Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : keadaan keluar darah atau ber­darah akibat cedera atau penyakit: terdapat sebilangan mereka yg hamil anak sulung yg mengalami ~ sehingga tiba proses kelahiran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perihal berdarah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perdarahan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERDARAHAN

Perdarahan ialah keadaan keluarnya darah dari

pembuluh darah. Perdarahan berlaku apabila

arteri, vena, atau kapilari pecah. Pecah mungkin

disebabkan oleh kecederaan, hakisan , atau

kehausan, yang terhasil melalui proses tak normal

seperti ulser, keradangan, atau kanser. Doktor

menamakan perdarahan yang teruk hemoraj.

UMUM 
SITRIN

Sitrin ialah bahan kimia yang tergolong dalam

kumpulan bahan kimia yang dikenali sebagai

flavonoid. Ahli sains tidak tahu dengan tepat

apakah sitrin atau sama ada ia perlu atau tidak

kepada kesihatan manusia. Walau bagaimanapun,

mereka mendapati bahawa bahan flavonoid

membantu mengawal perdarahan daripada kapilari

(pembuluh darah yang halus kecil) dalam badan.

Sitrin, juga dikenali sebagai vitamin P, menjejaskan

dinding kapilari, menjadikannya kurang mungkin

mengalami hemoraj. Sitrin yang digunakan dalam

perubatan biasanya disediakan dengan

mengekstraknya daripada paprika dan kulit lemon.

UMUM 
SIROSIS

Sirosis ialah keadaan hati apabila tisu parut

terbentuk di seluruh organnya. Kumpulan sel yang

dikenali sebagai nodul tumbuh semula, yang

dikelilingi oleh kepingan parut tisu, menggantikan

tisu mampung yang normal pada hati. Hati yang

berpenyakit mungkin tidak boleh melakukan fungsi

penting seperti membuat protein dan membuang

bahan berbahaya dari darah. Tisu yang terjejas

boleh menyekat aliran darah, menyebabkan

tekanan tinggi dalam pembuluh darah yang

menuju ke hati. Oleh itu, perdarahan dalaman

mungkin berlaku. Sekatan aliran darah juga boleh

menyebabkan pengumpulan bendalir dalam

abdomen.

UMUM 

Kembali ke atas