Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.rem.puan] | ڤرمڤوان

Definisi : 1. wanita, lwn laki-laki: ~ itu isteri dia; raja ~ permaisuri; penyakit ~ penyakit sifilis; 2. isteri: ~nya orang Minangkabau; ~ gatal perempuan yg suka akan laki-laki; ~ jahat =~ jalang pelacur; ~ joget perempuan penari joget; ~ jungkat perempuan gatal; ~ simpanan perempuan yg dijadikan teman utk tujuan seks tanpa ikatan perkahwinan yg sah; ~ melangkahi ular tiada lepas prb perihal kelemahan perempuan; bagai bunyi ~ di air prb sangat bising (riuh-rendah); keperempuanan perihal sifat perempuan: kelakuan Rahimah sehari-hari memberi gambaran yg nyata tentang isi hati ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rem.puan] | ڤرمڤوان

Definisi : 1 jenis manusia sbg pasangan kpd lelaki; jenis manusia yg umumnya akan atau dpt melahirkan anak: Anaknya tiga orang, iaitu dua orang lelaki dan seorang ~. 2 teman hidup bagi lelaki; isteri: ~nya orang Pahang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perempuan (kata nama)
1. Bersinonim dengan wanita: kaum Hawa, kaum ibu, nisa, empuan, awewe, wadon, betina,
Berantonim dengan lelaki

2. Bersinonim dengan isteri: bini, orang rumah, suri rumah, paduri,
Berantonim dengan suami

Kata Terbitan : keperempuanan,

Puisi
 

Buah durian dibelah dua,
     Mari kutaruh dalam perahu;
Orang perempuan bersanggul dua,
     Mari kucium orang tak tahu.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Perempuan serasan,
     lelaki pemalu.

Bermaksud :

Pegangan hidup yang tidak serupa. serasan = seperasaan.

 

Lihat selanjutnya...(136)


Menganyam Kedukaan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
D:\IndexDocument\indekMenganyamKedukaan\k_Menganyam_Kedukaan.pdfMenganyam Kedukaanapa marah- marah kepada orang yang ada hak sendiri untuk bersuara, untuk bercakap. Lagmpun kata-kata mereka itulah yang sentiasa mengingatkan aku kepada siapa diriku sendiri. Pertama aku ingat diriku perempuan. Walau dalam keadaan yang bagaimanapun aku berada, aku tetap perempuan. Kalau disebut orang punggungnya bulat dan buah dadanya besar, ingatlah aku bahawa aku perempuan. Sepatutnya aku berterima kasih kepada lelaki yang nakal dan celopar itu. Memanglah aku akui juga bahawa D:\IndexDocument\indekMenganyamKedukaan\k_Menganyam_Kedukaan.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=1&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekMenganyamKedukaan&HitCount=31&hits=2207+2211+221f+226d+227d+228f+25ca+25de+2648+2654+2815+287c+28c7+29d3+2b5d+2bb8+2c17+34a7+3c6a+50aa+6182+75da+7ab7+8c18+aa6f+af81+bbd0+c14f+c401+c452+c4ae+

Kembali ke atas