Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.rem.pat]/[per.em.pat] | ڤرامڤت

Definisi : ; se~ = satu ~ satu drpd empat bahagian yg sama banyak, suku (1/4); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rem.pat]/[per.em.pat] | ڤرامڤت

Definisi : dibahagikan dgn empat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perempat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
satu per empat/satu perempat daripada pelajar kelas itu ialah pelajar lelaki.Ejaan yang betul ialah "satu perempat".Ejaan24.02.2015
1. dua per empat ATAU dua perempat, dan ikut Kamus Dewan, seperdua dieja sebagai satu perkataan. 2. pen drive dalam bahasa Melayu?

1. Ejaan yang betul ialah dua perempat.

2. Padanan pen drive dalam bahasa Melayu ialah pemacu pena.

Tatabahasa17.06.2009
Bagaimanakah penulisan kata bilangan pecahan yang betul, contoh: satu per satu, satu per dua, satu per tiga, satu per empat, satu per lima ATAU satu persatu, satu perdua, satu pertiga, satu perempat, satu perlima. Sekian, terima kasih.Ejaan yang betul ialah satu per satu (bermaksud satu demi satu), satu perdua, satu pertiga, satu perempat dan satu perlima bermaksud satu bahagian daripada jumlah dua bahagian, tiga bahagian, empat bahagian dan lima bahagian.Tatabahasa23.03.2011
Pecahan: satu per dua ATAU satu perdua? satu per sepuluh ATAU satu persepuluh?Ejaan yang betul ialah satu perdua, satu pertiga, satu perempat dan satu perlima, satu persepuluh  bermaksud satu bahagian daripada jumlah dua bahagian, tiga bahagian, empat bahagian dan lima bahagian dan seterusnya.
Ejaan20.11.2017
Ayat-ayat berikut yg mana betul? Tolong membuat penerangan. Thank you ! 1) Adakah puluh / ratus / ribu / juta merupakan penjodoh bilangan? a) Dua juta orang rakyat Malaysia Dua juta rakyat Malaysia b) Berpuluh-puluh bakul Berpuluh-puluh buah bakul j) I satu suku sudu garam atau satu sudu suku garam? II satu perempat biji epal atau satu biji perempat biji epal? k) I sebahagian daripada murid-murid dari kelas II sebahagian daripada murid dari kelas III sebahagian daripada pelajar-pelajar dari kelas IV sebahagian daripada pelajar dari kelas V sebahagian daripada peniaga-peniaga VI sebahagian daripada peniaga VII sebahagian daripada pemuda-pemuda VIII sebahagian daripada pemuda

Perkataan puluh, ratus, ribu dan juta merupakan kata bilangan. Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut.


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM.

Tatabahasa21.01.2022
Ejaan bagi pecahan dieja rapat atau jarak? Contohnya, satu perdua atau satu per dua?Ejaan yang betul ialah satu per satu (bermaksud satu demi satu), satu perdua, satu pertiga, satu perempat dan satu perlima bermaksud satu bahagian daripada jumlah dua bahagian, tiga bahagian, empat bahagian dan lima bahagian.Ejaan28.10.2018
Salam, boleh saudara@saudari jelaskan, mengapa terdapat dua versi untuk ejaan satu per empat? Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (hardcopy), ejaan yang betul dalam contoh ialah satu per tiga (dalam kes saya ialah satu per empat) tetapi apabila saya menyemak ejaan dalam PRPM, ejaan satu perempat pula dikatakan betul dan menulis sumbernya ialah Kamus Dewan Edisi Keempat. Jadi, yang manakah betul? Dan mengapakah adanya versi ejaan yang berlainan itu?Sekian, teriama kasih.
Ejaan yang betul ialah satu per satu (bermaksud satu demi satu), satu perdua, satu pertiga, satu perempat dan satu perlima bermaksud satu bahagian daripada jumlah dua bahagian, tiga bahagian, empat bahagian dan lima bahagian.

Kami memohon maaf atas kekeliruan yang timbul.
Ejaan25.04.2013
Yang manakah betul? A1. Bukan semua kata ganda mempunyai sempang. A2. Tidak semua kata ganda mempunyai sempang. B1. Satu per satu. B2. Satu persatu. C1. Dua per tiga. C2. Dua pertiga.1. Kata nafi yang betul ialah bukan. Bukan semua ganda mempunyai sempang.
2. Ejaan yang betul ialah satu per satu (bermaksud satu demi satu), satu perdua, satu pertiga, satu perempat dan satu perlima bermaksud satu bahagian daripada jumlah dua bahagian, tiga bahagian, empat bahagian dan lima bahagian.
Tatabahasa26.09.2013

Kembali ke atas