keapungan boleh dinyatakan sebagai perbandingan antara gerat spesifik bendalir dengan berat spesifik objek, atau sebagai berat bendalir yang tersesar tolak berat objek.
discriminationdiskriminasiSains PolitikPolitik PerbandinganAksi, tindakan, layanan atau proses yang berat sebelah kepada kelompok tertentu. Amalan ini wujud disebabkan oleh perbezaan sosial seperti kasta, kelas, etnik, agama, warna kulit, bahasa dan budaya yang terdapat dalam sesebuah masyarakat atau negara. Dominasi sosial yang berasaskan kepada perbezaan tersebut menyebabkan muncul perasaan terpinggir, penafian dan kekecewaan oleh kelompok yang didominasi. Keadaan ini menjadi lebih kompleks apabila tindakan diskriminasi ini dijelmakan dalam bentuk dasar sosial, politik dan ekonomi yang dilihat hanya menguntungkan kelompok dominan. Contohnya, etnik kulit hitam di Afrika Selatan yang didiskriminasi oleh pemerintah kulit putih sewaktu rejim Aparteid.
statesmannegarawanSains PolitikPolitik PerbandinganSeorang yang begitu komited dan terlibat aktif dalam pemerintahan dan pentadbiran negaranya. Orientasi politik beliau bersifat terbuka dan tidak terikat kepada sokongan parti atau individu tertentu. Beliau sangat sensitif dan mengambil berat akan hala tuju negara dan sentiasa berusaha mempengaruhi sebarang dasar yang digubal serta memastikan pelaksanaannya. Contohnya, Dr. Mahathir Mohamad merupakan seorang negarawan yang berusaha gigih dalam membangunkan Malaysia.
totalitarianismtotalitarianismeSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang merujuk kepada pemerintahan seorang diktator atau satu parti tunggal. Fahaman ini menghalang kebebasan orang ramai serta meletakkan kedudukan rakyat subordinat di bawah kuasa pemerintah dalam semua aspek kehidupan. Penggunaan kekerasan, sekatan kebebasan dan hukuman yang berat kepada orang ramai merupakan ciri-ciri utama fahaman ini untuk memastikan matlamat pemimpin atau negara tercapai. Contohnya, sistem pemerintahan komunis semasa Stalin di Soviet Union dan Fasis Hitler di Jerman. Sinonim faham totalitarian.
dictatordiktatorSains PolitikPolitik PerbandinganSeseorang yang memiliki kuasa mutlak dan memerintah secara kuku besi. Pemerintah kejam ini sentiasa menafikan hak politik masyarakat seperti kebebasan mengundi, hak untuk bersuara, berorganisasi, berkumpul dan sebagainya. Setiap keputusan politik ditentukan oleh beliau tanpa diperiksa oleh pihak lain. Seorang diktator biasanya memerintah dengan sokongan agensi pemerintahan seperti tentera, polis, perkhidmatan awam dan mahkamah. Undang-undang yang diamalkan di bawah pemerintahan diktator bersifat tegar, berat sebelah dan tidak demokratik. Diktator juga akan menghukum secara sewenang-wenangnya penentang politik yang mencabar kuasa beliau. Contohnya, Jeneral Pinochet sewaktu memerintah Chile pada tahun 1 970-an.
civil rightshak awamSains PolitikPolitik PerbandinganHak yang dimiliki oleh setiap individu tanpa mengira kedudukan atau status yang dilindungi mengikut perlembagaan atau undang-undang. Hak awam terdiri daripada dua jenis iaitu hak asasi manusia dan hak politik. Hak asasi manusia seperti hak mendapat layanan adil daripada kerajaan, hak mendapat perlindungan undang-undang yang saksama, proses perbicaraan yang adil sama ada dari sudut layanan atau guaman. Hak awam ini menolak perbicaraan yang tidak adil termasuk hukuman yang berat sebelah, diskriminasi agama, etnik atau kelas, penangkapan yang tidak berasas dan juga keganasan pihak berkuasa. Hak politik pula merupakan teras kepada kebebasan dan kesejahteraan masyarakat. Hak asasi politik juga antara lain termasuk kebebasan bersuara dan beragama, membantah secara aman terhadap dasar kerajaan serta kebebasan menganggotai sesebuah organisasi atau kesatuan.
Colburn analogy for mass transferanalogi Colburn bagi pemindahan jisimKejuruteraanKejuruteraan KimiaPerbandingan keserupaan antara pemindahan momentum, jisim dan haba. Daripada pemindahan jisim: dengan JM = faktor pemindahan jisim, k = pekali pemindahan jisim (mol/m3s), Dv = kemeresapan isi padu jisim (m3/s), � = kelikatan dinamik (poise), ? = ketumpatan (kg/m3), G = fluks jisim (kg/m2s), M = berat molekul (g/mol). Daripada pemindahan haba dan momentum: JM = JH = f / 2, dengan JH = faktor pemindahan haba Colburn, f = faktor geseran.
terombaterombaKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional yang mengandungi susunan undang-undang dan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi. Ungkapan teromba terbentuk bebas, dan panjang rangkapnya tidak tetap. Teromba boleh terdiri daripada dua hingga berpuluh-puluh baris serangkap. Teromba mengandungi pemerian tentang salasilah adat, norma dan undang-undang adat yang terpakai dalam adat perpatih dalam kalangan masyarakat Melayu Minangkabau. Baris teromba sering mengandungi peribahasa berangkap yang membawa tema perumpamaan, kiasan, atau perbandingan. Istilah yang dipakai bersama teromba ialah terasul dan tombo. Terasul merujuk kepada cara penggunaan, pengamalan dan penurunan adat dalam situasi yang sebenar. Contohnya penggunaannya dalam majlis perbincangan beradat seperti dalam upacara pertunangan. Sementara tambo bermaksud kisah atau peristiwa sejarah, catatan sejarah atau kronikal. Kini tambo merujuk kepada kisah berunsur sejarah yang tersusun dalam bahasa yang tetap, dan dalam bentuk puisi yang sama seperti teromba. Namun, ketiga-tiganya hampir sama digunakan untuk merujuk kepada susunan kata-kata adat. Contoh teromba: Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. Air melurut dengan bundarnya, Benar melurut dengan muafakatnya. Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing. Yang tidak ada sama dicari, Sama sakit sama senang. Ke bukit sama mendaki, Ke lurah sama menuruni. Teromba berasal daripada bahasa Minangkabau yang bermaksud �salasilah, keturunan seseorang, sekumpulan masyarakat sesuatu bangsa, dan sesuatu sistem�. Teromba dikenali juga sebagai perbilangan. Lihat juga tamba, terasul.

Kembali ke atas