Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.cu.tian] | ڤرچوتين

Definisi : cuti, perihal bercuti: dlm ~ penggal pertama persekolahan, pulanglah ia ke rumah; majikanku bertanya sama ada ~ku melapangkan fikiran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata percutian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana dengan percutian saudara yang lalu? atau Bagaimanakah dengan percutian saudara yang lalu?Ayat yang betul ialah "Bagaimanakah dengan percutian saudara yang lalu?".Tatabahasa05.03.2017
Mohon semakan terjemahan Have a safe and sound stay in here. Semoga awak menikmati percutian yang selamat di sini.Kami hanya menyemak penggunaan kata dan ayat dalam Bahasa Melayu. Semoga anda selamat dan menikmati percutian di sini.Penyemakan dan penterjemahan08.11.2017
Assalamualaikum, Bolehkah saya menterjemahkan perkataan homestay kepada percutian desa? Terima kasih atas bantuan tuan/puan.Inap desa.Istilah02.12.2009
Penggunaan 'per' atau 'par' Yang mana satukah yang betul: 1) Beratnya 50 kg per kotak atau Beratnya 50 kg par kotak? 2) Harga percutian ialah RM300 per pax atau par pax?Untuk makluman perkataan "per" tidak digunakan dalam konteks ini.

1. Ayat yang dicadangkan ialah Berat satu kotak ialah 50 kg atau Berat sekotak ialah 50kg
2. Harga percutian ialah RM300 seorang.
Penyemakan dan penterjemahan18.03.2016
Tuan, saya ingin bertanya: bercuti adakah bermaksud mesti bermalam di tempat percutian tersebut? kalau saya bercuti di melaka, pagi pergi malam balik. adakah ini juga dimaksudkan "bercuti"? Harap tuan dapat bantu saya dalam perkataan ini. ribuan terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bercuti bermaksud 1. tidak bekerja kerana hari cuti (am dan lain-lain), berlibur; 2. tidak bekerja beberapa hari atau lama (kerana sakit, hendak berehat, dan lain-lain), berlibur. Sehubungan dengan itu, perkataan bercuti sesuai digunakan dalam ayat tersebut.Makna24.03.2021
Yang manakah betul? Murid-murid menjalani aktiviti yang berfaedah ( dalam, pada ) percutian sekolah.

Ayat yang gramatis adalah seperti yang berikut:

Murid-murid menjalani aktiviti yang berfaedah pada musim cuti sekolah.
Penyemakan dan penterjemahan07.06.2017
Salam hormat. Saya ingin dapatkan kepastian. Adakah ayat ini betul - "Nikmati percutian santai yang menyeronokkan" (untuk diguna sebagai tajuk artikel). Terima kasih
Ayat tersebut  betul.
Lain-lain23.10.2015
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya apa perbezaan terjemahan bagi "vacation" dan "holiday" selain daripada perkataan "percutian"? Apakah cadangan pihak DBP jika kedua-dua perkataan tersebut digunakan dalam satu ayat, contohnya, "they are strictly prohibited from going to any vacation trips and holidays". Terima kasih.

“Holiday” dan “vacation” mempunyai persamaan dari segi maksud, iaitu bercuti. Selain itu, berehat dan berlibur juga membawa maksud yang sama. Maka, ketiga-tiga perkataan ini boleh digunakan bersilih ganti. Kami mencadangkan ayat “Mereka dilarang untuk melancong dan bercuti” sebagai terjemahan bagi ayat dalam bahasa Inggeris yang diberikan.

Makna29.05.2020
Salam. Apakah terjemahan yang sesuai untuk Working Holiday Visa? Terima kasihWorking Holiday Visa boleh diterjemahkan kepada Visa Percutian Bekerja, iaitu permit kediaman yang membolehkan pelancong melakukan pekerjaan (dan kadang-kadang belajar) di negara yang mengeluarkan visa untuk menambah dana perjalanan mereka. Walau bagaimanapun dalam konteks negara kita, sila rujuk Jabatan Imigresen untuk mendapatkan maklumat terperinci.Penyemakan dan penterjemahan26.12.2017
Telah merujuk dan menyemak Kamus Dewan tetapi tidak menemui kata rehlah / rihlah. Sedangkan kata ini terdapat dalam tulisan di dada-dada akhbar semasa. Mohon penjelasan. Terima kasih.Perkataan rihlah tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, perkataan ini berasal daripada bahasa Arab dan maksudnya ialah perjalanan, percutian, lawatan atau cara merehatkan minda melalui lawatan, senaman dan sebagainya.Makna26.04.2012
12

Kembali ke atas