parliamentary democracy | demokrasi berparlimen | Sains Politik | Politik Perbandingan | Demokrasi yang memisahkan antara institusi ketua negara dengan ketua kerajaan. Ketua negara dalam sistem ini merupakan seorang raja atau presiden (bukan eksekutif) manakala ketua kerajaan ialah perdana menteri. Perdana menteri dilantik daripada parti atau kumpulan yang mendominasi parlimen dan berkuasa selagi mendapat sokongan majoriti parlimen. Kerajaan dan kabinet ini dibentuk oleh parti yang menang dalam pilihan raya dan ketua mereka akan menjadi ketua kerajaan. Parti yang tewas pula akan menjadi pembangkang. Sistem ini membahagikan parlimen kepada dua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang. Antara negara yang mengarnalkan sistem ini ialah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand dan New Zealand. |
parliamentary system | sistem berparlimen | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pemerintahan demokrasi yang berasaskan kepada kerajaan parlimen Westminster, Britain. Sistem ini memisahkan ketua negara dengan ketua kerajaan. Ketua negara dalam sistem ini merupakan seorang raja atau presiden (bukan eksekutif), manakala ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Perdana Menteri dilantik dari parti atau kumpulan yang mendominasi parlimen dan berkuasa selagi mendapat sokongan majoriti. Kerajaan dan kabinet ini dibentuk oleh parti yang menang dalam pilihan raya dan ketua mereka akan menjadi ketua kerajaan. Parti yang tewas pula akan menjadi pembangkang. Sistem ini membahagikan parlimen kepada dua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang. Antara negara yang mengamalkan sistem ini ialah Malaysia, Singapura, Jepun, Negara Thai dan New Zealand. |
vote of confidence | undi percaya | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sokongan atau undi yang diberikan oleh ahli dewan perwakilan kepada perdana menteri atau menteri besar dalam sistem demokrasi berparlimen setelah beliau dilantik memegang jawatan tersebut. Perdana menteri atau menteri besar harus mendapat majoriti sokongan atau undi percaya bagi membolehkan mereka dilantik memegang jawatan tersebut. Undi percaya ini boleh dilakukan secara mengangkat tangan atau menggunakan kertas undi. Contohnya, usul undi percaya perdana menteri di Malaysia sering mendapat lebih daripada dua pertiga majoriti. |
vote of no confidence | undi tidak percaya | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sokongan atau undi yang ditarik balik oleh anggota dewan perundangan terhadap seorang perdana menteri atau ketua menteri. Undi ini dilakukan melalui usul yang dibentang di dewan dan apabila dibuat, anggota dewan yang lain perlu bertindak sama ada memberi undi percaya atau tidak. Sekiranya perdana menteri atau ketua menteri itu gagal mendapat majoriti undi percaya maka beliau dikehendaki meletakkan jawatan. Proses undi tidak percaya ini boleh dilaksanakan sama ada melalui cara mengangkat tangan atau melalui undi sulit. Contohnya, undi tidak percaya pernah diusul kepada Perdana Menteri India Morarji Desai pada tahun 1979 dan kegagalannya memperoleh sokongan menyebabkan beliau meletak jawatan. |
Deputy Prime Minister and Minister of Defence | Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
political executive | eksekutif politik | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Badan yang memiliki kuasa merencana, melaksana dan menguatkuasa keputusan serta dasar negara. Badan ini dianggotai oleh jemaah menteri yang dipilih dari kalangan ahli dewan perundangan yang bertanggungjawab mengetuai potfolio atau kementerian tertentu. Kedudukannya berbeza mengikut negara sama ada berperanan sebagai raja, presiden ataupun perdana menteri dan kabinet. Dalam konteks Malaysia, eksekutif politik terdiri daripada Perdana Menteri dan kabinet. Kebiasaannya, ahli kabinet akan bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu, dipengerusikan oleh perdana menteri. Pelantikan ahli jemaah kabinet dalam amalan demokrasi merupakan hak ketua negara atas nasihat perdana menteri. |
accretion of power | pertambahan kuasa | Undang-undang | Tiada | Peningkatan kuasa eksekutif pada Perdana Menteri akibat dasar pemerintahan. |
Look East Policy | Dasar Pandang ke Timur | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Dasar yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada tahun 1982. Dasar ini bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran negara. Dasar ini dilaksanakan dengan mencontohi etika kerja, teknik dan strategi pembangunan negara Jepun, Korea Selatan dan Taiwan. Rakyat Malaysia telah dihantar ke negara tersebut untuk mengikuti pelbagai program bagi mendapatkan pengetahuan dalam bidang perniagaan dan perindustrian. |
determinative compound | kata majmuk penentu | Linguistik | Tiada | Kata majmuk yang sebahagiannya menentukan atau menerangkan bahagian yang lain. Contohnya, Perdana Menteri dan rumah sakit. |
the corridor of power | anjung kuasa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kedudukan yang menghampiri jawatan kepimpinan tertinggi sesebuah negara seperti presiden atau perdana menteri. Bagi menduduki jawatan ini, seseorang pemimpin perlu melalui pelbagai peringkat persaingan atau pemilihan dan setelah berjaya mengharunginya barulah dianggap berada di anjung kuasa. Contohnya pada tahun 2002, Abdullah Ahmad Badawi dapat dianggap sebagai berada di anjung kuasa apabila Dr. Mahathir Mohamed mengisytiharkan mahu bersara. |