Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Peribahasa

Api makan sekam (= dedak).

Bermaksud :

Perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti api makan [= dalam] sekam).

 

Lihat selanjutnya...(28)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
makna atau istilah yang betul berkaitan dengan perkataan "JENAYAH"Merujuk Kamus Dewan, jenayah bermaksud perbuatan jahat (seperti men­curi, merompak, membunuh, dan lain-lain) yang salah di sisi undang-undang.Makna15.06.2010
Perbezaan antara seperti gunting dalam lipatan, api dalam sekam dan musuh dalam selimutGunting dalam lipatan bermaksud membinasakan sahabat (bangsa,dll) sendiri; Api dalam sekam bermaksud perbuatan jahat yang tersembunyi; musuh dalam selimut bermaksud nusuh yang sangat dekat.Makna09.05.2008
Orang yang jahat pasti akan mendapat ganjaran yang setimpal dengan apa-apa yang dilakukannya. MUnsyi,, adakah ganjaran salah dalam ayat ini? Terima KasihGanjaran boleh digunakan dalam ayat tersebut kerana ganjaran juga bermaksud balasan bagi perbuatan jahat.Tatabahasa13.06.2012
maksud perkataan INSENTIF dan GANJARANInsentif bermaksud sesuatu (yang berupa kebendaan atau tidak) yang diberikan atau ditawarkan sebagai dorongan atau galakan, manakala ganjaran bermaksud hadiah untuk perbuatan baik dan balasan bagi perbuatan jahat.Makna26.09.2012
apakah maksud seperti bunyi gong pecah,laksana diharungi ular,laksana burung diam dalam sangkar,seperti anak ayam kehilangan ibu,seperti anjing dengan kucing,seperti api dalam sekam,rosak badan kerana mulut,ada gula ada semut,dan bumi mana tidak ditimpa hujan?

Makna peribahasa yang ada dalam senarai rujukan kami (merujuk soalan saudara) adalah seperti yang berikut:

  • laksana burung diam dalam sangkar = orang yang terikat hidupnya.
  • anak ayam kehilangan ibu = kesusahan kerana bercerai dengan sahabatyang karib; rakyat yang kehilangan pemimpin.
  • seperti anjing dengan kucing = selalu bertengkar.
  • seperti api dalam sekam = perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi.
  • kerana mulut badan binasa = mendapat kecelakaan kerana perkataannya.
  • ada gula ada semut = di mana banyak kesenangan, di situ ramai orang datang.
  • bumi mana tidak ditimpa hujan = tiap-tiap orang adakalanya buat kesalahan.
Lain-lain13.04.2008
Saya kareemah ka'do. Sedang berlajar Universiti fatoni kelas dasar ingin bertanya : tentang asal usul perkataan "kedurjanaan" apakah artinya dan contoh dalam Ayat. Terima kasihKata ‘durjana’ mempunyai 2 maksud iaitu, 1. jahat dan 2. derhaka. ‘kerdurjaan’ ialah perbuatan durjana (jahat, keji), kejahatan, kekejian, contoh ayat: kekotoran dan kedurjaan hatinya sudah pun terdedah. Makna25.09.2014
Bolehkah istilah 'collaboration' yang membawa maksud 'kerjasama' menggunakan istilah 'kolaborasi ' sedangkan dalam Kamus Dewan Edisi Empat mentakrifkan sebagai 'subahat (kerjasama) dgn musuh atau orang jahat, subahat dlm perbuatan jenayah dsb.Terdapat beberapa istilah bahasa Melayu untuk collaboration, iaitu pemuafakatan, kerjasama dan kolaborasi. Istilah kolaborasi terdapat dalam bidang Sains Politik dan Kesusasteraan yang membawa maksud kerjasama.Istilah27.11.2011
ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA.. MOHON PENJELASAN PENGGUNAAN PERKATAAN "KOLABORASI". BOLEH ATAU TIDAK PERKATAAN INI DIGUNAKAN UNTUK MEMBERI TAKRIFAN KEPDA PERBUATAN BAIK.Kamus Dewan menakrifkan kolaborasi sebagai subahat (kerjasama) dengan musuh atau orang jahat. Dalam beberapa bidang istilah, seperti sains Politik kolaborasi diberi maksud yang setara dengan kerjasama (sebagai varian). Kamus Inggeris Melayu-Dewan pula menakrifkan collaboration kepada dua, iaitu working together dan cooperation with enemy. Oleh sebab maksud kerjasama (working together) juga kini banyak digunakan dalam wacana, kami menerima penggunaan perkataan kolaborasi bagi maksud yang setara dengan kerjasama.Tatabahasa24.06.2016
Assalamualaikum. Saya keliru tentang definisi perkataan yang tertera antara PRPM dan Kamus Dewan di bawah. Pada pengetahuan saya yang masih cetek ilmu tatabahasa ini, makna perkataan tersebut ada yang membawa maksud positif dan negatif. Harap dapat memberi penjelasan jitu memandangkan definisi daripada PRPM merupakan penjelasan makna yang terkini. Menurut PRPM: APAKAH BEZA PERKATAAN KOLABORASI DAN KOLABORATIF Kolaborasi ialah kata nama yang bermaksud kerjasama dan kolaboratif ialah kata adjektif yang bermaksud usaha sama. (25.11.2015) apakah perbezaan maksud istilah kolaborasi dengan kolaboratif. Perkataan manakah yang paling sesuai digunakan dalam makna kerjasama Kolaborasi ialah kata nama yang bermaksud kerjasama dan kolaboratif ialah kata adjektif yang bermaksud usaha sama.(18.04.2013). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat: kolaborasi:- Subahat (kerjasama) dgn musuh atau orang jahat, subahat dlm perbuatan jenayah dsb kolaboratif erat (dr segi kerjasama antara dua pihak ataupun lebih): perhubungan antara kerajaan yg paling ~ sifatnya.Kolaborasi bermaksud subahat (kerjasama) dengan musuh atau orang jahat. Dalam beberapa bidang istilah, seperti Sains Politik, kolaborasi diberi maksud yang setara dengan kerjasama (sebagai varian). Kamus Inggeris Melayu-Dewan juga menakrifkan collaboration kepada dua, iaitu working together dan cooperation with enemy. Oleh sebab maksud kerjasama (working together) juga kini banyak digunakan dalam wacana, kami menerima penggunaan perkataan kolaborasi bagi maksud yang setara dengan kerjasama. Kolaboratif bermaksud erat (dari segi kerjasama antara dua pihak ataupun lebih).  Kolaboratif ialah kata adjektif yang bermaksud usaha sama.Istilah05.03.2016

Kembali ke atas