Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.gan.tian] | ڤرݢنتين

Definisi : pertukaran, peralihan, perubahan (kpd sesuatu yg lain); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.gan.tian] | ڤرݢنتين

Definisi : keadaan atau hal berganti (bertukar); pertukaran; perubahan: Di kawasan khatulistiwa, ~ malam dan siang ialah satu kejadian yg berlaku pd setiap hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pergantian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara pergantian dan penggantian?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pergantian bermaksud pertukaran, peralihan, perubahan (kepada sesuatu yang lain). Contoh ayat ialah Di kawasan Khatulistiwa, pergantian malam dan siang ialah suatu kejadian alam yang berlaku pada setiap hari. Penggantian pula bermaksud perihal atau perbuatan mengganti(kan). Contoh ayat ialah Proses penggantian tayar kereta yang sudah rosak menjadi rumit jika kekurangan peralatan.

Lain-lain27.09.2021
Sinonim perkataan "pindaan" ialah apa?Sinonim perkataan "pindaan" ialah perubahan, pertukaran, pergantian, pembetulan, perbaikan.Lain-lain15.03.2022
Apa bezanya antara "Pertukaran" dengan "Penukaran"?Pertukaran ialah perihal bertukar (mempertukarkan), atau disebut juga pergantian, manakala penukaran ialah perihal menukarkan atau pemindahan.Makna24.10.2014
Sinonim perkataan "pindaan" ialah pengiktirafan, penghapusan, pengubahan atau pengesahan?(4 pilih1)Sinonim bagi perkataan "pindaan" ialah perubahan, pertukaran, pergantian, pembetulan, perbaikan.

Oleh itu, antara perkataan pengiktirafan, penghapusan, pengubahan dan pengesahan, perkataan yang sinonim dengan "pindaan" ialah perubahan.
Lain-lain15.03.2022
Salam DBP. Pertukaran ATAU penukaran pendapat ? Dan, apakah perbezaan antara mrk. TKasihYang betul ialah pertukaran pendapat, iaitu perihal bertukar (mempertukar­kan), pergantian, perubahan, perbuatan, dan sebagainya bertukar-tukar (pendapat dan sebagainya); manakala penukaran bermaksud perihal menukarkan (mengu­bah­kan, memindahkan, menggantikan, dan lain-lain), seperti penukaran cenderamata.
Tatabahasa09.07.2021
Mohon pandangan penggunaan perkataan yang betul di antara penukaran dan pertukaran. Contoh ayat: Pertukaran lot hartanah.

“Penukaran” ialah perbuatan menukar atau menukarkan, manakala ”pertukaran” pula ialah perbuatan atau hal bertukar, pergantian atau perubahan. Oleh itu, jawapan yang sesuai ialah “pertukaran lot hartanah”

Tatabahasa05.01.2022
1. Bila perlu guna perkataan penukaran dan pertukaran 2. Ejaan pengwujudan yang betul

1.  Penggunaan setiap kata perlu bersesuaian dengan maksudnya; penukaran merujuk perihal menukarkan (mengubahkan, memindahkan, menggantikan, dan lain-lain), contohnya: diadakan penukaran tandatangan sebagai cenderamata; manakala pertukaran merujuk perihal bertukar (mempertukarkan), pergantian, perubahan, perbuatan, bertukar-tukar pendapat dan sebagainya, contohnya: sebagaimana mata pelajaran lain, pelajaran senaman juga menghendaki pertukaran dari satu jenis ke satu jenis yang lain.

