Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.da.ya.an] | ڤرداياءن

Definisi : tipu daya, tipu muslihat: tidak baik bertunang lama-lama, takut tidak terlawan ~ iblis nanti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perdayaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
spoofing attackserangan perdayaanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerTindakan menggunakan perisian perdayaan yang dilakukan oleh pengguna hasad untuk menyamar atau menggunakan identiti pengguna lain supaya dapat memperoleh capaian ke atas sistem komputer dan asetnya.
IP spoofingperdayaan IPTeknologi MaklumatTiadaTeknik yang digunakan oleh penceroboh untuk mencapai komputer hos dalam rangkaian. Penceroboh menghantar mesej dengan menggunakan alamat IP orang lain agar kelihatan seperti alamat IP yang dipercayai oleh komputer hos tersebut. Untuk menggunakan perdayaan IP, penceroboh mula-mula akan menggunakan beberapa teknik untuk mencari alamat IP hos yang boleh dipercayai. Ia kemudiannya mengubah suai kepala paket penghantaran supaya ia kelihatan datangnya daripada hos yang dipercayai.
deceptionperdayaanUndang-undangTiadaTiada
deceptionperdayaanPsikologiTiadaTiada
spoofingperdayaanTeknologi MaklumatTiadaPenspaman e-mel yang menggunakan alamat pihak ketiga sebagai alamat penghantar.
IP spoofingperdayaan IPTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah yang melibatkan suatu mesin, komputer atau peranti menggunakan alamat IP selain daripada yang telah diberikan kepadanya untuk tujuan memperdayakan sistem penyahihan atau mendapatkan capaian yang terlarang. Kaedah ini boleh memperdayakan sistem keselamatan yang menggunakan alamat IP sebagai identiti.
human smugglingpenyeludupan manusiaKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan mengatur, memudahkan atau merancang secara langsung atau tidak langsung kemasukan mana-mana orang merentas sempadan antarabangsa yang menyalahi undang-undang sesebuah negara. Perbuatan ini boleh dilakukan dengan kerelaan atau tanpa kerelaan mangsa, secara rahsia atau melalui perdayaan, seperti penggunaan dokumen palsu. Lazimnya, perbuatan ini dilakukan oleh sindiket dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Contohnya, imigran yang diseludup masuk untuk dijadikan sebagai buruh ladang.
secure shell (SSH)cangkerang selamat (SSH)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerProtokol keselamatan untuk log masuk jarak jauh secara selamat. SSH menggunakan port TCP 22 untuk membenarkan capaian setara dengan aplikasi Telnet, Rlogin, atau Rsh. SSH juga memberi keupayaan pengesahan pengguna dan saluran tersulit kepada komponen penterjemah arahan pada sistem pengoperasian hos. SSH dapat melindungi daripada penghiduan, serangan perdayaan dan juga melindungi daripada pengubahan data terlarang semasa komunikasi.

Kembali ke atas