Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
perempuan (kata nama)
1. Bersinonim dengan wanita: kaum Hawa, kaum ibu, nisa, empuan, awewe, wadon, betina,
Berantonim dengan lelaki

2. Bersinonim dengan isteri: bini, orang rumah, suri rumah, paduri,
Berantonim dengan suami

Kata Terbitan : keperempuanan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah penceraian suku kata untuk perkataan "perempuan"? 1. pe-rem-pu-an (atau) 2. pe-rem-puan ?Pemenggalan suku kata bagi kata perempuan ialah pe-rem-puan kerana pemenggalan dibuat mengikut bunyi dan puan dibunyikan sedemikian (puan) tidak dibunyikan sebagai pu-an.Tatabahasa28.09.2017
NYATAKAN GOLONGAN KATA UNTUK 1. PEREMPUAN 2. KALANGAN 3. BENARKAH KATA 'IA' BOLEH DIGUNAKAN UNTUK SELAIN DARIPADA BENDA HIDUP?

1. Perempuan - kata nama

2. Kalangan - kata nama

3. 'Ia' merupakan kata ganti nama diri orang ketiga boleh digunakan untuk merujuk benda yang dibicarakan termasuklah orang, benda dan perkara. Oleh itu, 'ia' boleh digunakan untuk merujuk benda hidup atau bukan hidup.

Tatabahasa13.01.2011
Helo, saya tak mencari maksud peribahasa yang berikut dalam Kamus Dewan. 1. perempuan perasan, lelaki pemalu Apakah maksudnya? 2. Jangan _________ menyakiti hati ibu kita kerana "syurga itu di bawah telapak kaki ibu." A sekali-sekali B sekali-kali C sesekali

1. Peribahasa yang betul ialah "Perempuan serasan, lelaki pemalu" bermaksud pegangan hidup yang tidak serupa.

2. Jangan _____ menyakiti hati ibu kita kerana "syurga itu di bawah telapak kaki ibu." - jawapannya A. sekali-sekali dan C. sesekali

Tatabahasa21.10.2010
1)Budak perempuan yang liat hati itu tidak mahu mengalah dengan adiknya.2)Encik Ali menyedarkan pekerja-pekerja supaya mendukung tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.3)Latif memberitahu saya bahawa dia benar berkeras dengan keputusan yang telah dibuat.TOLONG BETULKAN AYAT-AYAT TERSEBUT.TERIMA KASIH.Ayat yang betul ialah:
1. Budak perempuan yang keras hati itu tidak mahu mengalah dengan adiknya.
2. Encik Ali menyedarkan pekerjanya supaya melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.
3. Latif memberitahu saya bahawa dia berkeras dengan keputusan yang telah dibuat.
Tatabahasa29.08.2012
soalan 1 1. Anizah _________ dinaikkan pangkat walaupun dia sudah berkhidmat selama 12 tahun A. belum pernah B. masih belum kenapa memilih jawapan tersebut soalan 2 Pilih jawapan yang betul A. Aziah tidak perempuan yang mementingkan harta B. Lawatan ke Sarawak itu tidak cadangannya. C.Ainah bukan mudah terpedaya akan pujuk rayu jurujual itu. D.Roti itu tidak buatan syarikat tempatan mana satu jawapanya?kenapa memilih jawapan tersebut1. Dari segi tatabahasa bahasa Melayu, kedua-dua jawapan yang diberikan, iaitu "belum pernah" dan "masih belum" adalah betul dan boleh digunakan.

