Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perdana 1


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SARINGAN ERATOSTHENES

Saringan Eratosthenes ialah satu kaedah yang

dicipta oleh ahli matematik Yunani, Eratosthenes

untuk mengenal pasti nombor perdana . Nombor

perdana ialah nombor selain nombor 1 yang hanya

boleh didarabkan secara genap dengan 1 dan

dengan nombor itu sendiri. Kini, komputer

elektronik boleh digunakan untuk mengenal pasti

nombor perdana, tetapi sistem itu masih sama

dengan kaedah yang digunakan oleh Eratosthenes.

UMUM 
PERSIDANGAN TEHRAN

Persidangan Tehran ialah mesyuarat pertama

pemimpin utama negara Berikat semasa Perang

Dunia II. Pemimpin-pemimpin ini dikenali sebagai

Tiga Kuasa Besar, iaitu Perdana Menteri Great

Britain , Winston Churchill; Presiden Amerika

Syarikat, Franklin Delano Roosevelt; dan Perdana

Menteri Kesatuan Soviet, Joseph Stalin. Mesyuarat ini

juga ialah persidangan kemuncak yang pertama

melibatkan ketua-ketua Kesatuan Soviet dan Amerika

Syarikat. Persidangan ini diadakan dari 28 November

hingga 1 Disember 1943, di Tehran, ibu negara Iran.

UMUM 
PERSEKUTUAN AUSTRALIA

Persekutuan Australia terbentuk dari tahun

1901, apabila keenam-enam tanah jajahan Australia

menjadi negeri-negeri Komanwel Australia.

Sebelum tahun 1889, beberapa kaedah

penggabungan tanah jajahan tersebut telah dicuba,

tetapi gagal. Pada tahun tersebut, Sir Henry Parkes,

perdana menteri New South Wales, mendesak

para penjajah tersebut supaya membentuk sebuah

kerajaan pusat. Pada tahun 1890-an, banyak

percubaan untuk membentuk sebuah persekutuan

menemui kegagalan. Para perwakilan jajahan

tersebut bersidang pada tahun 1891, 1893, 1898,

dan 1899. Pada tahun 1899, sebuah jawatankuasa

penggubal merangka Perlembagaan Persekutuan

dan penduduk Australia mengundi untuk

membentuk sebuah persekutuan. Duke of York,

kemudian bergelar Raja George V,

mengisytiharkan Komanwel Australia pada

1 Januari 1901.

UMUM 
PANGERAN BENDAHARA

PANGERAN BENDAHARA, salah satu jawatan wazir dalam hierarki pemerintahan Kesultanan Brunei.  Sejak zaman pemerintahan Sultan Hassan (m.m. 1605-1619), dalam hierarki pemerintahan Kesultanan Brunei terdapat empat orang wazir, iaitu Duli Pangeran Bendahara, Duli Pangeran Digadong, Duli Pangeran Temenggung dan Duli Pangeran Pemanca.  Di bawah wazir, terdapat 60 ceteria (sateria), iaitu empat kepala ceteria, lapan ceteria besar, 16 ceteria pengelasan, dan 32 ceteria damit (kecil).  Di bawah ceteria, terdapat jawatan kesetiawanan daripada kalangan rakyat biasa.  Jawatan tertinggi ialah Pehin Datu Perdana Menteri (1), Ketua Menteri (2), Kepala Menteri (4), Menteri Pengelasan Besar (8), Menteri Pengelasan Biasa (16) dan Menteri Pengelasan Damit-kecil (32).  Beberapa jawatan Menteri Dagang juga diwujud dan dikurniakan kepada orang asing, misalnya Datu Saudagar, ketua orang India dan Kapitan Cina, gelaran kepada ketua orang Cina.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran

Kembali ke atas