Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perempuannya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam DBP, (A) Individu yang wajar dipertanggungjawab dan diberi hukuman ialah bapa yang membunuh anak perempuannya. (B) Individu yang wajar dipertanggungjawabkan dan diberikan hukuman ialah bapa yang membunuh anak perempuannya. Rakan saya berkata ayat (A) tepat kerana untuk benda hidup seperti manusia, kita elak gunakan imbuhan "kan". Contoh: cikgu memberi saya buku, dan bukan cikgu memberikan saya buku. Apakah pandangan DBP? Terima kasih.
Perkataan 'memberi' dan 'memberikan' merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan 'memberi' hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala 'memberikan' hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Contoh : Abang memberi adik sebatang pensil; Pengetua memberikan nasihat kepada semua  pelajar.
Tatabahasa18.06.2021
Salam DBP, Ayat yang yang mana gramatis? (A) Individu yang wajar dipertanggungjawab dan diberi hukuman ialah bapa yang membunuh anak perempuannya. (B) Individu yang wajar dipertanggungjawabkan dan diberikan hukuman ialah bapa yang membunuh anak perempuannya. Terima kasih.Perkataan "memberi" dan "memberikan" merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan "memberi" hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala "memberikan" hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Contohnya:

1.  Ali memberikan makanan kepada ikan (memberikan + benda tidak bernyawa (makanan))
2.  Ali memberi ikan makanan ( memberi + benda bernyawa (ikan)

Tatabahasa21.06.2021
Puan, Jawaban yang paling tepat untuk ayat berikut ialah " menyikat" atau " menyisir"? Puan Hamidah sedang _______ rambut anak perempuannya supaya tidak kusut. Terima kasih.Perkataan yang tepat ialah menyikat.Tatabahasa14.08.2013
Saya dimaklumkan bahawa perkataan "memberi" perlu diikuti dengan benda bernyawa. Akan tetapi, bagaimanakah kalau benda bernyawa menjadi objek pemberian? Contoh: Pak Samad memberikan anak perempuannya kepada Ali untuk dijadikan isterinya. Dalam kes ini, "memberi anak perempuan" atau "memberikan anak perempuan" yang betul?
Perkataan "memberi" dan "memberikan" merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan "memberi" hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala "memberikan" hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa.


Tatabahasa30.10.2013
Apakah maksud sumbang mahram?Sumbang mahram bermaksud perlakuan zina yang berlaku antara dua orang anggota terĀ­dekat daalm sesebuah keluarga, misalnya antara abang dengan adik perempuan atau ayah dengan anak perempuannya.Makna07.09.2016
Apakah makna SAUDARA..SEPUPU...SAUDARAMARA..KELUARGA...TKMerujuk Kamus Dewan, saudara ialah orang yg sama ayah dan ibunya (ibu atau ayahnya sahaja yg sama), abang (kakak) atau adik: ia berazam utk menuntut bela atas kematian ~ perempuannya; 2. orang yg ada hubungan kekeluargaan, sanak: dia bukan ~ saya, hanya kenalan sahaja; 3. orang yg sama darjat. Sepupu ialah saudara sedatuk (senenek). Saudara mara pula ialah semua kaum keluarga sendiri (jauh dan dekat). Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna10.12.2008
Apa beda antara "sumbang mahram" dengan "sumbang muhrim"?Dalam Kamus Dewan, terdapat istilah sumbang mahram yang bermaksud perlakuan zina yang berlaku antara dua orang anggota dalam sesebuah keluarga, misalnya antara abang dengan adik perempuan ayah dengan anak perempuannya.

Makna05.09.2013
Maaf, saya ingin bertanya tentang rantai pinakol. Adakah pihak DBP tiada sebarang maklumat tentang pinakol? Saya telah membuat carian di carian umum tetapi tidak dijumpai. Mohon pencerahan daripada pihak DBP.Pinakol merujuk pada hiasan gubahan manik yang dipakai oleh masyarakat Rungus di utara Sabah, Kudat. Gubahan manik Pinakol telah menjadi warisan turun temurun dikalangan masyarakat Rungus di Kudat. Pinakol menjadi pusaka turun temurun dalam keluarga rungus di sebelah perempuan iaitu, peninggalan ibu kepada anak perempuannya. Pinakol terdiri daripada sepasang tali pinggang jenis selempang bermanik leper yang dikenakan melintang dada ke belakang bagi kegunaan hiasan biasa. Sejenis lagi biasanya dikenakan pada tradisi perkahwinan suku kaum Rungus di Kudat. Hasil kerja manik, warna yang digunakan dan reka bentuknya dapat membezakan etnik Rungus dari etnik lain di Sabah dengan mudah. Ia sering dikenakan bersama pakaian tradisi masyarakat Rungus yang kebiasannya bewarna hitam. Selain itu, Manik jenis ini juga  digunakan sebagai rantai leher untuk lelaki dan perempuan.Lain-lain02.07.2020
Salam Sejahtera, pihak DPB. Setelah memahami konsep frasa nama, saya kembali keliru lagi apabila diminta mencari frasa nama dalam petikan cerpen. Saya ingin meminta kepastian daripada pihak DBP untuk mengenal pasti 4 frasa nama dalam petikan contoh dibawah supaya saya boleh membandingkannya dengan jawapan yang saya telah dapatkan: Terpegun sejenak Mariah apabila sampai di hadapan rumah ayahnya. Dia menoleh sejenak ke arah kereta suaminya yang sudah pun bergerak keluar untuk menjemput dua orang anak perempuannya di pusat tuisyen. Kereta ayahnya tidak ada. Tentu ayahnya keluar. Namun, hatinya mengatakan kereta itu mungkin dibawa oleh abangnya, Borhan. Mana mungkin! Abangnya sudah mempunyai kereta, tetapi mungkin kereta Abang Borhan rosak. Dengan anggapan itu, Mariah terus masuk ke dalam rumah ayahnya tanpa mengetuk pintu.Frasa nama yang terdapat dalam petikan tersebut seperti yang berikut: 1) rumah ayahnya 2) kereta suaminya 3) Kereta ayahnya 4) kereta Abang BorhanTatabahasa06.10.2017
Assalamualaikum tuan, Apa yang saya ketahui, kata penguat tidak boleh hadir secara berganding. Apabila saya merujuk Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Terbaharu, kenyataan ini memang tidak dinyatakan tetapi saya ada terbaca dalam sebuah buku rujukan bahawa terdapat enam kata penguat yang boleh berganding iaitu: 1. Terlalu amat 2. Terlalu sangat 3. Sungguh Amat 4. Sungguh Kurang 5. Agak kurang 6. Amat sangat Saya mohon penjelasan tuan. Sekian, terima kasih.

Darjah penguat boleh hadir secara bergandingan dalam satu ayat. Sebaliknya yang tidak boleh hadir serentak ialah darjah penghabisan. Sila lihat contoh frasa/ayat yang diberikan:

1.  Anak perempuannya terlalu amat baik rupanya.

2. Ibu bapa tidak sepatutnya terlalu sangat memanjakan anak-anak mereka.

3. Sungguh amat malang nasibku ...

4. Teramat cantik

5. Amat cantik sekali

6. Teramat cantik sekali (bentuk yang salah - darjah penghabisan tidak boleh hadir bersama)

Tatabahasa29.03.2011
12

Kembali ke atas