Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : keadaan keluar darah atau berĀ­darah akibat cedera atau penyakit: terdapat sebilangan mereka yg hamil anak sulung yg mengalami ~ sehingga tiba proses kelahiran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perihal berdarah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perdarahan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mksud kegawatan ekonomi. Punca, kesan dan cara mengatasi masalah kegawatan ekonomi.

Saudara,

Perkataan gawat bermakna berbahaya, genting, tegang: perdarahan demikian biasanya tidak begitu ~ tetapi perlu diadakan pemeriksaan dahulu;

menggawatkan : menimbulkan ketegangan, membahayakan (keadaan dll), menggentingkan (keadaan dll): kekejaman yg di lakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin semakin ~;

kegawatan : keadaan gawat, kegentingan, ketegangan: jelas sekali masyarakat yg didiskusikan oleh dramatisnya sedang berada dlm ~, kritikal, penuh krisis dan kekacauan; hanya beberapa hari sebelum dijalankan upacara akad nikah, barulah terjadi ~ itu.

Untuk mengetahui punca, kesan dan cara mengatasinya, saudara perlulah membuat penyelidikan dan rujukan di perpustakaan di tempat saudara tentang isu ini.   

Lain-lain10.11.2009
Salam. Terima kasih untuk maklum balas sebelum ini. Terdapat beberapa perkataan yang keliru. Boleh tahu untuk perkataan pasca-strok atau pasca strok betul? English version ialah post-stroke. Untuk perkataan 'stroke survivors' saya guna pemandiri strok adakah betul? Untuk perkataan 'hemorrhagic stroke' dalam BM ialah strok perdarahan atau strok pendarahan? Malnutrition lebih sesuai untuk guna malnutrisi atau malpemakanan? Terima kasih.

1. pascastrok
2. Istilah yang diberikan masih belum ada dalam data kami. Cadangan yang sesuai bagi stroke survivor ialah Pemandiri strok.
3. Strok hemoragik
4. Malpemakanan

Istilah15.03.2019

Kembali ke atas