Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ca.tu.ran] | ڤرچاتورن

Definisi : 1. tempat bermain catur: 2. peri­hal bercatur (permainan catur); 3. ki permainan (siasah) politik: Pakistan memainkan peranan baru dlm ~ politik di Asia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata percaturan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
axiom of politicaksiom politikSejarahTiadaSesuatu hal atau peraturan yang jelas dan terang tanpa bukti dalam politik, biasanya perjanjian atau persetujuan bersama antara dua kuasa besar yang telah benar-benar memahami percaturan yang dilakukan oleh kedua-duanya.
apoliticalpolos politikSains PolitikPolitik PerbandinganKonsep yang menerangkan atau memperjelaskan sama ada seseorang, organisasi atau kaum yang tidak terikat atau tidak mempunyai hubungan atau rangkaian politik dengan mana-mana pertubuhan dan organisasi politik tertentu. Dengan kata lain, ia bersifat neutral dalam percaturan politik mereka. Organisasi seperti Sahabat Alam, Green Peace ataupun pertubuhan Amnesty Antarabangsa merupakan sebuah organisasi atau pertubuhan yang bersifat polos politik. Polos politik juga membawa maksud sesuatu keadaan yang neutral iaitu tidak mempunyai sebarang matlamat politik. Contohnya, lawatan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ke Acheh bagi meninjau keadaan masyarakat selepas kejadian tsunami merupakan lawatan yang bersifat polos politik.

Kembali ke atas