Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.da.ga.ngan] | ڤرداݢڠن

Definisi : perihal berdagang, urusan ber­niaga, perniagaan (biasanya antara negara-negara): cukai yg tinggi ke atas barang-barang yg diimport menyekat ~ antara dua buah negara itu; usaha-usaha utk memaju­kan ~ antara negara-negara yg sedang maju; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.da.ga.ngan] | ڤرداݢڠن

Definisi : urusan berniaga; perniagaan: ~ antara Malaysia dgn negara-negara jiran semakin maju. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perdagangan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cikgu, mengapakah kita menggunakan "terhadap kegiatan perdagangan" dan bukan "tentang/mengenai kegiatan perdagangan"? "kegiatan perdagangan" bukankah objek abstrak yang tidak mempunyai ruang fizikal yang jelas?Frasa yang betul ialah "tentang kegiatan perdagangan" atau "mengenai kegiatan Perdagangan". Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa12.05.2014
Apakah perbezaan penggunaan perkataan di antara "perdagangan" dengan "pemerdagangan"?Perdagangan berasal daripada apitan peN-...-an dengan kata akar dagang dan perdagangan bermaksud perihal berdagang. Manakala kata pemerdagangan berasal daripada awalan peN- + kata dasar (perdagangan), terbentuklah pemerdagangan. Pemerdagangan bermaksud perihal perdagangan. Walau bagaimanapun kata terbitan yang sedemikian bentuknya tidak produktif dalam bahasa Melayu, contoh yang lain seperti pemerolehan, pemerbadanan dan pemersatuan.Makna10.04.2014
Tuan DBP, "terhadap kegiatan perdagangan" atau "tentang/mengenai kegiatan perdagangan"? Contoh frasa: - Permintaan tinggi terhadap kegiatan perdaganganFrasa yang tepat ialah "terhadap kegiatan perdagangan".Tatabahasa11.05.2014
salam, ketika bila penggunaan 'commercial' diterjemahkan kepada dagangan atau perdagangan dalam istilah ekonomi dan perdagangan? t.kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perdagangan bermaksud perihal berdagang, urusan ber­niaga, perniagaan (biasanya antara negara-negara): cukai yang tinggi ke atas barang-barang yang diimport menyekat ~ antara dua buah negara itu; usaha-usaha untuk memaju­kan ~ antara negara-negara yang sedang maju;


Dagangan pula bermaksud barang-barang yang diperjualbelikan atau diperniagakan: Barang ~nya terdiri daripada kain batik, kain songket dan kain kasa. 2 urusan dagang.

Kedua-duanya boleh digunakan mengikut konteks ayat dan lazimnya perdagangan digunakan bagi terjemahan commercial. Puan boleh merujuk data melalui http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=commercial .
Penyemakan dan penterjemahan15.06.2016
Apa beza di antara perkataan "perdagangan" dengan "pemerdagangan"?Perdagangan berasal daripada apitan peN-...-an dengan kata akar dagang dan perdagangan bermaksud perihal berdagang. Manakala kata pemerdagangan berasal daripada awalan peN- + kata dasar (perdagangan), terbentuklah pemerdagangan. Pemerdagangan bermaksud perihal perdagangan. Walau bagaimanapun kata terbitan yang sedemikian bentuknya tidak produktif dalam bahasa Melayu, contoh yang lain seperti pemerolehan, pemerbadanan dan pemersatuan.Tatabahasa24.12.2013
Penjelasan tuan tentang "perdagangan" dan "pemerdaganan" bermaksud tidak ada bezanya penggunaan kedua-dua perkataan tersebut? Ia hanya kata terbitan yang redundant(tambahan ulangan)? Adakah ini bermakna perdagangan manusia atau pemerdagangan manusia sama sahaja maksudnya?Pemerdagangan ialah terjemahan bahasa Melayu bagi padanan bahasa Inggeris commercialization yang bermaksud perihal memperdagangkan atau menjadikan sesuatu barang, manusia dan lain-lain untuk dijual beli. Perdagangan ialah terjemahan bahasa Melayu perkataan bahasa Inggeris 'trade' yang bermaksud  perihal berdagang, urusan berniaga, perniagaan (biasanya antara negara). Walau bagaimanapun frasa pemerdagangan manusia atau perdagangan manusia, kedua-duanya adalah betul.Lain-lain10.04.2014
Salam. Terma "Pemerdagangan Manusia" sedikit mengelirukan saya. Apa beza perdagangan dan pemerdagangan? Saya juga ada masalah dari segi letakan imbuhan pemer itu sendiri. Kerana belum pernah saya lihat penggunaan imbuhan pemer ini. Minta rujukan dan penerangan pihak tuan/puan. Terima kasih.Perdagangan berasal daripada apitan peN-...-an dengan kata akar dagang dan perdagangan bermaksud perihal berdagang. Manakala kata pemerdagangan berasal daripada awalan peN- + kata dasar (perdagangan), terbentuklah pemerdagangan. Pemerdagangan bermaksud perihal perdagangan. Walau bagaimanapun kata terbitan yang sedemikian bentuknya tidak produktif dalam bahasa Melayu, contoh yang lain seperti pemerolehan, pemerbadanan dan pemersatuan.Tatabahasa13.12.2010
As salam, saya ingin bertanya mengenai ayat ini sama ada betul atau salah; Dirasmikan oleh: YB Dato' Sri ismail Sabri bin Yaakob Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan atau Dirasmi oleh: YB Dato' Sri ismail Sabri bin Yaakob Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan atau Perasmi: YB Dato' Sri ismail Sabri bin Yaakob Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Sekian, terima kasih.Ayat yang gramatis ialah "Dirasmikan oleh YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan".Tatabahasa21.11.2012
maksud persatuan , pusat konvensyen , pusat persidangan , perancang mesyuarat korporat , perancang mesyuarat bebas , tour operator , pameran perdagangan dan eksposisi ,penaja pameran perdagangan dan kontarktor perkhidmatan dalam maksud pelanconganMaksud persatuan ialah 1. gabungan, ikatan, kumpulan: anggota jawatankuasa P~ Penulis Nasional ialah sepuluh orang; P~ Bola Sepak Malaysia; 2. perikatan, syarikat: setiausaha ~ kastam; 3. perihal bersatu: ~ urat pd tangan dgn urat pd mata. Konvensyen ialah 1. persidangan ahli-ahli pertubuhan politik (perniagaan dll) utk membincangkan sesuatu perkara: beberapa perkara mengenai rangka perlembagaan itu akan dibincangkan dlm ~ yg akan diadakan; 2. perjanjian antarabangsa (antara negara, pemerintah, dsb). Maklumat selanjutnya, Saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna11.02.2007
apa "Commercial Financial Sector" dalam BM? Sektor Kewangan Perdagangan atau Sektor Kewangan Komersil

Puan Noryeen,

Padanan bahasa Melayu bagi istilah tersebut ialah sektor kewangan perdagangan.

Istilah13.01.2010
12345678

Kembali ke atas