Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perbandingan darjah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adalah semua kata bandingan semacam (bagai, seperti, umpama, laksana, bak, macam) boleh digunakan untuk semua perbandingan yang menunjukkan keserupaan contohnya -manis seperti madu/ manis umpama madu / manis laksana madu -tajam bak pisau / tajam macam pisau / tajam laksana pisau

Bandingan semacam ialah sejenis bahasa kiasan yang menunjukkan sifat, keadaan seseorang atau sesuatu benda secara perbandingan mengikut konteks. 

Contoh bandingan semacam yang diberikan seperti “manis seperti madu”, “manis umpama madu”, “manis laksana madu”, “tajam bak pisau” dan “tajam macam pisau” adalah betul dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, penggunaan bandingan semacam bagi “tajam laksana pisau” kurang sesuai digunakan dari segi darjah perbandingan aspek keindahan atau keelokan sesuatu. Contoh penggunaan bandingan semacam yang sesuai bagi perkataan “laksana” ialah “Pasangan pengantin itu laksana cincin dengan permata”.

Penggunaan bandingan semacam perlu disesuaikan mengikut konteks penggunaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk lama web prpm.dbp.gov.my

Tatabahasa12.03.2024
Salam 1Malaysia. soalan 1. apakah tanda ayat yang paling sesuai digunakan dalam ayat? ( , ) atau ( ; ) soalan 2. yang manakah contoh ayat yang paling sesuai untuk menyatakan perbandingan antara dua responden. Contoh 1. Ini bermakna lebih ramai responden guru yang memiliki ikhtisas SP yang berkompetensi tinggi berbanding responden guru yang memiliki ikhtisas SMP dalam mengurus aktiviti pembelajaran kumpulan dalam bilik darjah, memenuhi keperluan tugas dan tanggungjawab seperti dalam senarai tugas yang diberikan oleh pengetua, pengurusan masa yang berguna untuk meningkatkan tahap profesionalisme seorang pendidik, mengurus sumber-sumber PdP, dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti dan polisi penambahbaikan sekolah. contoh 2. Ini bermakna lebih ramai responden guru yang memiliki ikhtisas SP yang berkompetensi tinggi dalam mengurus aktiviti pembelajaran kumpulan dalam bilik darjah, memenuhi keperluan tugas dan tanggungjawab seperti dalam senarai tugas yang diberikan oleh pengetua/guru besar sekolah, pengurusan masa yang berguna untuk meningkatkan tahap profesionalisme seorang pendidik, mengurus sumber-sumber PdP, dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti dan polisi penambahbaikan sekolah berbanding responden guru yang memiliki ikhtisas SMP. mohon pembetulan dan penjelasan jika perlu. tqUntuk makluman tuan, tanda koma (,) berfungsi sebagai unsur pemisah - memisahkan unsur-unsur kata dan frasa yang berurutan seperti Ali membeli rambutan, langsat dan durian. Tanda koma bertitik (;) pula digunakan untuk memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambungkan dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu seperti Membaca menambahkan ilmu; dan berfikir mempertajam akal. Sila rujuk maklumat berkenaan untuk disesuaikan dengan teks yang tuan kemukakan.Ejaan02.09.2015
Kami amat berharap agar pihak DBP dapat memberi penjelasan itu dengan kadar segera. Soalan saya, Ayat di atas sering ditemui dalam Khidmat Nasihat. Apakah golongan kata "Berharap" di situ>? Adakah sebagai kata kerja atau kata adjektif yang boleh menerima kata penguat "amat" kerana semua sedia maklum bahawa kata penguat hanya bergandingan dengan kata adjektif.1. Golongan/kelas kata bagi "berharap" dalam ayat tersebut ialah kata kerja tak transitif.
2. Golongan/kelas kata bagi "amat" dalam ayat tersebut ialah kata adverba. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 74)

amat1
pgt
1 digunakan utk menguatkan kualiti tertentu yg terkandung dlm kata adjektif dan kedudukannya bebas sama ada di hadapan atau di belakang adjektif; sangat: Batuk ayah amat keras bunyinya. ♦Dia letih amat dan lapar benar sekarang.

2 digunakan utk menunjukkan darjah perbandingan yg penghabisan bagi sst kata yg mengikutinya; paling; sangat: Rancangan itu dirasakan amat baik sekali.♦Malam itu wajahnya amat tenang sekali.

adv 3 digunakan utk menegaskan maksud perbuatan yg terkandung dlm kata kerja dan kedudukannya di hadapan kata kerja tsb; sangat: Swee Ling amat mengharapkan bantuan Jalal utk mengangkat meja itu.♦Pd saat begini dia amat memerlukan sokongan anaknya itu.

Penggunaan sesuatu kata dalam ayat menentukan kelas katanya.
Tatabahasa17.05.2023
Cari satu kesalahan dalam soalan berikut: 1.Cuaca hari terpanas sekali berbanding semalam. Jawapan saya:terpanas sekali tukar menjadi panas Jawapan pelajar lain:terpanas sekali tukar menjadi terpanas/panas sekali Yang manakah betul? Kata penguat boleh tak digunakan untuk perbandingan? Saya berhadap tuan dapat membalas soalan saya hari ini.Ungkapan darjah penghabisan dapat dilakukan dengan penggunaan imbuhan ter- seperti terhandal, tercantik dan terbaik. Oleh sebab perkataan tersebut telah mendukung maksud darjah penghabisan, maka kata penguat sekali tidak boleh mengikutinya. Ayat yang betul: Cuaca hari ini panas sekali berbanding dengan semalam atau Cuaca hari ini terpanas berbanding dengan semalam. Tatabahasa15.10.2014
salam, mohon pencerahan penggunaan dari/ke atau daripada/kepada dalam pernyataan di bawah. yang mana betul? 1) Pengaliran haba dari satu molekul ke molekul yang lain. 2) Pengaliran haba daripada satu molekul kepada molekul yang lain. terima kasih.

Ayat yang betul:

Pengaliran haba daripada satu molekul kepada molekul yang lain.

 Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. Kata sendi nama ke pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu dan masa. Kata sendi nama ke sering berpadanan dengan kata sendi nama dari untuk membawa maksud arah ke sesuatu tempat atau waktu. Contoh:

1. Ali menaiki kereta dari Kajang ke Seremban
2. Dia berjanji akan membaiki prestasi kerjanya dari semasa ke semasa.

 
Manakala kata sendi nama daripada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. Kata sendi nama kepada pula terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yan merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Kata sendi nama kepada sering digunakan untuk berpadanan dengan kata sendi nama daripada. Contohnya:

1. Suhu badan adik meningkat daripada 37 darjah Celsius kepada 39 darjah Celsius.
2.
Surat itu bertukar tangan daripada Aminah kepada Fatimah.

Tatabahasa11.09.2021

Kembali ke atas