Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perbuatan baik

Peribahasa

Hidung dicium,
     pipi digigit.

Bermaksud :

Kasih sayang yang pura-pura saja; menyembunyikan perbuatan jahat dengan perbuatan baik.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
poetic justicekeadilan impianKesusasteraanTiadauntuk melahirkan idea yang menerangkan perbuatan jahat akan dihukum, manakala perbuatan baik dibalas dengan baik.
zikirzikirMuzikTiada

Ucapan lisan atau ungkapan untuk mensyukuri nikmat Allah SWT yang dikurniakan kepada manusia. Zikir ialah amalan untuk mentaati dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Zikir boleh disebut dengan suara yang kuat atau suara yang lembut. Zikir dalam bahasa Arab bermaksud menyebut, menutur dan perbuatan baik.

blemishedcacatPentadbiran PerniagaanTiadaKeadaan kurang sempurna, kurang lengkap atau kurang baik pada badan, benda, perbuatan dan lain-lain.
shinemenggilapSukanTiadaPerbuatan mengilatkan bola supaya mendapat ayunan yang baik.
exemplumcerita moralKesusasteraanTiadaCerita pendek tentang sesuatu watak atau peristiwa yang mengandungi pengajaran moral yang lebih umum. Cerita moral biasanya mudah difahami dan menampilkan kisah atau perbuatan seseorang tokoh atau kejadian sesuatu peristiwa. Cerita moral membawa unsur nasihat dan pengajaran seperti nilai baik, pemurah, berani, sabar dan rajin. Contohnya, seorang pencerita ingin menyampaikan tema umum tentang cerita �Orang Tamak Selalu Rugi�. Tema cerita akan dihuraikan dengan beberapa contoh cerita yang berkaitan dengan kisah orang yang rugi akibat bersifat tamak. Ada juga kisah yang bersifat negatif seperti perbuatan jahat, kedekut, penakut, pemarah dan zalim. Kisah negatif dijadikan perbandingan dengan ciri-ciri perbuatan positif seperti sifat baik dan mulia. Dari segi sejarah di Eropah, cerita moral berasal daripada cerita nasihat yang terdapat dalam syarahan agama yang diberikan oleh paderi di gereja yang wujud pada akhir abad pertengahan. Contoh koleksi cerita moral yang terkenal ialah Teh Nun�s Priest�s Tale oleh Chaucer. Cerita moral banyak terdapat dalam khazanah kesusasteraan Melayu tradisional, khususnya dalam karya kitab agama Islam. Pengarang kitab zaman silam sering menghuraikan sesuatu perkara yang berkaitan dengan nilai moral manusia dengan selingan cerita nasihat bersumberkan pelbagai kitab Arab, khususnya yang berkaitan dengan kehidupan para nabi, ulama, raja dan orang alim. Cerita moral juga menjadi bahan penceritaan yang penting dalam sastera kanak-kanak untuk menyampaikan pengajaran kepada golongan pembaca berkenaan. Lihat juga anekdot, fiksyen moral.
doctoredsuai pindaSejarahTiadaPerbuatan merawat, menyesuai, memulihara dan mengubah sesuatu untuk menjadikannya lebih baik daripada asal.
self-promotionpromosi diriPengurusanTiadaPerbuatan atau tindakan individu mempromosikan atau menonjolkan reputasi baik, profil, dan kepentingannya agar lebih dikenali oleh orang lain untuk kemajuan kerjaya.
positive reinforcementpengukuhan positifPerubatanPsikiatriGanjaran yang diberikan untuk menggalakkan sesuatu perbuatan atau tingkah laku yang baik.
dispute settlementpenyelesaian sengketaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerbuatan untuk mengakhiri sesuatu pertelingkahan. Dalam undang-undang antarabangsa, penyelesaian sengketa boleh dilakukan dengan pelbagai cara, antaranya ialah cara diplomatik seperti rundingan, siasatan, perdamaian, pengantaraan dan jasa baik. Penyelesaian sengketa juga boleh dilakukan dengan cara perundangan seperti kaedah timbang tara dan penyelesaian kehakiman. Contohnya, penyelesaian sengketa antara Malaysia dengan Singapura tentang pemilikan Batu Putih (Pedra Branca) yang dilakukan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Selain itu, penyelesaian sengketa juga boleh dilakukan dengan cara pemaksaan seperti kaedah retorsi, tindakan balas dan penggunaan kekerasan tetapi dengan prasyarat dan syarat-syarat tertentu.
food adulterationpengadukan makananMakanan dan PemakananTeknologi MakananPerbuatan atau proses yang menjadikan makanan tidak tulen atau rendah mutunya. Sesuatu makanan itu dianggap diadukkan atau dipalsukan jika: (i) Makanan mengandungi racun atau bahan yang boleh merosakkan kesihatan pengambilnya; (ii) makanan mengandungi kotoran; (iii) makanan mengandungi aditif yang diharamkan untuk menyembunyikan mutu rendah; (iv) makanan yang seluruh atau sebahagian juzuknya dikeluarkan dan digantikan dengan ramuan lain; (v) makanan mengandungi bahan untuk menambah kuantiti, atau mengubah kualitinya sehingga kelihatan lebih baik daripada sebenarnya.
12

Kembali ke atas