Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.cang.ga.han] | ڤرچڠݢهن

Definisi : perihal bercanggah (pendapat dll): ~ pemikiran tentang konsep ketuhanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata percanggahan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dissensionperselisihan; percanggahanSejarahTiadaPerselisihan, pertelingkahan, persengketaan atau percanggahan antara dua pihak biasanya antara dua parti politik dalam sesebuah pilihanraya atau doktrin agama.
contradictionpercanggahanMatematikTiada1. Pernyataan majmuk yang memang palsu apabila komponen pernyataan mengambil sebarang nilai kebenaran dalam logik. 2. Bukti melalui percanggahan - reductio ad absurdum.
antinomyantinomiKesusasteraanTiadaPercanggahan akibat wujudnya dua prinsip yang bertentangan. Walaupun bertentangan, kebenaran masih tidak tergugat kerana sebarang percanggahan yang terbabit mampu diselesaikan.
cognitive dissonancepercanggahan kognitifKomunikasiKorporatKeadaan konflik mental yang disebabkan perbezaan antara jangkaan pelanggan tentang sesuatu keluaran barangan atau perkhidmatan dengan prestasi sebenar keluaran barangan atau perkhidmatan tersebut. Dalam bidang pengiklanan, percanggahan ini kerap berlaku dalam kempen pengiklanan barangan melalui kaedah jualan langsung serta pesanan secara pos dan dalam talian. Melalui kaedah ini, pelanggan mudah terpengaruh dengan pujukan yang dilakukan oleh eksekutif pemasaran yang menggunakan komunikasi antara peribadi, atau penerangan melalui risalah dan maklumat dalam Internet. Penerangan yang diberikan secara peribadi, pos, dan Internet biasanya menggambarkan keunggulan barangan atau perkhidmatan tersebut. Namun, apabila barangan atau perkhidmatan telah diperoleh, pelanggan mendapati hasilnya tidak seperti yang dijangkakan. Oleh itu, wujud jurang kognitif antara harapan awal dengan hasil yang didapati.
functional conflictkonflik fungsianPengurusanPerancangan1.����� Percanggahan yang timbul antara fungsi atau jabatan yang berbeza dalam organisasi, yang didorong oleh perbezaan matlamat masing-masing. Konflik ini boleh berlaku disebabkan oleh sumber yang terhad dan jangkaan prestasi yang tinggi sehingga mewujudkan persaingan antara fungsi dan jabatan. Contohnya, jabatan kewangan yang berfungsi mengawal belanjawan dan kos operasi sesebuah perniagaan mungkin menghadapi konflik dengan jabatan pengeluaran apabila jabatan pengeluaran menuntut tambahan peruntukan untuk membeli mesin baharu bagi meningkatkan kecekapan pengeluaran perniagaan tersebut. Lihat juga pengurusan konflik. 2. Percanggahan membina yang timbul dalam kalangan ahli dalam satu kumpulan kerja, yang membawa kepada penghasilan yang lebih baik dari segi kualiti keputusan kerana cetusan kreativiti dan inovasi yang berlaku dalam kumpulan. Contohnya, dalam menyelesaikan masalah yang kompleks, ahli kumpulan digalakkan memberikan pendapat dan membahaskan pandangan sesama mereka sehingga tercapai suatu idea yang bernas. Lihat juga pengurusan konflik, konflik gugatan.
reductio ad absurdumreductio ad absurdumMatematikTiadaKaedah pembuktian melalui percanggahan. Kaedah ini bermula dengan andaian bahawa apa yang hendak dibuktikan itu adalah palsu, akhirnya didapati sesuatu yang sudah diketahui memang palsu. Contoh: “Buktikan nombor tak nisbah”. Andaikan yang sebaliknya, iaitu ialah nombor nisbah. Maka dapat ditulis sebagai nisbah dengan p dan q dua integer positif tanpa pembahagi sepunya selain 1. Akhirnya, melalui langkah-langkah yang sah, didapati p dan q mempunyai 2 sebagai pembahagi sepunya dan ini merupakan satu percanggahan.
contradictionpercanggahanFizikTiadaTiada
contradictionpercanggahanMatematikTiadaHal yang bertentangan, bertidaksesuaian atau berkontrakdiksi dengan sesuatu yang dianggap benar.
contradictionpercanggahanPendidikanTiadaTiada
contradictionpercanggahanPerubatanTiadaTiada
12345

Kembali ke atas