Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rebut
Kata Terbitan : berebut, merebut, perebutan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
perebutan1. perihal berebut sesuatu: ~ pangkat; ~ kedudukan; ~ kekuasaan; 2. = perihal merebut (memperebutkan), pe­ram-pasan, dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
rezekiAr 1. segala sesuatu yg dikurniakan oleh Allah utk keperluan rohani dan jasmani, mis makanan, ilmu dsb; ada nyawa (umur) ada ~ selama masih hidup tentu mendapat makanan; itu bukan ~ saya itu bukan utk saya (makanan dll); memberi ~ a) memberi makanan (nafkah); b) membawa keuntungan (kemujuran); 2. ki pendapatan, penghasilan, pencarian (wang dll utk sara hidup); ke­hilangan ~ kehilangan mata pencarian; men­cari ~ mencari makan, mencari peng­hidupan (dgn berusaha dll); mendapat ~ a) mendapat makanan (penghidupan dll); b) mendapat untung (laba), mujur; putus ~ kehilangan pencarian; 3. peluang utk beroleh makanan dll, keuntungan, perolehan; bukan ~ bukan habuan (untung) seseorang; dekat ~nya cepat (mudah) mendapat untung; jauh ~nya sulit (susah) mencari untung; kalau ada ~ kalau ada wang (habuan, kemudahan, untung); mudah-mudahan dimurahkan ~nya mudah-mudahan banyak (mudah) mendapat ke­un­tung­­an dll; naik ~nya semakin bertambah ke­untungannya; orang makan gaji, umur pan­jang ~ beragakkan Mn orang makan gaji, umur panjang tetapi perolehannya terhad; pembahagian ~ pembahagian keuntungan dll; perebutan ~ perebutan keuntungan dll; ~ batin sesuatu yg berfaedah utk batin, makanan rohani (jiwa); ~ harimau ki sewaktu ada makanan banyak dan berjenis-jenis; ~ jangan ditolak untung jangan dibuang (dibiarkan terlepas); ~ mahal susah mencari penghidupan, jarang mendapat keuntungan; ~ mata sesuatu yg sedap dipandang; ~nya meninggi mendapat keuntungan tidak dgn bersusah payah; ~ merendah semua yg di­usahakannya itu menguntungkannya; ~ murah selalu mendapat keuntungan tidak dgn bersusah payah; ~ yg halal pendapatan dll yg halal (bukan dgn penipuan dll); ~ elang tak akan dapat (dimakan) oleh musang (burung pipit) prb semua orang ada kemujurannya masing-masing, keuntungan seseorang tidak boleh direbut oleh orang lain; merezekikan memberikan rezeki: mereka tidak direzekikan dgn gugur syahid di medan jihad.Kamus Dewan Edisi Keempat
rebut; ~ rampas bermacam-macam pe­rampas­an (perompakan, penyamunan); berebut berlumba-lumba (berdahuluan) utk mengambil sesuatu: ~ kuasa; ~ tempat; ~ (dgn) malam sudah mulai malam; ~ mulut bertengkar, berbantah; ~ nama berlumba-lumba utk mendapat kemasyhuran; ~ (dgn) senja sudah mulai senja; ~ tinggi atas-mengatasi; ~ rampas bertanda beti prb semua perkara baharu boleh diputuskan sesudah cukup buktinya; berebut-rebut berbuat banyak kali, berebut antara orang banyak, berlumba-lumba (mem­peroleh, mengambil, dll): orang ramai ~ hendak pulang; beberapa ekor ayam sedang ~ makan; mereka ~ menghendakkan hadiah itu; berebut-rebutan, berebutan saling meng­ambil atau mendapatkan sesuatu dgn paksa (susah payah): Majid dgn kawan-kawannya ~ macam anak kecil merebut gula-gula; merebut 1. mengambil (mendapatkan, mem­­­­­­­­­peroleh) sesuatu dgn kekerasan: dgn cepat ia ~ senjata itu drpd penjahat; yg muda hendak ~ kerajaan abangnya; 2. mengambil (negeri, tempat, dll) dgn kekuatan senjata, merampas: beberapa tempat penting sudah dapat di­rebut kembali oleh pasukan kita; 3. men­dapat sesuatu dgn susah payah (spt dlm per­lumbaan dll): pasukan kita dapat ~ kembali Piala Thomas; 4. ki mengambil, memikat, menarik: sastera itu mendapat kesempatan ~ kedudukannya lebih drpd semasa zaman klasik; nama Hamka pd masa ini telah dapat ~ hati para pembaca dgn cerita-cerita pendek; merebutkan, memperebutkan meng­usaha­­kan