2.  Ejaan yang betul ialah pewujudan.

Tatabahasa14.01.2011
Selamat petang. Saya mempunyai beberapa soalan yang hendak ditanya. 1) Bagaimanakah cara untuk menterjemah frasa 'a falling stone' ke dalam Bahasa Melayu? 'Batu yang berjatuh'? 2) Apakah perkataan yang seerti dengan perkataan bahasa Inggeris 'update' dan 'update' dalam konteks-konteks seperti: * I need to update the firmware. * I need to upgrade my hardware. 3) Apakah perbezaan 'penukaran' dengan 'pertukaran'? 4) "Meja ini diperbuat daripada kayu" atau "Meja ini dibuat daripada kayu"? 5) Apakah nama rasmi bahasa kebangsaan kita untuk kegunaan formal? 'Bahasa Melayu' atau 'Bahasa Malaysia'? Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjawab soalan-soalan saya ini. Saya benar-benar menghargainya."1. Batu yang jatuh 2. update - kemas kini 3. Berdasrkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pertukaran bermaksud perihal bertukar (mempertukar­kan), pergantian, perubahan, perbuatan, dsb bertukar-tukar (pendapat dsb). Penukaran bermaksud perihal menukarkan (mengu­bah­kan, memindahkan, menggantikan, dll), pemindahan, penggantian, pengubahan 4. Kedua-dua ayat adalah betul. 5. Nama rasmi bahasa kebangsaan kita ialah bahasa Melayu.Makna16.07.2013
Apa itu masa?Masa ialah 1. waktu, ketika: ~ dan tempat perundangan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak; bila-bila ~; 2. jangka waktu yg agak lama (ketika sesuatu kejadian dll yg penting berlaku), zaman; ~ Jepun zaman pendudukan Jepun; 3. jangka waktu yg tertentu (ada permulaan serta batasnya); ~ capaian (Komp) masa yg diperlukan utk mendapatkan data yg diproses; ~ kerja waktu yg ditentukan utk sesuatu pekerjaan; separuh ~ pertama (kedua) waktu permainan bola sepak dll dr permulaan hingga pertengahan (dr pertengahan hingga akhir); ~ depan (hadapan, datang) zaman yg akan datang; ~ karbon zaman lapisan karbon terbentuk (dlm tanah); ~ kecil ketika masih kecil (zaman masih budak-budak); ~ kering musim kering; ~ lampau waktu yg telah lalu (lepas); ~ lapang (lega) waktu senggang; ~ peralihan masa berlaku perubahan atau pergantian (drpd suatu keadaan kpd keadaan lain); ~ Permian (Geo) zaman selepas zaman karbon; ~ rehat waktu utk berehat; dr se~ ke se~ dr satu waktu ke waktu lain;Makna13.10.2010
Apakah perbezaan penggunaan perkataan 'masa' dan 'waktu'?Masa ialah 1. waktu, ketika: ~ dan tempat perundangan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak; bila-bila ~; 2. jangka waktu yg agak lama (ketika sesuatu kejadian dll yg penting berlaku), zaman; ~ Jepun zaman pendudukan Jepun; 3. jangka waktu yg tertentu (ada permulaan serta batasnya); ~ capaian (Komp) masa yg diperlukan utk mendapatkan data yg diproses; ~ kerja waktu yg ditentukan utk sesuatu pekerjaan; separuh ~ pertama (kedua) waktu permainan bola sepak dll dr permulaan hingga pertengahan (dr pertengahan hingga akhir); ~ depan (hadapan, datang) zaman yg akan datang; ~ karbon zaman lapisan karbon terbentuk (dlm tanah); ~ kecil ketika masih kecil (zaman masih budak-budak); ~ kering musim kering; ~ lampau waktu yg telah lalu (lepas); ~ lapang (lega) waktu senggang; ~ peralihan masa berlaku perubahan atau pergantian (drpd suatu keadaan kpd keadaan lain); ~ Permian (Geo) zaman selepas zaman karbon; ~ rehat waktu utk berehat; dr se~ ke se~ dr satu waktu ke waktu lain;

waktu ialah 1. rangkaian atau rentetan saat (yg telah berlalu dan yg akan datang), masa: secara rohaniah manusia itu bebas, bebas utk bergerak, baik dlm ruang mahupun dlm ~; 2. ukuran masa yg tertentu, jangka masa: dlm ~ dua jam lagi, dia akan sampai; 3. saat (masa) tertentu utk melakukan sesuatu atau sesuatu yg telah ditetapkan, spt sembahyang dll: ~ tidur hendaklah berkelambu; jangan kau tinggalkan sembahyang lima ~; 4. saat, kala, ketika: pd ~ itu dia tiada di rumah; 5. masa yg memberikan kesempatan utk (berbuat sesuatu, berehat, dll), kesempatan, peluang, tempoh: ~ lapangnya dihabiskannya dgn menulis; 6. keadaan hari dll, suasana: tubuhnya panas tiap-tiap petang dan berpeluh pd ~ malam;
Makna22.02.2012
12

Kembali ke atas