2. Semua jawapan yang diberikan adalah salah kerana penggunaan perkataan "bukan" dan "tidak" adalah tidak betul. Soalan A, B dan D sepatutnya menggunakan perkataan "bukan", dan soalan C sepatutnya menggunakan "tidak".
Tatabahasa19.04.2012
Saya Nama Tohiroh Kipan belajar bahasa melayu dasar ingin bertanya tentang bahasa melayu. Apakah makna perempuanMenurut data kami, maksud perempuan ialah 1. jenis manusia sebagai pasangan kepada lelaki; jenis manusia umumnya akan atau dapat melahirkan anak 2. teman hidup bagi lelaki; isteri.Makna04.11.2015
Selamat sejahtera.Berikutnya beberapa soalan yang ingin ditanya: 1. A. Dia seorang perempuan yang diam. B. Dia seorang perempuan yang pendiam. Mana satu yang betul ye? 2. Walaupun saya berusia dua tahun lebih tua daripada dia, tetapi saya lebih rendah daripada dia. Bolehkan "walaupun" dan "tetapi" digunakan dalam satu ayat yang sama? 3. A. Dia membelanjakan banyak wang untuk melancong. B. Dia banyak membelanjakan wang untuk melancong. C. Dia membelanjakan wang yang banyak untuk melancong. Sekian, terima kasih. :)Jawapan yang betul dan tepat ialah:
1. Dia seorang perempuan yang pendiam.
2. Walaupun saya berusia dua tahun lebih tua daripada dia, tetapi saya lebih rendah daripada dia.  (Berdasarkan ayat yang telah diberikan oleh saudara ini, "walaupun" boleh digunakan bersama "tetapi")
3. Dia banyak membelanjakan wang untuk melancong atau Dia membelanjakan wang yang banyak untuk melancong.
Tatabahasa17.09.2019
Wujudkah perkataan 'perleceh' yang bermaksud merendah-rendahkan atau mempersia-siakan? Terima kasih.Dalam Kamus Dewan Edsisi Keempat, leceh (lécéh)  ialah; 1. meleleh dan melekat pada tempat yang dilaluinya (seperti lilin yangg cair dll); 2. ki kurang nilai (harga, mutu, dsb), tidak berguna, hina: memang engkau ~, apa yang engkau hendak, engkau sendiri tidak tahu; ~ budi tidak berbudi; perempuan ~ perempuan sundal; 3. ki cerewet lagi remeh (pekerjaan dll), lambat, lengah, rumit: pekerjaan yang ~; meleceh mengampu (ketua, majikan), bermuka­-muka (dengan ketua dll); melecehkan tidak menghiraukan, meman­dang rendah (hina dll); perlecehan perihal hina; peleceh orang yang suka mengampu atau bermuka-muka (dengan ketua dll).Tatabahasa10.09.2013
minta tanya suku kata yang betul untuk perkataan di bawah. 1. main 2. perempuan 3. keluarga 4. ceria 5. kuih Sebelum saya pernah minta tanya, dimanakah saya dapat buku rujukan suku kata. Saya diberitahu dewan tatabahasa edisi ketiga. Boleh pihak tuan beritahu di manakah saya dapat beli atau emel muka depan supaya saya dapat cari di kedai buku. Terima kasih.

Pemenggalan suka kata bagi perkataan tersebut:

Main – ma.in
Perempuan – pe.rem.pu.an
Keluarga – ke.lu.ar.ga
Ceria – ce.ri.a
Kuih -  ku.ih

Selain daripada buku Tatabahasa Dewan, tuan juga boleh merujuk buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu. Ketiga-tiga buku tersebut merupakan terbitan DBP. Untuk melihat kulit buku, tuan boleh membuat carian melalui Internet. Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pembelian buku, tuan boleh menghubungi talian berikut:

Anjung DBP: 03-2147 9597/03-2147 9598
Kompleks DBP Hulu Kelang: 03-41010028/019-2141956 (WhatsApp)
Layari laman web ini https://dbpniaga.my

Tatabahasa17.06.2021
Apa khabar? Saya ada dua soalan. 1. Sila tanya, selain daripada "pisau cukur", bolehkah saya guna "perempuan kaki cukur" untuk menggelar seorang perempuan yang suka menghabiskan harta atau wang lelaki? 2. Sila tanya yang mana adalah betul untuk kedua-dua ayat "keretapi" dan "kereta api"? Ataupun, kedua-dua pun boleh digunakan? Terima kasih.

1. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, perempuan yang suka menghabiskan harta atau wang lelaki digelar sebagai pisau cukur.

2. Ejaan yang betul ialah kereta api.

Lain-lain06.05.2020
123456789

Kembali ke atas