Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ga.du.han] | ڤرݢادوهن

Definisi : perkelahian, pertengkaran, perbantahan, rusuhan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ga.du.han] | ڤرݢادوهن

Definisi : perbuatan bergaduh: Ngah Ibrahim tidak dpt berbuat apa-apa utk menghentikan ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pergaduhan

Peribahasa

Lawak-lawak main,
     bunga tahi.

Bermaksud :

Bergurau senda yang akhirnya membawa kepada pergaduhan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
social conflictkonflik sosialPentadbiranPentadbiran Awam

Pergaduhan, perbalahan atau konfrontasi yang wujud dalam kalangan masyarakat. Konflik sosial sering kali dilihat dalam bentuk perebutan kuasa, pertindihan autoriti, perbezaan ideologi, percanggahan maklumat, dan pertikaian pendapat dan fahaman. Konflik sosial akan membawa kesan negatif kepada kestabilan politik, kedudukan ekonomi dan kesejahteraan awam. Antara contoh konflik sosial adalah ialah pertelingkahan melibatkan jawatan, konflik kepentingan, persaingan yang tidak sihat serta pertelingkahan melibatkan peranan sosial.

thrillerfilem ngeriKomunikasiTiadaGenre filem yang mengandungi unsur ngeri seperti pembunuhan, pergaduhan, dan kadangkala dikaitkan dengan filem seram.
angermarahPerubatanTiadaPerasaan benci, dendam, kecewa, hampa dan sebagainya yang mungkin mencetuskan pergaduhan dan permusuhan. Keadaan ini boleh dirawat dengan kaunseling atau ubat.
dogfighting ringgelanggang laga anjingSukanTiadaTempat atau kawasan anjing yang dilagakan dalam pergaduhan fizikal hingga mati untuk tujuan perjudian atau hiburan kepada penonton.
dogfightinglaga anjingSukanTiadaSejenis sukan berdarah antara dua ekor anjing yang dilagakan dalam pergaduhan fizikal hingga mati untuk tujuan perjudian atau hiburan kepada penonton.
breach of peacepecah keamananUndang-undangTiadaMelakukan sesuatu yang menimbulkan atau mengakibatkan rusuhan, kekecohan, perkelahian, pergaduhan dan sebagainya.
breach of lawpelanggaran undang-undangUndang-undangTiadaMelakukan sesuatu yang menimbulkan atau mengakibatkan rusuhan, kekecohan, perkelahian, pergaduhan dan sebagainya.
verbal altercationperbalahan lisanKriminologiKeadilan JenayahTindakan berbalah atau bergaduh secara percakapan atau lisan. Contohnya, dua kumpulan kongsi gelap yang terlibat dalam perbalahan lisan sehingga menyebabkan pergaduhan.
grievous bodily harmkecederaan parah tubuh badanKriminologiKeadilan JenayahKecederaan fizikal yang serius yang dilakukan oleh seseorang secara sengaja terhadap mangsa. Kecederaan ini boleh disebabkan oleh penggunaan senjata atau kekuatan fizikal. Contohnya, pergaduhan yang mengakibatkan kehilangan anggota badan atau fungsi anggota badan seperti penglihatan dan pendengaran.
victim provocationprovokasi mangsaKriminologiKeadilan JenayahTindakan yang disengajakan oleh mangsa yang menyebabkan pesalah melakukan jenayah terhadapnya. Contohnya, seorang lelaki yang mengejek nama ibu individu lain secara keterlaluan sehingga mengundang kemarahannya sekali gus menyebabkan pergaduhan di antara mereka.
12

Kembali ke atas