Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ca.ya.mem.per.ca.ya.i] | ڤرچاي  - ممڤرچاياءي

Definisi : saling mempercayai: perasaan tidak ~ antara satu sama lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata percaya-mempercayai


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum.. Tuan, Saya ingin bertanya tentang perkataan MEMPELAWA. Kenapa huruf 'p' pada awal perkataan pelawa tidak digugurkan apabia bertemu awaln meN.. sedangkan pe dalam pelawa bukanlah imbuhanTerdapat beberapa perkataan yang bermula dengan huruf p yang menerima awalan mem- dan dianggap kekecualian, termasuklah perkataan mempelawa.  Contoh lain pelopor (mempelopori), percaya (mempercayai), punya (mempunyai) dan peduli (mempedulikan).Tatabahasa08.07.2010
Yang mana betul. percaya bahawa atau mempercayai bahawa.apakah alasannyaKedua-dua "percaya bahawa" dan "mempercayai" adalah betul dan boleh digunakan. Contohnya; 1. Ramai orang percaya bahawa bahan itu boleh menyebabkan kematian. 2. Saya tidak akan mempercayai orang yang suka bercakap bohong.Tatabahasa07.05.2014
Polis menahan sebuah kereta yang dinaiki oleh dua orang lelaki, yang dipercayai digunakan dalam satu rompakan kedai emas. Soalan: Mengapakah perkataan "dipercayai" boleh digunakan dalam ayat tersebut? ini kerana kalau diaktifkan imbuhan "diper....i" akan menjadi "memper...i", sedangkan imbuhan "memper...i" hanya boleh menerima empat perkataan iaitu "memperingati, mempersuami, memperisteri, memperkawani".Ungkapan 'dipercayai' dalam ayat tersebut boleh digunakan kerana perkataan tersebut menggunakan imbuhan di-...-i bukannya diper-...-i. Kata dasar perkataan tersebut ialah percaya bukannya caya. Sekiranya perkataan tersebut hadir dalam ayat aktif transitif ia akan menerima apitan meN-...-i, iaitu mempercayai bukannya mempeR-...-i.Tatabahasa20.09.2007
apakah perbezaan penggunaan imbuhan apitan meN...kan dan meN...i

MAKNA APITAN meN…kan 

  • Berbuat sesuatu: membangunkan kawasan, menenggelamkan taman, memusnahkan hutan, mencemarkan bahasa…
  • Menjadikan/menyebabkan sesuatu: membenamkan tubuh, memantulkan cahaya, menaburkan benih, melucutkan kain, membersihkan bilik…
  • Bermanfaat: mendapatkan hadiah, menghadiahkan senyuman, memberikan bunga, mencantikkan rumah, melebarkan jalan

 

APITAN meN…i 

  • Apitan meN…i dapat membentuk kata kerja transitif daripada kata lain dalam pelbagai kelas.
  • Awalan meN pada kata yang berapitan meN…i bertugas sebagai penanda ayat aktif.
  • Akhiran i pada kata yang berapitan meN…i bertugas untuk menggantikan kata sendi akan, atas, di, … Contoh:

          mengakui = mengaku akan/tentang

          mempercayai = percaya kepada 

  • Oleh sebab itu, KS tidak boleh wujud selepas kata yang berapitan meN…i: mempercayai pada,* menguasai akan,* mencurangi akan,

    * menghadiri di/dalam,* meragui terhadap,*…


Tatabahasa13.06.2009
1.Ayat yang manakah betul : a. Kedua-dua ahli pengakap itu sedang menanak nasi. b. Dua ahli pengakap itu sedang menanak nasi. 2.Apakah perkataan berlawan bagi "bimbang". Tenang atau yakin. 3.Ayat manakah yang betul. a. Kita hendaklah patuh pada undang-undang. b. Kita hendaklah patuh kepada undang-undang. Sekian, terima kasih.

Saudara,

1. Ayat yang betul ialah "kedua-dua ahli pengakap itu sedang menanak nasi. 2.   Makna perkataan bimbang ialah 1 (berasa) tidak tetap hati atau ragu-ragu: Dia masih ~ ttg kejujuran orang muda itu. 2 (berasa) gelisah atau tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu; (berasa) takut akan berlakunya sesuatu: Oleh sebab Muhammad masih juga ~ ttg wahyu yg diterimanya, maka Khadijah memujuknya. berbimbang berasa bimbang. membimbangkan menyebabkan menjadi bimbang; mengkhuatirkan: Kelakuan anaknya itu sungguh-sungguh ~ hatinya. kebimbangan keadaan atau rasa bimbang; keraguan; kecemasan. Berdasarkan makna "bimbang", maka kata lawannya yang sesuai ialah yakin.

Makna yakin ialah betul-betul percaya (tentang kebenaran, kemampuan, dll sesuatu atau seseorang), tidak ragu-ragu (syak-syak) lagi, pasti benar: dia masih tetap ~ bahawa jalan yg ditempuhnya bukanlah jalan yg salah; mengetahui dgn ~ akan arah kiblat; kami ~ dia akan berjaya dlm pertandingan itu; berkata dgn ~ berkata dgn sungguh-sungguh; meyakini 1. yakin (akan), mempercayai benarbenar (akan): setelah ~ bahawa tidak ada orang yg mengintip, barulah dia membuka peti itu; dia ~ kesanggupannya melawan musuh; 2. = meyakin-yakini menyelidikidsb supaya yakin; 3. menaruh keyakinan pd; meyakinkan 1. menyaksikan sendiri supaya yakin, mengesahkan sendiri, menentukan: dia hendak ~ sendiri apakah adiknya ada terlibat dlm perkara itu; 2. menyebabkan yakin, menjadikan yakin: mereka tidak membawa apa-apa senjata utk ~ orang Mekah bahawa kedatangan mereka bukanlah kerana hendak berperang; 3. dgn bersungguh-sungguh (membuat sesuatu), tidak main-main, serius: pelukisan masyarakat dlm kesusasteraan yg bercorak sejarah kurang ~ kerana diselingi dongeng- dongeng daerah; 4. menimbulkan keyakinan: hujah yg ~; keyakinan perihal yakin, kepercayaan yg sungguh-sungguh, kepastian, kesungguhan, ketentuan: kita akan menjalankan semula kewajiban kita dgn penuh ~ bahawa Allah akan menjayakan cita-cita kita; berkeyakinan mempunyai keyakinan, mempercayai benar-benar: ia ~ bahawa ayah dan ibunya selamat; ~ dlm apa jua bidang; ketidakyakinan perihal (sikap, pendirian, dsb) tidak yakin: ~ terhadap kemampuan bahasa Melayu wujud dlm masyarakat yg mendapat pendidikan Inggeris.

Tatabahasa23.10.2010

Kembali ke atas