Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.be.lan.ja.an] | ڤربلنجاءن

Definisi : perihal berbelanja: kerana banyak membeli buah-buahan dr luar negeri, ~ makin meningkat; segala rang undang-undang dan ~ wang haruslah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Undangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.be.lan.ja.an] | ڤربلنجاءن

Definisi : 1 cara atau kaedah mengeluarkan wang; hal berbelanja. 2 apa-apa yg dibelanjakan: ~nya tiap-tiap bulan cuma dua ratus ringgit saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perbelanjaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hospitalization insuranceinsurans hospitalPentadbiran PerniagaanTiadaInsurans yang membayar balik perbelanjaan hospital atau perbelanjaan yang berkaitan dengannya tertakluk kepada had yang telah ditetapkan dalam kontrak. Perbelanjaan ini timbul disebabkan oleh penyakit atau kecederaan.
hospital expense insuranceinsurans belanja hospitalinsuransTiadaInsurans yang membayar balik perbelanjaan hospital atau perbelanjaan yang berkaitan dengannya tertakluk kepada had yang telah ditetapkan dalam kontrak. Perbelanjaan ini timbul disebabkan oleh penyakit atau kecederaan.
hospital expense insuranceinsurans belanja hospitalPentadbiran PerniagaanTiadaInsurans yang membayar balik perbelanjaan hospital atau perbelanjaan yang berkaitan dengannya tertakluk kepada had yang telah ditetapkan dalam kontrak. Perbelanjaan ini timbul disebabkan oleh penyakit atau kecederaan.
parliamentary committeejawatankuasa parlimenPentadbiranTiadaBadan khas yang ditubuhkan dalam kalangan anggota parlimen bertujuan untuk menangani sesuatu aspek yang akan dibincang di dalam persidangan seperti rang undang-undang sendirian, rang undang-undang hibrid, anggaran perbelanjaan tahunan, anggaran perbelanjaan dan anggaran perbelanjaan tambahan. Jawatankuasa yang dilantik perlu memikir dan menangani persoalan berkenaan di parlimen dan secara tidak langsung akan mengurangkan beban anggota parlimen yang lain. Cara pembahagian kuasa ini akan menjimatkan masa dan meringkaskan persidangan.
leakagebocoranEkonomiTiada1.����� Aliran keluar perbelanjaan daripada aliran pusingan pendapatan sesebuah ekonomi yang mengurangkan tingkat pendapatan negara. Misalnya, import mengurangkan perbelanjaan keluaran dalam negeri, manakala cukai dan tabungan mengurangkan perbelanjaan penggunaan. 2. Aliran keluar dana kewangan daripada sistem bank yang boleh mengurangkan perkembangan stok wang. Misalnya, apabila orang ramai lebih gemar memegang wang tunai daripada menyimpannya sebagai deposit bank.
Nielsen market section ratingpenarafan seksyen pasaran NielsenKomunikasiKorporatKaedah pengukuran perbelanjaan pengiklanan yang dilakukan oleh Bahagian Penarafan Pasaran Nielsen Media Research Malaysia. Bahagian ini melakukan penarafan perbelanjaan syarikat atau agensi pengiklanan dalam media di Malaysia dan menghasilkan daftar perbelanjaan yang menjadi rujukan para pengiklan dan pelabur media di Malaysia. Kaedah ini dikenali sebagai perbelanjaan pengiklanan atau Advertising Expenditure (ADEX). Antara alat pengukuran yang digunakan ialah meter elektronik seperti Set Meters dan People Meters.
public spendingperbelanjaan awamPentadbiranPentadbiran Awam

Hal ehwal atau perkara yang melibatkan urusan kewangan kerajaan yang diperuntukkan untuk kepentingan rakyat secara keseluruhan. Perbelanjaan awam melibatkan tindakan kerajaan yang dilakukan secara terperinci dalam mengeksploitasi sumber kewangan negara. Dalam konteks perbelanjaan awam, kerajaan atau mana-mana entiti lain yang sah boleh mengeluarkan pinjaman, bon-bon terbitan dan membuat pelaburan tertentu demi kepentingan negara.

revenue expenditureperbelanjaan hasilPentadbiran PerniagaanTiadaPerbelanjaan berulang yang tidak mewujudkan aset.
traceable expendituresperbelanjaan surihanKomunikasiKorporatPeruntukan perbelanjaan pengiklanan yang dikenal pasti berasaskan ketetapan yang dibuat oleh pihak bertanggungjawab yang diperakui oleh agensi pengiklanan. Pihak yang bertanggungjawab ini termasuk kerajaan, persatuan pengiklanan yang diiktiraf, stesen penyiaran, syarikat akhbar, atau syarikat penerbitan yang lain. Ketetapan kos ini bergantung pada pasaran, iaitu jumlah permintaan atau edaran, mutu dan peringkat kemasyhuran sesebuah stesen penyiaran, atau syarikat akhbar dan majalah pada sesuatu masa tertentu. Ketetapan kos ini kerap dirujuk dan digunakan sewaktu penyediaan belanjawan sesuatu aktiviti pengiklanan sesebuah syarikat pengeluar atau akaun agensi pengiklanan. Ketetapan kos pengiklanan yang disediakan oleh pihak bertanggungjawab tersebut menjadi rujukan utama kepada syarikat media, syarikat pengeluar, atau pihak kerajaan untuk memantau dan mengesahkan sesuatu belanjawan pengiklanan yang telah dan akan dilaksanakan.
average spendingperbelanjaan purataPelanconganTiadaHitung panjang perbelanjaan seseorang pelancong untuk melakukan sesuatu aktiviti.
12345678910...

Kembali ke atas