Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.cu.kaian] | ڤرچوکاين

Definisi : yg berkaitan dgn cukai: spt biasa, struktur ~ paling menarik perhatian di kalangan rakyat jelata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata percukaian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mana satu penggunaan yang betul: Dasar percukaian negara atau dasar cukai negaraFrasa yang betul ialah Dasar Percukaian Negara.Tatabahasa09.02.2012
Pohon terjemahan yang tepat bagi penggunaan perkataan "foreign leaver". Sekiranya perkataan ini hendak digunakan dalam konsep percukaian, apakah terjemahan bahasa melayu yang boleh digunakan. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "foreign leaver" dalam pangkalan data istilah DBP. Sila berikan konsep atau maksud istilah tersebut sekiranya puan memerlukan cadangan bahasa Melayu daripada pihak kami.Istilah06.02.2015
terjemahan untuk "arm's length deal"Untuk makluman, istilah "arm's length deal" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun terdapat istilah "arm's length" yang padanan bahasa Melayunya ialah selengan (bidang Ekonomi) dan tulus (bidang Percukaian). Contohnya: arm's length bargaining - rundingan selengan, arm's length transaction - urus niaga tulus). Istilah untuk "deal " pula ialah rundingan atau urus niaga. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah rundingan selengan atau rundingan tulus.Istilah22.01.2013
Salam sejahtera Tuan/Puan, Saya ingin mendapatkan kepastian bagi istilah Bahasa Melayu yang tepat untuk perkataan "tax buoyancy": Tax buoyancy mengukur sejauh mana hasil cukai berubah seiring dengan perubahan dalam Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Sekiranya nisbah tax buoyancy bersamaan dengan 1, ini bemaksud peningkatan hasil cukai berkadaran dengan peningkatan KDNK. Sekiranya nisbah melebihi 1, ini bermaksud peningkatan hasil cukai adalah lebih baik daripada peningkatan KDNK, menggambarkan dasar percukaian kerajaan yang efektif dalam kutipan hasil cukai.Cadangan terjemahan yang sesuai bagi tax buoyancy ialah cukai apunganMakna17.10.2020

Kembali ke atas