Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ba.ri.san] | ڤرباريسن

Definisi : 1. perihal berbaris: upacara ~ tamat latihan tentera; 2. kumpulan orang yg berbaris: memeriksa ~; ~ raksasa; ~ raksasa perbarisan yg diadakan secara besar-besaran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ba.ri.san] | ڤرباريسن

Definisi : perbuatan berbaris atau berkawad oleh pasukan tentera dsb: Utk menyambut ketibaan Presiden Giri dr India, satu ~ pasukan tentera, pasukan polis dan juga murid-murid sekolah telah diadakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perbarisan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Pegawai-Pegawai DBP. Soalan: Pakaian ini dipakai oleh semua Pegawai Bomba dan dibezakan mengikut tanda warna dan tanda pangkat. Pakaian ini boleh juga dipakai dalam perbarisan-perbarisan rasmi Jabatan di mana pemakaiannya adalah seperti yang diarahkan. Adakah 'di mana' tersalah digunakan dalam ayat penyata tersebut? Hal ini demikian kerana tiada perjumpaan/kekurangan sumber yang boleh dipercayai untuk membuktikan kesalahan tertentu di laman web (Sebagai rujukan). Terima Kasih *100

Penggunaan perkataan di mana dalam konteks ayat yang diberikan tidak betul. Berdasarkan Kamus Dewan Perdana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan di mana mempunyai dua fungsi, iaitu:

1. Digunakan untuk menanyakan tempat, perkara dan sebagainya yang tidak diketahui. Contoh dalam ayat, Di mana boleh saya menjual sayur-sayuran ini?
2. Menunjukkan sesuatu dilakukan berdasarkan keupayaan, keperluan dan kesesuaian. Contoh dalam ayat, Sebagai isteri, beliau membantu di mana perlu.

Tatabahasa18.11.2021
perbezaan "Perbarisan Kehormatan" dengan "perbarisan kehormat"Untuk makluman, kehormatan bermaksud untuk menghormati kedatangan orang besar. Manakala, kehormat pula bermaksud orang yang dihormati dalam majlis dan sebagainya. Penggunaan frasa yang tepat ialah Perbarisan Kehormatan. Sungguhpun begitu, frasa Perbarisan Kehormat  juga banyak digunakan terutamanya oleh media-media masa hari ini. Makna17.08.2016
para peserta perbarisan dikehendaki beratur mengikut barisan rumah sukan masing-masing. adakah penggunaan para dan masing-masing dalam ayat di atas unsur lewah? atau ayat tersebut adalah betul? kalau salah, apa kesalahannya?Ayat tersebut betul dari segi tatabahasa.Tatabahasa12.03.2009
APAKAH EJAAN TERKINI BAGI ISTILAH PERBARISAN. ADAKAH KAWAT ATAUPUN KAWAD? TERIMA KASIHEjaan dan istilah yang betul bagi merujuk perbarisan ialah kawad.Ejaan04.12.2008
Assalamualaikum wbrt. Mohon tanya ejaan yang betul sama ada 'kawat' atau 'kawad' untuk merujuk kepada tentera yang sedang mengadakan perbarisan. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah kawad bagi maksud tentera yang sedang melakukan perbarisan, pergerakan kaki dan tangan.Ejaan23.08.2014
Salam sejahtera. Adakah 'berkawad' dan 'berkawat' mempunyai maksud yang sama? Bolehkah saya menggunakan berkawat untuk merujuk kepada perbarisan? Sekian, terima kasih.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, kawad bermakna perbarisan oleh anggota pasukan seragam, terutamanya tentera dan polis yg melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan serentak. Kawat pula ialah tali yang dibuat daripada logam seperti tembaga.Ejaan23.06.2014
Tuan, apakah istilah yang tepat bagi papan tanda yang dibawa ketika perbarisan kontijen sukan dll. Adakah penggunaan 'papan pelekat' betul?Benda yang tuan maksudkan ialah sepanduk, iaitu kain atau sebagainya yang dibawa sewaktu berarak.Istilah26.01.2014
apa perbezaan kawad dan kawatMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, kawad bermakna perbarisan oleh anggota pasukan seragam, terutamanya tentera dan polis yg melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan serentak. Kawat pula ialah tali yg dibuat drpd logam (spt tembaga dll). Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna12.05.2009
Assalamualaikum. Apakah terjemahan bagi perkataan Sovereign Parade?Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

Sovereign Parade - Perbarisan Kehormatan

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain30.12.2021
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Golongan berpendapatan rendah selalunya (berdaya) hidup dalam kesengsaraan. (b) Beribu-ribu rakyat Malaysia (terdedah) menyaksikan perbarisan pada Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka. (c) Bulan (mengambang) pada hari ke-15 mengikut calendar Cina setiap bulan. (d) Setiap hari, ibu menggunakan (bulan) untuk menanak nasi. (e) Markah peperiksaannya telah (timbul) kerana dia rajin belajar. (f) Sampah-sarap (ditimbul) sebelum dibuang. (g) Sudahlah saya (terbilang) apa yang akan dilakukan oleh Kok Leong. (h) Hidup Man Chong sekeluarga (longgar) sejak kakaknya berkahwin dengan seorang jutawan. (i) Pembalakan yang (longgar) itu telah mengakibatkan pencemaran alam sekitar.Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula.Lain-lain08.12.2015
12

Kembali ke atas