Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.re.sa.pan] | ڤرسڤن

Definisi : perihal (proses dsb) meresap: ~ gas; ~ unsur-unsur budaya material. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.re.sa.pan] | ڤرسڤن

Definisi : perihal (proses) meresap, meresapi atau meresapkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
resap
Kata Terbitan : meresap, meresapi, meresapkan, terserap, resapan, keresapan, peresapan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya, apakah perbezaan antara 'resapan' dan 'peresapan'? Dapatkah pihak tuan/puan memberikan contoh penggunaan bagi setiap perkataan? Terima kasih.Selamat ptg.
1. Resapan ialah apa-apa yg telah meresap Contoh: Kertas itu sudah berbulu-bulu dan berbelang-belang oleh resapan air.
2. Peresapan ialah perihal (proses) meresap, meresapi atau meresapkan. Contoh: Peresapan unsur-unsur budaya material.
Istilah20.07.2016
Salam dan Selamat Sejahtera tuan/puan. Berdasarkan takrifan yang diberikan pihak DBP, Diffusion diterjemahkan kepada pembauran, peresapan dan penyebaran pada 25/5/2019. Penyebaran bermaksud-perihal (kegiatan, usaha, dsb) menyebarkan, penaburan, pengembangan: perubahan besar telah berlaku dlm cara ~ agama Islam;Kamus Dewan Edisi Keempat Kekeliruan saya berkaitan dengan perkataan diffusion. Perkataan penyebaran adakah sama maksud dengan pengembangan? Saya menukar perkataan penyebaran kepada pengembangan bagi menerangkan proses inovasi dalam sektor awam. Penerangan saya juga merujuk kepada Diffusion of Innovation Theory bagi menerangkan pengembangan idea dalam sektor awam. Mana yang lebih sesuai penggunaan? Pengembangan idea atau penyebaran idea? Terima kasih banyak atas bantuan dan kerjasama tuan/puan. Pohon maaf jua atas segala kesulitan. Salam hormat.

Merujuk konsep dan konteks yang diberikan, perkataan yang lebih sesuai ialah “penyebaran” idea. Konsep asal dalam bahasa Inggeris yang diberikan, iaitu “Diffusion of Innovation Theory”, lebih tepat jika diterjemahkan sebagai “Penyebaran Teori Inovasi”. Tiada perbezaan yang jelas antara “pengembangan” dan “penyebaran” dan kedua-dua perkataan ini boleh bersilih ganti mengikut konteks dan konsep. Namun, penggunaan “pengembangan” dalam bidang istilah lazimnya melibatkan objek yang dapat dilihat secara fizikal atau bersifat kegiatan, contohnya pengembangan teknologi, bandar atau infrastruktur dan merupakan padanan bagi perkataan “expansion”. Perkataan “penyebaran” biasanya dikaitkan dengan sesuatu yang mujarad (abstrak) atau taksa (kabur, tidak pasti) seperti idea, doktrin, cahaya, bau dan sebagainya. Contohnya, the rapid ~ of new doctrines, iaitu penyebaran pesat doktrin-doktrin baharu. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)

Makna10.06.2020
Bolehkah saya menggunakan perkataan difusi inovasi bagi menggantikan perkataan diffusion on innovation. Sekian, terima kasih.Diffusion boleh diterjemahkan kepada peresapan, resapan, bauran, pembauran, penyebaran dan difusi dan perkataan difusi digunakan dalam bidang fizik. Kami mencadangkan penggunaan perkataan bahasa Melayu seperti pilihan yang tersedia, kecuali jika perkataan berkenaan tidak dapat menggambarkan konsep yang dimaksudkan dalam bahasa sumber.Penyemakan dan penterjemahan25.05.2019
Salam, Apakah ayat yang sesuai untuk menggantikan perkataan DIFFUSION OF INNOVATION THEORY dalam bahasa melayu. Sekian, terima kasihDiffusion diterjemahkan kepada pembauran, peresapan dan penyebaran. Kami mencadangkan diffusions of innovation theory di terjemahkan kepada penyebaran teori inovasi, sekiranya sesuai dengan konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan25.05.2019

Kembali ke atas