sungguh-sungguh (mem­per­juangkan) utk merebut sesuatu: India dan China berperang ~ Himalaya; anakku inilah yg kelak akan diperebutkan oleh segala perempuan di seluruh Tanah Jawa; rebutan 1. sesuatu yg direbutkan (di­perebut­kan): sebuah piala besar menjadi ~ antara pasukan-pasukan yg bertanding; 2. = sedekah ~ Id a) sj perayaan orang Cina dgn memberi sedekah yg diperebutkan oleh orang ramai; b) perlumbaan memanjat buluh (batang pinang) yg dilumur dgn minyak dll (utk mengambil barang-barang yg diletakkan di puncaknya); 3. bp = berebutan; perebutan 1. perihal berebut sesuatu: ~ pangkat; ~ kedudukan; ~ kekuasaan; 2. = perihal merebut (memperebutkan), pe­ram-pasan, dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
persengketaan1. perselisihan, per­telagahan, pertikaian, perbalahan: ~ antara dua orang adik-beradik itu berpanjangan kpd anak masing-masing; 2. perebutan (terhadap se-suatu): maka ~ itu diselesaikan dan sempadan kedua-dua buah negeri itu pun ditentukan.Kamus Dewan Edisi Keempat
rampas; berampas-rampasan saling me­ram­pas, bertarik-tarikan: maka Dewa Per­kasa pun meronta, lalulah ~lah dgn pang­lima itu; merampas 1. mengambil dgn kekerasan, merebut: pergerakan sulit utk ~ kekuasaan negara; ~ kuasa mengambil alih kekuasaan (negara) dgn kekerasan atau tidak mengikut perlembagaan; 2. menyamun, membegal, menjabal: wang gajinya habis dirampas penyamun di jalan; 3. menyita: jika ia enggan membayar hutangnya itu, hartanya akan dirampas; rampasan sesuatu yg dirampas, hasil meram­pas: banyak beroleh barang ~; ~ kuasa; perampasan perihal merampas (perebutan, penyamunan, penyitaan); ~ kuasa perebutan kuasa; perampas orang yg merampas.Kamus Dewan Edisi Keempat
sengketa(sengkéta) 1. = persengketaan pertelingkahan, pergaduhan, perselisihan, pertentangan, pertikaian: Amerika diingat-kan supaya jangan campur tangan dlm ~ Arab-Israel; halangan-halangan ini mungkin disebabkan oleh ~ sesama sendiri di kalangan pemimpin Perikatan; 2. hal atau perkara (dr segi pengadilan): tidak ada ~ yg tidak dapat diselesaikan; bersengketa bergaduh, berkelahi, berselisih faham, bertelagah (pendapat dll): pihak-pihak yg ~ bersedia menghadapi persoalan itu dgn fikiran tenang dan terbuka; mempersengketakan memperbantahkan, mempertikaikan: Bahasa Kebangsaanlah yg menjadi soal yg dipersengketakan oleh kedua-dua pihak itu; persengketaan 1. perselisihan, per­telagahan, pertikaian, perbalahan: ~ antara dua orang adik-beradik itu berpanjangan kpd anak masing-masing; 2. perebutan (terhadap se-suatu): maka ~ itu diselesaikan dan sempadan kedua-dua buah negeri itu pun ditentukan.Kamus Dewan Edisi Keempat
rebut; berebut berlumba-lumba mengambil sesuatu: ~ tempat. berebut-rebut berebut antara orang banyak; berebut beberapa banyak kali: Mereka ~ menaiki bas itu. berebut-rebutan saling (mencuba) mendapatkan sesuatu dgn susah payah: Mereka ~ pangkat spt anak kecil ~ gula-gula. merebut 1 mengambil dgn kekerasan: Ia ~ pisau dr tangan penyamun tsb. 2 mendapatkan sesuatu dgn susah payah: Kita berharap agar Malaysia dpt ~ Piala Thomas kembali. memperebutkan berebut akan sesuatu: India dan Cina telah berperang kerana ~ kawasan Dalakh. rebutan apa-apa yg direbut: Sebuah piala besar telah menjadi ~ para peserta. perebutan perbuatan (hal dsb) berebut atau merebut sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
