Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perbandingan darjah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
civic culturebudaya sivikSains PolitikPolitik PerbandinganBudaya politik masyarakat yang menerima autoriti pemeritah dengan darjah penyertaan rakyat yang tinggi dalam sistem dan proses politiknya. Dalam budaya politik ini, kerajaan bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada rakyat setiap keputusan politik dan pemerintah juga akan menjalankan tanggungjawabnya sebaik mungkin bagi memastikan keperluan asas rakyat disediakan. Rakyat pula harus bersifat responsif terhadap sebatang tindakan kerajaan. Hal ini menjadikan hubungan antata rakyat dan pemerintah itu seimbang dan akan mewujudkan keadaan politik yang stabil dan teguh. Konsep budaya sivik diasaskan oleh Gabriel Almond seorang tokoh ilmu politik perbandingan dalam kajian budaya politik di Amerika Syarikat, Great Britain, Perancis, Jerman dan Kanada pada tahun 1950-an dan tahun 1960-an.
supranational governmentkerajaan supranasionalSains PolitikPolitik PerbandinganKerajaan yang mempunyai darjah kekuasaan tertentu ke atas satu wilayah yang berada di luar sempadan negaranya. Kuasa kerajaan tersebut diterima dan diiktiraf oleh rakyat di wilayah yang berkenaan. Walaupun wilayah ini memiliki kerajaan sendiri, namun penghormatannya kepada negara besar tersebut cukup tinggi sehingga keakurannya menjejaskan kedaulatannya. Kerajaan Amerika Syarikat dapat dianggap bersifat supranasional dalam konteks penguasaannya ke atas negara lain seperti Puerto Rico.
supremeterutamaSains PolitikPolitik PerbandinganKedudukan tertinggi dalam sesuatu hierarki sama ada dalam bentuk pangkat, gelaran dan darjah kualiti. Kedudukan tertinggi membawa autoriti yang paling berkuasa dan mendapat penghormatan dari orang bawahan. Kedudukan ini meletakkan individu, badan atau organisasi sebagai yang terunggul dan tidak ada individu atau badan lain yang dapat mengatasinya. Sebagai contoh, Yang di-Pertuan Agong memiliki kedudukan yang tertinggi dalam sistem pemerintahan dan perundangan di Malaysia. Sinonim badan tertinggi/tertinggi.
confederationpergabunganSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pentadbiran kerajaan yang terdiri daripada gabungan beberapa wilayah dalam satu unit politik. Walaupun bergabung, setiap wilayah masih mengekalkan darjah autonomi yang tinggi dalam urusan pentadbirannya. Dalam sistem ini, terdapat dua peringkat kerajaan iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Kerajaan pusat hanya bertindak sebagai penyelaras dalam struktur hubungan antara negeri-pusat dan juga antara negeri-negeri. Kerajaan negeri pula menguruskan hal ehwal dalaman. Contohnya, negara Jerman semasa era Wehmier pada abad ke-16 mengamalkan sistem ini.
abstainberkecualiSains PolitikPolitik PerbandinganTingkah laku aktor politik sama ada individu, kelompok atau negara yang tidak mahu campur tangan, terlibat atau menyokong mana-mana pihak yang sedang bersaing dan berkonflik. Pendirian ini merupakan darjah berkecuali yang sangat tinggi berbanding dengan dasar neutralisme. Contohnya, Switzerland dianggap sebagai negara yang mengamalkan dasar berkecuali ini dalam pelbagai isu dan konflik dunia.
absolutismabsolutismeSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang merujuk kepada amalan pemerintahan sesebuah kerajaan yang bersifat mutlak. Sifat ini berkaitan dengan tingkah laku kerajaan yang mempertahankan status kedaulatan sesebuah negara termasuklah proses penggubalan, pelaksanaan dan pentafsiran undang-undang serta hubungan luar. Fahaman ini dikemukakan oleh ahli falsafah politik yang terkenal iaitu Jean Bodin dan Thomas Hobbes yang mengatakan bahawa sesebuah kerajaan mesti mempunyai darjah kemutlakan tertentu supaya dapat menjalankan tugas tanpa sebarang gangguan serta dikawal oleh undang-undang dan perlembagaan. Fahaman ini berbeza dengan konsep kuasa mutlak. Sinonim faham kemutlakan.
authoritarianautoritarianSains PolitikPolitik PerbandinganKonsep yang menerangkan sesebuah organisasi atau negara yang mempraktikkan undang-undang atau peraturan yang ketat dan agak keras ke atas rakyatnya. Kehidupan rakyat terikat kuat kepada autoriti pemerintah dalam pelbagai aspek seperti kegiatan ekonomi, pergerakan sosial, pendidikan, kebudayaan dan politik. Pemerintah dalam sistem ini biasanya daripada golongan elit yang mempunyai darjah toleransi yang sangat rendah. Golongan elit ini juga menggunakan kaedah yang keras seperti menindas untuk mengekalkan kuasa. Pemerintah autoritarian tidak pula berusaha mengawal ideologi politik rakyatnya, melainkan sekiranya mengancam kedudukan kuasa mereka. Contoh negara autoritarian ialah Indonesia semasa era Soeharto dan Filipina di bawah pemerintahan Marcos.
cohesionkesepaduanSains PolitikPolitik PerbandinganPertautan atau persepaduan di kalangan anggota, kelompok atau etnik dalam sesebuah masyarakat. Tahap kesepaduan merupakan ukuran sosial yang penting bagi mempengaruhi kestabilan ekonomi dan politik masyarakat. Masyarakat mempunyai kesepaduan yang tinggi apabila anggota, kelompok atau etniknya menjalankan fungsi masing-masing dalam struktur masyarakat tersebut. Hal ini bermakna, kesepaduan hanya boleh tercapai apabila setiap kelompok masyarakat memenuhi dan memahami fungsi masing-masing sebagai sebahagian daripada struktur yang membentuk masyarakat. Kesepaduan yang tinggi dilambangkan dengan darjah konflik yang rendah. Contohnya, kesepaduan yang telah dibentuk dalam masyarakat Malaysia.

Kembali ke atas