Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.bi.ca.ra.an] | ڤربيچاراءن

Definisi : pengadilan sesuatu perkara di mahkamah: bintang filem itu meminta mahkamah menangguhkan ~ kerana seorang saksinya tidak dapat hadir; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.bi.ca.ra.an] | ڤربيچاراءن

Definisi : perbuatan berbicara atau berbahas mengenai sesuatu perkara di mahkamah; pengadilan perkara di muka hakim: ~ itu diadakan di Mahkamah Tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perbicaraan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERBICARAAN MELALUI KOMBAT

Perbicaraan melalui kombat juga dikenali

sebagai perbicaraan melalui pertempuran , atau

pertaruhan pertempuran , adalah satu cara

menyelesaikan perbalahan undang-undang pada

Zaman Pertengahan. Golongan bangsawan

mengamalkannya bertahun-tahun lamanya.

Perbicaraan melalui kombat berbeza daripada

pertarungan dua orang kerana orang ramai

percaya bahawa Tuhan akan masuk campur dan

membantu pihak yang benar. Mengikut prosedur

yang biasa, tertuduh akan menentang penuduh.

Golongan bangsawan kadangkala melantik

pahlawan-pahlawan untuk bertarung bagi pihak

mereka. Golongan wanita dan paderi biasanya

diwakili oleh orang lain. Perbicaraan melalui

kombat diperkenalkan di England oleh William Si

Penakluk. Perbicaraan berjuri secara beransur-

ansur mengambil alih perbicaraan ini.

UMUM 
PERBICARAAN NUREMBERG

Perbicaraan Nuremberg merupakan 13

perbicaraan yang diadakan untuk mengadili para

pemimpin Jerman kerana tindakan mereka semasa

Perang Dunia II (1939–1945). Perbicaraan ini

berlangsung dari tahun 1945 hingga tahun 1949 di

Nuremberg , Jerman, iaitu tempat Parti Nazi

mengadakan tunjuk perasaan yang besar. Parti ini

diketuai oleh diktator Adolf Hitler yang

memerintah Jerman pada masa Perang Dunia II.

UMUM 
PERBICARAAN

Perbicaraan ialah kaedah menyelesaikan

pertikaian di dalam mahkamah undang-undang

melalui kaedah lisan. Dalam kebanyakan kes,

setiap pihak yang bertelingkah menggunakan

khidmat peguam untuk mewakilkan

pandangannya, mengemukakan bukti, dan

menyoal para saksi. Kebanyakan perbicaraan

merupakan perbicaraan berjuri. Dalam

sesetengah perbicaraan, pihak defendan

dibicarakan oleh seorang hakim atau panel

hakim, dan bukannya juri.

UMUM 
MENGGANTUNG TANPA PERBICARAAN

Menggantung tanpa perbicaraan lazimnya

bermakna pembunuhan yang umumnya dilakukan

oleh perusuh dengan menggantung seseorang

tanpa menghiraukan undang-undang dan

peraturan. Mangsa penggantungan tanpa

perbicaraan tidak ada peluang bagi

mempertahankan diri mereka. Perusuh cuma

menganggap mangsanya bersalah, sama ada

dibicarakan atau tidak. Walaupun rusuhan ganas

sedemikian pernah berlaku di beberapa negara

pada berlainan masa, namun begitu, istilah

menggantung tanpa perbicaraan secara khusus

dikaitkan dengan Amerika Syarikat. Kebanyakan

negeri di Amerika Syarikat cuba menghentikan

perbuatan menggantung tanpa perbicaraan

melalui undang-undang. Sesetengah negeri

menjalankan dakwaan mengikut undang-undang

menentang homisid, rusuhan dan serangan.

Negeri-negeri yang lainnya mempunyai undang-undang

menggantung tanpa perbicaraan yang

khusus. Namun begitu, pengawalan melalui

undang-undang tidak berjaya mencegah

menggantung tanpa perbicaraan.

UMUM 
KEZALIMAN

Kezaliman lihat Perbicaraan Nuremberg.

UMUM 
TAWARAN RAYUAN

Tawaran rayuan ialah amalan yang dilakukan

oleh defenden dalam kes jenayah dengan

bersetuju untuk mengaku bersalah daripada

menjalani perbicaraan. Dalam sesetengah kes,

pihak berkuasa pendakwa berjanji untuk

menggugurkan satu atau lebih tuduhan ataupun

meringankan tuduhan yang berat sebagai ganti

untuk pengakuan bersalah. Sebagai alternatif lain,

pendakwa berjanji akan mencadangkan bahawa

tertuduh akan mendapat hukuman yang ringan

daripada hukuman yang lazim jika dia mengaku

bersalah. Di Amerika Syarikat, lebih kurang 90

peratus daripada defenden mengaku bersalah

dan kebanyakannya hasil daripada tawaran

rayuan.

UMUM 
STAR CHAMBER

Star Chamber ialah mahkamah undang-undang

Inggeris pada tahun 1500-an dan 1600-an. Star

Chamber terdiri daripada canselor diraja dan ahli

Majlis Diraja lain, iaitu kumpulan penasihat diraja. Ia

meluluskan penghakiman tanpa perbicaraan oleh juri

dan membuat prosedur, hukuman, dan

pemulihannya sendiri. Mahkamah ini dinamakan

sedemikian kerana ia mengadakan perbicaraan

dalam Star Chamber Istana Westminster di London.

Kini, istilah Star Chamber merujuk kepada mesyuarat

mana-mana mahkamah kehakiman atau pertubuhan

rasmi secara rahsia dan yang tidak dikawal.

UMUM 
RAYUAN

Rayuan ialah pemindahan sesuatu tindakan

undang-undang kepada mahkamah yang lebih

tinggi atau lebih berkuasa untuk kajian semula.

Mahkamah mungkin mengkaji semula keputusan

mahkamah rendah atau bawahan, badan lembaga

kerajaan, atau pegawai berkenaan dalam

perbicaraan pentadbiran.

UMUM 
SURAH AL-NABA'

Surah al-Naba’ ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-78 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 40 ayat.

Surah ini dinamakan al-Naba’ (khabar yang besar)

kerana ia merupakan pokok perbicaraan surah ini.

UMUM 
ARKIB

Arkib ialah koleksi maklumat sejarah. Saiz arkib

berbeza-beza daripada arkib negara yang besar

sehingga kepada koleksi fail di sekolah dan kolej

atau di premis syarikat swasta.

Banyak organisasi kerajaan mempunyai arkib.

Contohnya, di England dan Ireland, arkib dikenali

sebagai pejabat rekod kaunti . Pejabat ini

merekodkan topik seperti perbicaraan mahkamah

tempatan; mesyuarat badan-badan kerajaan

tempatan; pembangunan jalan raya, jambatan dan

landasan kereta api; pasar tempatan dan perincian

mengenai keluarga tempatan.

UMUM 
12

Kembali ke atas