Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.da.na] | ڤردان

Definisi : 1. yg terutama; P~ Menteri ketua menteri sesebuah negara (mengepalai jemaah menteri); 2. yg mula-mula, yg pertama (se­kali); pertunjukan (tayangan) ~ tayangan (filem) yg pertama kali; 3. sl bendahara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.da.na] | ڤردان

Definisi : 1 paling tinggi tarafnya atau pangkatnya: ~ Menteri. 2 yg mula-mula; yg pertama: tayangan ~ tayangan bagi pertama kalinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perdana


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah penggunaan perdana-perdana menteri bagi merujuk kepada ramai perdana menteri?Penggunaan perdana-perdana menteri adalah betul.Tatabahasa03.08.2020
Adakah "perdana-perdana menteri" salah ? Saya juga ingin bertanya tentang cara untuk mendapat jawaban yang tepat selepas perkataan Bahasa Melayu digandakan. Apakah cara-cara tersebut ? Contoh yang lain seperti pesuruhjaya-pesuruhjaya dll. Kadang-kala, pesuruhjaya juga digandakan sebagai pesuruh-pesuruhjaya (salah). Oleh itu, dalam proses penggandaan agak mengelirukan para pelajar.

Penggandaan kata majmuk terbahagi kepada dua. Pertama ialah kata majmuk yang dieja berpisah dan hanya bahagian awal kata sahaja yang digandakan. Contohnya: Perdana Menteri = Perdana-perdana Menteri, kertas kerja = kertas-kertas kerja, mata pelajaran = mata-mata pelajaran.

Kedua, kata majmuk yang dieja bercantum akibat kelaziman penggunaan, dan seluruh kata digandakan. Contohnya: Setiausaha = setiausaha-setiausaha, jawatankuasa = jawatankuasa-jawatankuasa, pesuruhjaya = pesuruhjaya-pesuruhjaya.

Tatabahasa03.11.2008
Selamat sejahtera tuan/puan. Mohon pertolongan tuan/puan untuk menyatakan pilihan jawapan yang tepat berdasarkan pilihan jawapan di bawah. 1.Menteri-menteri besar ATAU menteri besar-menteri besar 2.Perdana-Perdana Menteri ATAU Perdana Menteri-Perdana Menteri 3.Kaki-kaki botol ATAU kaki botol-kaki botol Mohon penjelasan untuk setiap pilihan jawapan yang tepat. Terima kasih tuan/puan. Maaf untuk menggangguMenurut data kami, rangkai kata yang betul ialah i. Menteri-menteri Besar ii. Perdana-perdana Menteri iii. Simpulan bahasa kaki botol tidak sesuai untuk digandakan. Lazimnya untuk menunjukkan bilangan jamak boleh menggunakan kata bilangan. Contohnya sekumpulan, semua dan beberapa.Tatabahasa03.09.2019
Prime Minister'sPerdana-perdana MenteriLain-lain08.03.2007
Mercu Jaya, Citra Utama, Citra Perdana, Santapan Perdana, adakah nama2 ini sesuai untuk sesebuah dewan ataupun bilik?Mercu Jaya, Citra Utama, Citra Perdana, Santapan Perdana tidak sesuai untuk menamakan dewan atau bilikLain-lain07.08.2008
salam, saya nak tanya, perdana menteri ditulis Perdana Menteri atau perdana menteri

Ejaan yang betul ialah perdana menteri. Sekiranya, perkataan ini digunakan sebagai nama khas, contohnya Perdana Menteri Malaysia, maka huruf besar akan digunakan pada permulaan perkataan. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana, halaman 1680.

Ejaan16.08.2023
Apa itu debat perdana?Apakah pertandingan-pertandingan debat antara IPT yang dikategorikan sebagai Debat Perdana?Perdana ialah sesuatu yang utama. Debat Perdana boleh dianggap sebagai debat yang utama. Tidak ada kriteria khusus untuk menamakan sesuatu itu sebagai perdana atau sebaliknya. Namun bersesuaian dengan maksud perdana, debat yang dipertandingkan itu hendaklah memiliki ciri-ciri keutamaannya seperti pertandingan debat paling besar yang dianjurkan oleh penganjur dan melibatkan peserta yang berketerampilan.Tatabahasa17.12.2014
Salam sejhatera ! Ungkapan Perdana Menteri digunakan kerana telah diterima umum walaupun yang sebenarnya ialah Menteri Perdana. Adakah ungkapan Menteri Perdana boleh digunakan memandangkan tiada terdapat dalam kamus ? Terima kasihBagi padanan Prime Minister, terjemahan Perdana Menteri telah mantap penggunaannya dan diterima sebagai betul.Tatabahasa12.03.2015
adakah Perdana Menteri ataupun Menteri Perdana sedangkan kita namakan Menteri Kesihatan , Menteri Pelajaran.... Sebab???Penggunaan Perdana Menteri sudah lama dan mantap penggunaannya. Oleh itu kita kekalkan penggunaannya walaupun tidak mengikut hukum DM. Inilah yang dikatakan keunikan sesuatu bahasa.Lain-lain19.08.2006
Contoh signboard2 jalan yang kelihatan di pasang oleh pihak PBT > (1). J. Bangsar > Jln. Bangsar > Jalan Bangsar (2). T. Tasik Perdana > Tmn. Tasik Perdana > Taman Tasik Perdana (3). B. Tun Razak > Bdr. Tun Razak> Bandar Tun Razak (4). Jln.T.A. Rahman sepatutnya Jalan Tuanku Abdul Rahman (Nama Agong yang pertama) (5). K.Trengganu/Terengganu sepatutnya Kuala Trengganu/Terengganu (6). K.Lipis sepatutnya Kuala Lipis. Soalan saya signboard yang mana pihak PBT wajib pakai/guna apabila membuat signboard jalan. Saya syor dan cadangkan supaya semua perkataan short form tidak dibenarkan. Mohon dapat pengesahan pihak DBP dan memantau keatas perkara ini demi generasi akan datang. Sekian, terima kasih.

Saya bersetuju dengan pandangan tuan bahawasanya semua ejaan papan tanda yang hendak dipaparkan di tempat awam hendaklah disemak terlebih dahulu dengan DBP. Seelok-eloknya ejaan pada papan tanda ditulis penuh tanpa memendekkan perkataan tersebut seperti Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur, Kuala Lipis dan Kampung Pandan. Penguatkuasaan terhadap penamaan di papan tanda ini juga perlu konsisten dan mendapat kerjasama daripada semua pihak yang terlibat. Terima kasih atas maklumat yang diberikan dan hal ini akan kami kemukakan kepada pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. 

Lain-lain19.11.2010
12345678910...

Kembali ke atas