Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.da.na] | ڤردان

Definisi : 1. yg terutama; P~ Menteri ketua menteri sesebuah negara (mengepalai jemaah menteri); 2. yg mula-mula, yg pertama (se­kali); pertunjukan (tayangan) ~ tayangan (filem) yg pertama kali; 3. sl bendahara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.da.na] | ڤردان

Definisi : 1 paling tinggi tarafnya atau pangkatnya: ~ Menteri. 2 yg mula-mula; yg pertama: tayangan ~ tayangan bagi pertama kalinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perdana


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
faktor perdanaprime factorFaktor yang merupakan nombor perdana. Contohnya, 2 dan 3 ialah faktor perdana bagi 18, tetapi 6 bukan faktor perdana bagi 18.Menengah Atas
faktor perdanaprime factorFaktor yang merupakan nombor perdana. Contohnya, 2 dan 3 ialah faktor perdana bagi 18, tetapi 6 bukan faktor perdana bagi 18.Menengah Rendah
pemfaktoran perdanaprime factorisationProses mengungkapkan sesuatu nombor sebagai hasil darab faktor-faktor perdananya. Contohnya, pemfaktoran perdana 48 ialah 2 × 2 × 2 × 2 × 3 = 24 × 3.Menengah Rendah
nombor perdanaprime numberNombor asli yang hanya boleh dibahagi dengan dirinya sendiri dan 1 sahaja. 1 bukan nombor perdana. Contohnya, 2, 3, 5, 7, 11, 13, ...Menengah Atas
nombor perdanaprime numberNombor asli yang hanya boleh dibahagi dengan dirinya sendiri dan 1 sahaja. 1 bukan nombor perdana. Contohnya, 2, 3, 5, 7, 11 dan 13.Menengah Rendah

Kembali ke atas