Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.bi.la.ngan] | ڤربيلڠن

Definisi : peribahasa yg melahirkan kata-kata yg sudah menjadi spt peraturan atau undang-undang atau nasihat yg dapat dijadikan pegangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perbilangan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Perbilangan "Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat" . Bagaimanakah perbilangan ini dikaitkan dengan kehidupan masyarakat yang harmoni dan saling bermuafakat?Peribahasa yang tepat ialah "Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat" bermaksud kata sepakat tercapai dengan mesyuarat atau perbincangan. Melalui perundingan, perbincangan dan kata sepakat dalam satu kelompok masyarakat akan dapat membentuk kehidupan yang harmoni.Sastera23.01.2024
peribahasa untuk orang yang rajinData peribahasa disusun mengikut perbilangan itu sendiri bukan mengikut makna. Oleh itu, suadara perlu menyemak setiap entri peribahasa untuk mendapatkan maklumat tersebut. Sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu dan semak satu per satu perbilangan tersebut.Lain-lain23.03.2013
apakah cara yang paling mudah utk membezakan pepatah, bidalan dan perbilangan? berikan contoh yg sesuai. tqCara yang paling mudah untuk mencari beza setiap kata ialah mengetahu makna kata tersebut. Pepatah bermaksud peribahasa yang berisi nasihat dan lain-lain; kata-kata orang tua-tua yang terdapat ajaran di dalamnya,  pepatah sama seperti bidalan dan perbilangan.Tatabahasa20.10.2010
apa itu teromba dan contoh-contohnya?Teromba ialah sejarah yang diceritakan dalam bentuk perbilangan, tambo, riwayat.Makna25.01.2007
pak samad seorang yang rajin. dia mendpat keuntugan berlipat kali ganda hasil usaha kerasnya. sifat pak samad ibarat peribahasa apa?Data peribahasa disusun mengikut perbilangan itu sendiri bukan mengikut makna. Oleh itu, suadara perlu menyemak setiap entri peribahasa untuk mendapatkan maklumat tersebut. Sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu dan semak satu per satu perbilangan tersebut.Lain-lain23.03.2013
Peribahasa BM meliputi simpulan bahasa, bidalan, pepatah, perumpamaan dan apa lagi?Peribahasa ialah:
ayat atau kelompok kata yg mem­punyai susunan yg tetap dan mengandungi pengertian yg tertentu.  Selain maksud yang disertakan peribahasa juga meliputi perbilangan, kata adat, perbahasan, kiasan, bunga bahasa, ibarat, missal dan ungkapan.

Sebenarkan saudara tidak perlu bertanya dalam KNB ini kerana boleh merujuk sendiri dalam kamus.
Lain-lain17.08.2014
Apakah perbezaan antara peribahasa dan simpulan bahasa? Saya dapati soalan meminta "tulis peribahasa yang sesuai", namun skema yang diberikan ialah simpulan bahasa. Bolehkah puan jelaskan? Terima kasih

PERIBAHASA, frasa dan ayat yang mempunyai susunan yang tepat dan mengandungi makna khusus.  Peribahasa merupakan istilah umum kepada jenis-jenis yang dikenal sebagai simpulan bahasa, perumpamaan, bidalan, pepatah dan perbilangan. Peribahasa digolongkan seperti simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan dan perbilangan.


http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=peribahasa+dan+simpulan+bahasa&d=8

Tatabahasa02.03.2016
Mohon nyatakan sama ada berikut ialah pepatah ataupun bukan. "Kesihatan adalah harta dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit". Terima kasih.

Saudari,

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pepatah bermaksud peribahasa yang berisi nasihat dan lain-lain; kata-kata orang tua-tua yang terdapat ajaran di dalamnya, pepatah sama seperti bidalan dan perbilangan. Contoh pepatah
bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana maufakat, cubit paha kiri, paha kanan sakit begitu juga dengan ditelan mati emak, diluah mati bapak dan Kalah jadi abu, menang jadi arang.

Oleh itu, "Kesihatan adalah harta dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit" lebih kepada frasa dan bukan tergolong dalam kategori pepatah.

Tatabahasa08.08.2012
Berkaitan dengan pertanyaan tentang 'bidalan' dan 'pepatah', bagaimanakah kita hendak menentukan sama ada peribahasa tersebut dikategorikan sebagai 'bidalan' atau 'pepatah'. Apakah ada petunjuk atau 'key words' yang dapat membezakan bidalan dengan pepatah? Terima kasih.

Secara umumnya kedua-duanya mempunyai peranan yang hampir sama tetapi bidalan lebih kerap digunakan berbanding dengan pepatah.  Bidalan mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran, sedangkan pepatah lebih ringkas sifatnya dan tidak mempunyai pengajaran. Pepatah ini sering berkait rapat dengan adat-istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat.

Bidalan ialah peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat seperti perumpamaan.  Bidalan juga mempunyai maksud dua lapis.  Untuk mengenali bidalan, ia lebih mudah kerana “ bidalan tidak didahului oleh kata sendi nama seperti, bagai, laksana dan umpama. Contoh bidalan

Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan.

Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

(Maksud lapis pertama jelas.  Maksud lapis kedua ialah merujuk kepada seseorang yang kurang berilmu atau mempunyai sedikit ilmu serta pengalaman tetapi mahu mencuba sesuatu yang di luar kemampuannya.) 

Pepatah pula sering juga dipanggil perbilangan.  Pepatah atau perbilangan mempunyai struktur yang hampir sama bidalann namun perbezaannya ialah pepatah disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi.  Setiap rangkai pepatah terdiri daripada dua baris atau lebih dan ia disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan. Contoh pepatah

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana maufakat.

Cubit paha kiri, paha kanan sakit juga

Ditelan mati emak, diluah mati bapak.

Kalah jadi abu, menang jadi arang.

Sastera16.02.2011
saya ingin mengetahui huraian tentang perkataan di bawah dari mana berasal.asal usul dan apa saja yang berkaitan dengannya secara jelas dan lengkap.perkataannya ialah 1.PANTUN 2.SYAIR 3.GURINDAM, 4. SELOKA 5.MENTERA 6.TEROMBA 7.NAZAM.Mengikut Kamus Dewan makna perkataan-perkatan berikut ialah: 1) Pantun - sj puisi lama yg biasanya terdiri drpd empat baris dlm tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yg selainnya mengandungi maksudnya); 2) Syair - sj karangan bersajak (tiap-tiap rangkap terdiri drpd empat baris yg sama bunyi hujungnya); 3) Gurindam - sj bentuk puisi (terdiri drpd dua baris, berisi dgn berbagai-bagai pengajaran); 4) Seloka - sj puisi yg mengandungi ajaran (sindiran, jenaka, dll); 5) Mentera - kata atau ayat yg apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib (utk menyembuhkan penyakit dll), jampi; 6) Teromba - sejarah yg diceritakan dlm bentuk perbilangan, tambo, riwayat. 7) Nazam -Ar sj gubahan puisi (spt sajak, syair). Untuk mengetahui makna setiap perkataan itu dengan lanjut, sila rujuk Pusat Dokumentasi Melayu di DBP atau IPTA.Lain-lain03.12.2007

Kembali ke atas