putargerakan berpusing (bertukar arah); ~ alam cenderung melakukan tipu daya atau tipu muslihat; ~ negeri perebutan kekuasaan pemerintah, revolusi; seputar Jk sekeliling, sekitar, sepanjang: ~ kampung; ~ malam; kejadian ~; berputar 1. berpusing, berkisar, berkitar, berpusar: anak kunci ~; ceritanya ~ pd soal cinta; roda ~ dgn kelajuan 3 radian tiap-tiap saat; 2. berganti arah, berbelok, berkelok: ia ~ ke jurusan lain; 3. beredar (bergerak, berjalan) berkeliling: ~ dr pejabat ke padang tenis; wang baru Malaysia sudah ~; kapal terbang itu dua kali ~ di atas kota; ~ fikiran berubah fikiran; ~ haluan berganti haluan; ~ kecek (cakap) beralih (berubah) percakapan; ~ lidah berbelit-belit perkataan­nya, mengingkari janji, berbohong; berputar-putar 1. berpusing-pusing, ber­kisar-kisar, berpusar-pusar: baiklah jangan ~ pd keterangan ini sahaja; sebuah kereta radio polis dgn lampu birunya ~; 2. = berputar bergerak (berjalan, terbang, dll) berkeliling: mereka datang kerana melihat gadis-gadis cantik yg ~ di pasar itu; 3. tidak langsung menuju (tempat dll yg dimaksudkan, tujuan yg sebenarnya), berbelok-belok (berjalan, bercakap, dll); memutar 1. menjadikan berputar, memusing­(kan): ~ dadu; ~ skru; 2. mengubah arah dll, membelokkan, mengelokkan: meriam itu diputar ke arah kapal perang yg sedang belayar; kesedaran ini akan ~ haluan hidupnya kpd yg lebih sempurna; 3. mem­belit-belitkan (perkataan dll), membolak­balikkan (kebenaran dll): kebenaran tidak dapat diputar-putar; ia seorang yg pandai ~ perkataan; 4. memindahkan (tanaman dll): apabila ia berumur beberapa bulan pohon itu hendaklah diputar ke tempat lain; 5. mencampur, mengaduk, mengarau; ~ enjin menghidupkan enjin; ~ filem mem­pertunjukkan filem; ~ lidah membelit-belit­kan perkataan, mengingkari (mengubah) janji; ~ otak memikirkan dgn sungguh-sungguh (atau dgn susah payah); ~ percakapan (cakap kecek, perbualan) mengubah tajuk atau pokok perbualan, memindahkan atau membelokkan percakapan kpd perkara lain; ~ wang (modal) menjalankan wang utk berniaga; memutarkan 1. menggerakkan supaya ber­putar, memusingkan: ~ jarum jam ke belakang; 2. memutar utk orang lain; memperputarkan 1. memperedarkan (wang, barang dagangan, dll); 2. mengeluarkan dan menjalankan wang dlm perniagaan dll; terputar 1. memutar atau diputar dgn tidak sengaja; 2. dapat atau berupaya memutar: dia tidak ~ skru itu kerana terlalu ketat; putaran 1. gerakan berputar, kisaran, ki­taran, pusingan; beberapa ~ beberapa kali berputar; 2. sesuatu yg diputar (tombol pd radio dll, roda pd mesin jahit, dll), sesuatu yg dipindahkan (dialihkan dll); ~ air kisaran air; ~ angin a) kisaran angin; b) pergantian angin; ~ filem pertunjukan filem (gambar); ~ masa pusingan atau perubahan masa; ~ nasib perubahan (baik atau buruknya) nasib; perputaran 1. perihal berputar-putar, per­kisaran: ~ semua baling-baling itu sama cepatnya; 2. peralihan (perubahan, pergan­tian) masa atau keadaan dll: bersiap sedia utk menghadapi sendiri ~ sejarah pd masa akan datang; 3. pergerakan (wang, peristiwa, kehidupan, dll) yg merupakan lingkaran, proses perdagangan (wang dijadikan bahan dan diproses dan kemudian menjadi wang lagi); pemutaran perbuatan memutar(kan): minyak melicinkan ~ sebuah roda; pemutar 1. alat utk memutar: ~ pancur air; ~ piring; ~ skru; 2. orang yg memutar; ~ semangat ki sesuatu (nasihat dll) yg me­mulihkan atau mendatangkan semangat.Kamus Dewan Edisi Keempat
rebut; berebutberlumba-lumba mengambil sesuatu: ~ tempat. berebut-rebut berebut beberapa banyak kali; berebut antara orang banyak: Mereka ~ menaiki bas itu. berebut-rebutan saling berebut: Mereka ~ pangkat spt anak kecil ~ gula-gula. merebut 1 mengambil dgn kekerasan: Ia ~ pisau dr tangan penyamun tsb. 2 mendapat sesuatu dgn susah payah: Kita berharap agar Malaysia dpt ~ Piala Thomas kembali. memperebutkan berebut akan sesuatu: India dan Cina telah berperang kerana ~ kawasan Dalakh. rebutan apa-apa yg direbut: Sebuah piala besar telah menjadi ~ para peserta. perebutan perbuatan (hal dsb) berebut atau merebut sesuatu.Kamus Pelajar

Kembali ke atas