Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Peribahasa

Api makan sekam (= dedak).

Bermaksud :

Perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti api makan [= dalam] sekam).

 

Lihat selanjutnya...(28)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Upas berulam racun.Perbuatan jahat yang tindih bertindih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Api makan sekam (= dedak).Perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti api makan [= dalam] sekam).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Merebut merampas, membunuh membangun.Segala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mencencang memampas, membunuh membangun, b. Salah bunuh memberi balas, salah cencang memberi pampas).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mencencang memampas, membunuh membangun.Segala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Merebut merampas, membunuh membangun, b. Salah bunuh memberi balas, salah encang memberi pampas). (Bandingkan dengan: Yang mencencang memampas). pampas = ganti rugi; membangun = denda, ganti rugi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti api makan (= dalam) sekam.Perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi. (Peribahasa lain yang sama makna: Api makan sekam [= dedak]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jejak dapat dihilangkan, belang bagaimana hendak dihilangkan?Kesan perbuatan jahat dapat dihilangkan, tetapi tabiat tak dapat dihilangkan dengan mudah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Salah cencang memberi pampas, salah bunuh membangun.Segala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mencencang memampas, membunuh membangun, b. Merebut merampas, membunuh membangun, c. Salah bunuh memberi balas, salah cencang memberi pampas).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas.Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas.Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Salah bunuh memberi balas, salah cencang memberi pampas.Segala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mencencang memampas, membunuh membangun, b. Merebut merampas, membunuh membangun).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas