Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.cam.ba.han] | ڤرچمبهن

Definisi : perihal bercambah (biji be­nih): keinginan utk mencegah ~ senjata nuklear; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.cam.ba.han] | ڤرچمبهن

Definisi : perihal bercambah (bkn biji benih): ~ biji benih dipercepat dgn bantuan haba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata percambahan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antineoplasticantinepolastikPerubatanTiada1. Mencegah pertumbuhan, perkembangan atau percambahan sel-sel malignan. 2. Agen yang mencegah pertumbuhan, perkembangan atau percambahan sel-sel malignan. 3. Drug yang digunakan untuk merawat kanser atau neoplasma.
seed viabilitykebolehidupan biji benihPertanianAgronomi

 Keupayaan biji benih untuk bercambah dan membesar apabila ditanam di ladang. Kebolehidupan diuji dengan ujian percambahan dan kesuburan. Dalam ujian percambahan, sampel biji benih diberikan air dan suhu yang sesuai, untuk dinilai peratus percambahannya. Selain itu, kebolehidupan biji benih juga boleh diuji dengan menggunakan ujian tetrazolium.

seed deteriorationkemerosotan biji benihPertanianAgronomi

 Penurunan kualiti biji benih sama ada dari segi percambahan, ketulenan genetik atau ketulenan fizikal. Benih yang merosot tidak sesuai digunakan untuk penanaman. Kemerosotan juga terjadi apabila biji benih disimpan terlalu lama menyebabkan percambahan yang rendah. Faktor-faktor yang menyebabkan kemerosotan biji benih seperti serangga, suhu dan kelembapan yang tinggi di tempat penyimpanan.

seed incubationpengeraman biji benihPertanianAgronomi

 Biji benih yang ditempatkan pada suhu yang sesuai, iaitu antara 270C hingga 300C dalam inkubator untuk ujian percambahan. Pengeraman biji benih bertujuan menggalakkan percambahan biji benih dalam keadaan piawai.

phytochromefitokromBotaniTiadaPigmen penerima cahaya yang mengawal mekanisme percambahan biji benih dan tindak balas-tindak balas lain dalam tumbuhan. Pigmen ini terdiri daripada jenis protein yang terdapat dalam dua bentuk yang mudah bertukar antara keduanya, iaitu Pr dan Pfr. Pr berwarna biru, manakala Pfr. berwarna biru pudar yang boleh dilihat secara jelas apabila dipancarkan melalui cahaya merah. Pfr yang terdapat dalam bentuk aktif biologi berfungsi untuk mengawal percambahan.
germinationpercambahanGeografiTiadaTiada
germinationpercambahanGeologiTiadaTiada
germinationpercambahanPertanianTiadaTiada
germinationpercambahanPerhutananTiadaTiada
brainstormingpercambahan mindaPentadbiranPentadbiran Awam

 Lihat sumbang saran.

12345678910

Kembali ke atas