Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ré.da.ran]/[per.é.da.ran] | ڤرايدرن

Definisi : 1. perihal beredar, gerakan yg berkeliling: ~ matahari; 2. perjalanan dr satu tempat ke tempat lain; 3. perpindahan (wang) dr tangan ke tangan (dlm masyarakat); 4. perkembangan drpd suatu keadaan kpd yg lain: ~ hidup; ~ dunia = ~ zaman perkembangan atau p (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ré.da.ran]/[per.é.da.ran] | ڤرايدرن

Definisi : 1 hal atau keadaan beredar; pergerakan (perjalanan) berkeliling: ~ bumi. 2 perubahan drpd satu keadaan kpd satu keadaan lain; peralihan dr satu tempat ke satu tempat lain. 3 perpindahan (wang) dr tangan ke tangan. 4 perubahan atau perkembangan masa: ~ zaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peredaran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
planetary circulationperedaran planetanSainsHidrometeorologi1. Sistem gangguan skala besar dalam troposfera apabila dicerap pada skala hemisfera atau dunia. 2. Min atau purata mengikut masa, peredaran hemisfera atmosfera; dalam konteks ini, hampir sinonim dengan peredaran umum. 3. Lihat peredaran umum.
nearshore circulationperedaran dekat pesisir , peredaran dekat pantaiGeologiTiadaTiada
enterohepatic circulationperedaran enteroheparFarmasiFarmakologiPeredaran sebatian termasuk drug yang telah menjalani metabolisme hepar, yang dirembes ke dalam hempedu dan kemudiannya, dikeluarkan ke dalam usus kecil. Dari usus kecil, drug ini akan diserap semula ke dalam peredaran sistemik dan masuk semula ke dalam hepar bagi mengulangi proses yang sama.Peredaran enterohepar boleh meningkatkan separa hayat (t) drug. Peredaran ini boleh juga menyebabkan sebahagian molek:ul yang biasanya tidak toksik menjadi sangat hepatotoksik, sekiranya kepekatan molek:ul tersebut mencapai aras toksik.
secondary circulationperedaran sekunderSainsHidrometeorologiPeredaran yang bersepadanan dengan aspek peredaran umum yang berdasarkan skala lekukan bergerak dan antisiklon.
anticyclogenesisantisiklogenesiSainsHidrometeorologiPermulaan peredaran antisiklon atau penguatan peredaran di sekeliling antisiklon yang sedia ada.
reverse circulationperedaran songsangKejuruteraanPetroleumSistem peredaran bendalir penggerudian yang bendalir penggerudiannya dipamkan masuk melalui anulus dan naik ke atas dari dasar lubang melalui batang gerudi atau tetiub, berlawanan dengan peredaran normal yang bendalir penggerudiannya naik melalui anulus.
thermohaline circulation (THC)peredaran termohalin (THC)Sains MarinTiadaPeredaran air laut berskala besar yang dikawal oleh perbezaan ketumpatan air yang dipengaruhi oleh perubahan suhu dan kemasinan air laut. Secara asasnya, peredaran termohalin bermula apabila air di kawasan kutub menyejuk dan tenggelam lalu merebak ke segenap lautan. Aliran ini berterusan dan secara beransur-ansur bergerak ke permukaan dan akan kembali tenggelam apabila tiba di kawasan kutub hingga melengkapkan satu kitaran pergerakan air berskala global.
normal circulationperedaran normalKejuruteraanPetroleumPeredaran bendalir penggerudian yang lancar tanpa gangguan yang bermula dari kolam lumpur, turun ke, dalam telaga melalui batang gerudi, keluar melalui bit dan naik semula melalui ruang anulu balaik ke kolam lumpur. Rujuk : peredaran songsang.
yolk sackantung yolkaKejururawatanTiadaPundi bermembran yang melekat pada embrio serta mengandungi nutrisi untuk embrio yang sedang berkembang dan sebagai sistem peredaran darah sebelum peredaran dalaman bermula.
arterial circulationperedaran arteriPerubatanTiadaPeredaran darah melalui arteri.
12345678910...

Kembali ke atas