women's and girl's protection | keselamatan orang perempuan dan kanak-kanak perempuan | Undang-undang | Tiada | Tiada |
ذات الخيض | perempuan haid | Agama Islam | Fiqh | Perempuan yang masih mempunyai haid atau perempuan yang belum putus haid. |
dowry | mahar | Sejarah | Tiada | Mas kahwin yang berupa harta, wang atau apa saja yang berharga sebagai lambang pemberian sama ada oleh lelaki kepada perempuan atau perempuan kepada lelaki mengikut adat atau kepercayaan yang diamalkan dalam sesebuah masyarakat. |
بنت الأخت | bintu ukht | Agama Islam | Fiqh | Anak saudara perempuan daripada saudara perempuan. |
erythrocyanosis | eritrosianosis | Perubatan | Tiada | Warna kemerahan biru pada kaki dan paha remaja perempuan, dan kadang-kadang perempuan dewasa dan gemuk, dan keadaan ini bertambah buruk pada masa cuaca sejuk, apabila bengkak merah bulat serta gatal timbul pada jari tangan atau kaki. |
convent | biara; konven | Sejarah | Tiada | 1. Konven: Kumpulan perempuan yang tinggal di dalam biara atau rahib perempuan yang hidup berasingan dari masyarakat untuk berbakti kepada Tuhan.,2. Biara: Bangunan, rumah atau tempat rahib perempuan tinggal. |
Turner’s syndrome | sindrom Turner | Perubatan | Tiada | Kecacatan genetik pada perempuan apabila individu itu hanya mempunyai satu kromosom X sahaja. Perempuan yang mengalami Sindrom Turner mempunyai genitalia luar perempuan tetapi tiada ovari, bentuk fizikalnya rendah dan mengalami kerencatan mental. |
caryatid | kariatid | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bentuk ukiran perempuan yang digunakan sebagai tiang untuk menyokong entablatur atau sebarang struktur yang serupa dengannya. Kariatid sering juga dirujuk sebagai jenis tiang atau penyokong yang berukir dengan bentuk manusia atau binatang. Contohnya, atlantes (kariatid lelaki), canephorae (perempuan menjunjung bakul), herms (perempuan tiga per empat badan atau tubuh di atas pedestal), telamones (nama lain bagi atlantes) dan terms (pedestal yang menonjol ke atas sebagai bentuk manusia, binatang atau bentuk yang bermitos). |
الحائض | perempuan haid | Agama Islam | Fiqh | Perempuan dalam keadaan haid |
المستحاضة | perempuan beristihādhaṯ | Agama Islam | Fiqh | Perempuan yang mengalami penyakit tumpahan darah dari farajnya di luar masa haid. |