Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.dé.ba.tan] | ڤرديبتن

Definisi : pertukaran fikiran biasanya yg bertentangan mengenai sesuatu hal (pendirian dll) dgn masing-masing pihak mengeluarkan pendapat (alasan dsb), perbuatan berdebat, perbahasan, perbantahan: ~ mengenai pe­­rincian belanjawan Kementerian Pendidikan akan diteruskan pd hari Khamis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.dé.ba.tan] | ڤرديبتن

Definisi : perbuatan atau hal berdebat; perbahasan: ~ ttg hak-hak perseorangan itu berakhir dgn pergaduhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perdebatan

Peribahasa

Akal akar berpulas tak patah.

Bermaksud :

Orang yang pandai, takkan mudah kalah dalam perdebatan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
perdebatan tentang peribahasa 'bulat air kerana pembentung,bulat kata kerana muafakat'.wajarkah ia di bahaskan????Peribahasa ini boleh dijadikan tajuk perbincangan atau perbahasan mengikut konteks yang bersesuaian .Lain-lain25.08.2010
Apakah perbezaan dan pengunaan istilah "Perdebatan" dan "Pendebatan"?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "perdebatan" membawa maksud pertukaran fikiran biasanya yang bertentangan mengenai sesuatu hal (pendirian dan lain-lain) dengan masing-masing pihak mengeluarkan pendapat (alasan dan sebagainya), perbuatan berdebat, perbahasan, perbantahan. Perkataan "pendebatan" pula membawa maksud perihal (perbuatan dan sebagainya) mendebatkan atau memperdebatkan.Makna16.12.2021
boleh saya bertanya ke tuan. Adakah EKOR PIPI TERMASUK DALAM SIMPULAN BAHASA. Perkara ini telah menimbulkan perdebatan di antara kami. kami memohon penjelasan daripada pihak tuan. terima kasih.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, simpulan bahasa merupakan ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan-perkataan yang membentuknya. Contohnya kaki ayam yang bermaksud kaki yang tidak berkasut. Manakala ekor pipi pula bermaksud bahagian pipi di sebelah bawah.

Berdasarkan maksud kedua-dua perkataan tersebut, ekor pipi bukan simpulan bahasa kerana tidak mempunyai makna yang berlainan atau tersirat.

Tatabahasa15.07.2021
Rie Aries Aug 5th, 2:35am Salam.mohon pencerahan..apakah maksud "disegani" dan "dihormati"..dua perkataan ini mjd perdebatan sesama kami.sy berpendapat kdua2 ayat ini berbeza maksud tp ada persamaan,sdgkn rakan mgatakan ia langsung tidak ada sbrg persamaan.harap dpt penjelasan.terima ksh.Lihat kepada kata akar kedua-dua kata tersebut, segan antara maksudnya termasuklah hormat dan hormat bermaksud mempunyai pandangan yg tinggi terhadap seseorang. Ada perbezaan dan persamaan maksud antara kedua-duanya, untuk maklumat lanjut, rujuk www.prpm.dbp.gov.my.Makna05.08.2014
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya mengenai daftar kata berikut untuk diterjemahkan ke dalam Bahawa Malaysia: 1. Managerialist contoh ayat: Selain itu, perdebatan tentang pengurusan kes secara amnya dalam bidang kerja sosial berpegang kepada ideologi managerialist 2. Sanction Contoh Ayat: Rajah 2.6. menerangkan Model Praktis Profesion Kerja Sosial. Siporin (1975) mendefinisikan praktis kerja sosial sebagai kumpulan nilai, tujuan, persetujuan(sanction), pengetahuan dan kaedah. 3. Burnout Contoh Ayat: Pekerja kes kanak-kanak memang mengalami tekanan dan burnout akibat pertambahan kes kanak-kanak berdasarkan hasil kajian penyelidik terdahulu 4. Deinstitutionalize 5. Residual Approach 6. Egalitarian 7. Niche Sekian, terima kasih atas kerjasama dan bantuan. SOPIAN 0194892464Cadangan terjemahan kami adalah seperti yang berikut:
1. managerialist - tatacara pengurusan.
2. sanction - isbat.
3. burnout - tekanan luar biasa.
4. Deinstitutionalize - pembebasan.
5. residual approach - *konsep perkataan ini tidak dijelaskan. Cadangan umum kami ialah pendekatan sisa/baki.
6. egalitarian - egalitarian.
7. niche - tujahan.
Penyemakan dan penterjemahan27.11.2015
Makna frasa 'mulut puaka'.Kamus Dewan merakamkan mulut puaka bermaksud tidak mahu dan tidak mudah kalah dalam perdebatan (kuat bertengkar).Makna02.07.2018
saya nak tahu tentang perkataan polemik?? apa kah yg dimaksud kn erti kata tersebut..Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan perkataan polemik merupakan sesuatu perbahasan (perdebatan, perbantahan) dengan rencana atau tulisan dalam surat khabar (majalah dll).Makna19.03.2009
Maksud tikaman bahasa dan contoh-contoh yang sesuai. Senaraikan contoh - contoh tikaman bahasa untuk tujuan pertandingan bulan bahasa. Maksud perbahasan dan debat . Juga contoh format untuk pertandingan dan bentuk penulisan esei.Perbahasan bermaksud pertukaran fikiran mengenai sesuatu perkara; perbuatan atau hal berbahas; perdebatan: Majlis ~ itu telah ditangguhkan ke minggu hadapan.Lain-lain04.08.2010
Adakah betul penggunaan perkataan 'polemik' di dalam ayat di bawah? Kemasukan produk kraf dari negara luar seperti produk songket dan sebagainya sehingga mencetuskan polemik semasa, yang sedikit sebanyak menimbulkan rasa kebimbangan terutama di kalangan usahawan dan pengeluar kraf tempatan.

Mengikut Kamus Dewan, polemik ialah perbahasan (perdebatan, perbantahan), maka penggunaan kata polemik dalam ayat yang puan kemukakan betul. Namun ayat puan boleh dibetulkan seperti berikut:

Kemasukan produk kraf seperti produk songket dan sebagainya dari negara luar mencetuskan polemik semasa yang sedikit sebanyak menimbulkan rasa kebimbangan terutama dalam kalangan usahawan dan pengeluar kraf tempatan.

Tatabahasa26.11.2014
Saya berminat menganalisa novel Cakra Waruga karya Pak Arena Wati untuk Extended Essay. Topik yang saya ingin bincangkan ialah berkenaan tentang kritikan dan masalah yang dihadapi oleh golongan intelek. Apa perkataan yang saya boleh gunakan untuk menggabungkan kedua-dua ini. Saya bercadang untuk menggunakan perkataan "polemik", adakah ia relevan?

Perkataan polemik lazimnya digunakan bagi tujuan yang melibatkan kegiatan pertukaran, perbantahan atau perdebatan antara dua pihak yang berbeza pandangan mengenai sesuatu isu/masalah.  Jika  saudara melakukan penghujahan dengan menggunakan teknik/kaedah sedemikian dalam esei saudara,  maka saudara bolehlah menggunakan perkataan tersebut bagi tujuan penghujahan subjek yang ingin saudara ajukan.

 Adakah soalan saudara itu juga bertujuan untuk mendapatkan judul esei yang sesuai?  Jika demikian saya mencadangkan judul esei saudara ialah " Analisis kritis permasalahan golongan cendekia dalam Cakra Waruga"atau "Polemik permasalahan golongan cendekiawan dalam Cakra Waruga" dengan memasukkan hujahan sokongan dan sanggahan. 

Salam takzim.

Lain-lain03.08.2010
12

Kembali ke atas