group discussion | perbincangan kelompok/perbincangan kumpulan | Pendidikan | Tiada | Kegiatan bertukar-tukar pendapat tentang isu atau topik tertentu oleh anggota sesuatu kelompok. |
group discussion | perbincangan kelompok/perbincangan kumpulan | Ekonomi | Tiada | Tiada |
group discussion | perbincangan kelompok/perbincangan kumpulan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
proceeding | prosiding | Komunikasi | Korporat | Bahan maklumat mengenai sesuatu perbincangan yang ditulis sebagai laporan selepas perbincangan berkenaan dijalankan. Perbincangan boleh dalam bentuk mesyuarat, bengkel, seminar, persidangan dan sebagainya. Bahan yang terkumpul dan tercetak boleh diterbitkan dalam bentuk asal dan boleh juga disunting semula berdasarkan format penerbitan yang ditetapkan. Dalam komunikasi korporat, hasil perbincangan yang tercatat biasakan diterbitkan dalam bentuk asal dan boleh juga disunting semula berdasarkan format penerbitan yang ditetapkan. Dalam komunikasi korporat, hasil perbincangan yang tercatat biasanya diterbitkan untuk tujuan edaran umum, sama ada sebagai bahan rujukan atau bahan bukti mengenai sesuatu keputusan atau penemuan yang telah diuar-uarkan kepada umum bagi mendapatkan pengiktirafan dan pengesahan. |
syndication | perbincangan sindiket | Pendidikan | Tiada | Sesi perbincangan dalam kumpulan yang bersatu dan berusaha untuk melaksanakan sesuatu tugas perundingan atau transaksi. |
round table discussion | perbincangan meja bulat | Pendidikan | Tiada | Perbincangan kelompok yang anggotanya mempunyai taraf atau kedudukan yang serupa, dengan menggunakan meja berbentuk bulat. |
e-discussion | e-perbincangan | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Perbincangan mengenai sesuatu topik secara elektronik melalui platform media sosial. |
plenary session | sidang penuh | Komunikasi | Korporat | Sesi perbincangan utama yang dihadiri oleh semua peserta atau ahli sidang yang bergabung daripada sesi perbincangan kecil yang diadakan sebelumnya bagi membuat ketetapan bersama. Sesi ini boleh dilakukan dalam sesi bengkel berdasarkan subtema yang dipilih, yang diadakan semasa sesuatu persidangan, perhimpunan, seminar, simposium, sidang kemuncak, dan konvensyen. Dalam acara ini, biasanya terdapat tema yang berkaitan dan utama, serta mempunyai kepentingan dan implikasi kepada isu yang dibincangkan. Hasil keputusan dan rumusan bengkel dibawa ke sidang penuh bagi mendapatkan ketetapan akhir. Fungsi sidang penuh adalah untuk: (i) Menyelaraskan keputusan yang dicapai daripada perbincangan kumpulan bengkel. (ii) Mendapatkan kesepakatan dalam isu utama yang berkaitan dengan tema. (iii) Mengenal pasti isu yang perlu diberi keutamaan. (iv) Memberikan ruang yang seimbang kepada peserta untuk mengemukakan pandangan dan cadangan sebelum keputusan akhir dilaksanakan sebagai satu kaedah pembuatan keputusan demokratik.. Hasil sidang penuh akan dijadikan asas kepada pembentukan sesuatu dasar, pelaksanaan sesuatu perancangan projek, pembuatan keputusan untuk meredakan isu dan penyelesaian konflik, rujukan untuk tindakan dan penyataan rasmi, serta sokongan kepada pembentukan sikap, kepercayaan dan tingkah laku yang boleh memberikan faedah bersama. Sinonim sidang pleno. |
flame war | perang bara | Teknologi Maklumat | Tiada | Situasi perbincangan dalam talian yang berubah daripada perbincangan mengenai sesuatu pendapat dan pendirian kepada perbalahan yang menyerang peribadi seseorang. |
controlled discussion | bincang terkawal | Pendidikan | Tiada | Kaedah perbincangan dalam kelompok berasaskan isu yang telah ditentukan pada awal perbincangan. |