Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.cé.ta.kan]/[per.cé.ta/.kan] | ڤرچيتقن

Definisi : tempat (syarikat perniagaan) yg mencetak buku (majalah dll), pejabat cetak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.cé.ta.kan]/[per.cé.ta/.kan] | ڤرچيتقن

Definisi : 1 (segala) urus­an yg berkaitan dgn hal menghasilkan bahan bercetak. 2 tempat atau syarikat mencetak: pejabat ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata percetakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Saya ada kemusykilan mengenai penggunaan perkataan percetakan dan pencetakan. Syarikat Percetakan ABC atau Syarikat Pencetakan ABC?Percetakan ialah tempat atau syarikat yang mencetak buku, manakala pencetakan ialah proses mencetak. Frasa yang betul ialah Syarikat Percetakan ABC.Tatabahasa29.04.2013
PUSAT PERCETAKAN & FOTOCOPY ANDA All types of printing & photocopy Digital print plan printing colour printing photocopy bunting banner sticker flyer & leaflet other services laminating scanning binding x-stand tripod stand roll up standSila buat permohonan iklan melalui http://dbpsahbahasa.my/Lain-lain20.07.2018
PENGGUNAAN KURUNGAN DI DALAM PENULISAN RASMI Contoh 1: ______(Percetakan (Dikhas kepada Syarikat 100% Bumiputera))______. Contoh 2: ______[Percetakan (Dikhas kepada Syarikat 100% Bumiputera)]______. Betul atau tidak contoh-contoh penggunaan kurungan ayat di atas. Jika salah, mohon perbetulkan cara penggunaan yang betul. Terima Kasih.Penggunaan tanda baca yang betul ialah [Percetakan (Dikhas kepada Syarikat 100% Bumiputera)].Lain-lain04.01.2021
Minta perkataan jawi untuk 1) PERCETAKAN 2) PUSAT MUSIKPercetakan: ڤرچيتقن

Pusat Muzik: ڤوست موزيک
Lain-lain26.12.2019
Minta bantuan perkataan untuk PERCETAKAN Terima KasihApakah yang dimaksudkan dengan perkataan untuk percetakan? Sila nyatakan dengan jelas sama ada pertanyaan maksud perkataan, ejaan perkataan atau lain-lain.Lain-lain20.12.2019
1. Apakah perbezaan penggunaan perkataan "pencetakan " dan "percetakan" dalam bentuk ayat ? 2. Bolehkan perkataan jemputan digunakan bagi menggantikan undangan ? Sekian, terima kasih.Percetakan ialah tempat (syarikat perniagaan) yang mencetak buku, manakala pencetakan ialah kerja-kerja (proses, urusan) mencetak. Jemputan sama maksudnya dengan ajakan dan undangan.Tatabahasa18.01.2012
Ziyad Razali RAB 3.55 PTG salam saya nk tanya percetakan 3D boleh dipakai ke dlm tesis saya sebagai bahasa melayu standard?Salam, Percetakan 3D boleh digunakan dalam penulisan.Lain-lain27.09.2017
1. Bagaimana cara untuk saya mendapatkan 'hak cipta terpelihara' untuk karya saya? Saya tinggal di kelantan, mestikah saya pergi ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan perkara tersebut? 2. Bolehkah saya mencetak buku sendiri tanpa penerbit mengikut undang-undang? 3. Di Kelantan, jumlah syarikat percetakan buku adalah terhad terutamanya bumiputera, tiadakah kursus percetakan untuk membimbing bumiputera di dalam perniagaan percetakan anjuran DBP atau mana-mana pihak?

1. Untuk makluman saudara, hak cipta di Malaysia tidak perlu didaftarkan. Hak cipta lahir sebaik sahaja karya dilahirkan. Manuskrip lengkap atau tidak lengkjap tetap dilindungi oleh hak cipta. Secara amalannya hak cipta pertama dipegang oleh penulis sendiri. Ini disebut dalam Akta Hak Cipta Seksyen 26 (1), Hak cipta hendaklah terletak hak mula-mulanya pada penciptanya. Hak cipta kekal kepada penulis sehingga hak ini dipindah atau dilesenkan kepada pihak lain melalui Perjanjian bertulis.

2. Saudara boleh mencetak sendiri buku tetapi perlulah mendapat izin Kementerian Dalam Negeri terlebih dahulu. Selain itu, saudara perlu juga akur kepada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

3. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak lagi menganjurkan sebarang kursus tentang percetakan. Untuk sebarang kursus percetakan saudara bolehlah berhubung dengan Dawama Sdn. Bhd. dan juga  Jabatan Percetakan Negara, Malaysia.
Lain-lain20.05.2009
Saya bercadang untuk membuka kedai yang menyediakan perkhidmatan percetakan dan menjual cenderamata dan alat tulis. Oleh itu, saya ingin memohon pihak DBP untuk menyemak penggunaan bahasa pada papan tanda kedai bagi tujuan permohonan lesen. Terima kasih.Setiap iklan yang hendak dipaparkan di Negara kita mesti mempunyai keterangan dalam bahasa Melayu. Kami mencadangkan, tuan memasukkan keterangan seperti, "PUSAT PERCETAKAN DAN CENDERAMATA" di bahagian paling atas. Sila buat pembetulan dan kemukakan permohonan tuan melalui "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Tatabahasa26.08.2015
Merujuk kepada No. Pendaftaran 6450/2012. Tajuk Permohonan Kilang Percetakan Dinamik Erajaya Sdn Bhd Co. No. 882076-H dari Syarikat Dinamik Erajaya Sdn Bhd. Bertarikh 10/05/2012 dan status tidak lulus. Boleh bagi tahu dengan lebih jelas bahagian mana yang perlu diperbetulkan. Kerjasama pihak tuan amat kami hargai. Terima kasih.Kami telah merujuk iklan yang dihantar. Sila tukar perkataan PERCETAKAN kepada PENCETAKANLain-lain10.05.2012
123456

Kembali ke atas