Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.gan.tu.ngan] | ڤرݢنتوڠن

Definisi : 1. alat atau tempat utk menggantung; 2. tempat bergantung (mis orang yg dipercayai atau yg boleh memberikan pertolongan), tempat bersandar, tempat mengharapkan pertolongan; 3. perihal (perbuatan, sikap) bergantung (pd sesuatu): jelaslah ~ pd beberapa barangan utama akan terus menjejaskan ekonomi negara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.gan.tu.ngan] | ڤرݢنتوڠن

Definisi : perihal bergantung atau mengharapkan pertolongan (bantuan) orang lain: Ibu bapanya satu-satunya tempat ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pergantungan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara perkataan 'pergantungan' dengan 'penggantungan'? Boleh beri contoh ayat untuk setiap maksud yang ada daripada kedua dua perkataan ini.Pergantungan merupakan perihal bergantung atau mengharapkan pertolongan atau bantuan orang lain. Contoh dalam ayat, “Mak Siti merupakan satu-satunya tempat pergantungan Aida selepas kematian ibu bapanya.” Manakala penggantungan pula bermaksud perihal menggantung, tempat menggantung sesuatu dan tempat menggantung orang. Contoh dalam ayat, “Kerja-kerja penggantungan bingkai gambar di rumah banglo itu memakan masa yg agak lama.”Makna07.01.2021
Adakah maksud kebergantungan dan pergantungan sama?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud "kebergantungan" ialah perihal/keadaan bergantung (pada): Contoh: sikap kebergantungan pada orang lain. Manakala maksud "pergantungan" pula ialah alat atau tempat utk. menggantung, tempat bergantung, tempat bersandar (pada seseorang atau orang lain).Istilah12.11.2014
tidak pasti perkataan seperti berikut: penambahbaikan penguatkuasa dewan serbaguna hak milik/ hakmilik berkuatkuasa/ bekuat kuasa mengemaskini/ mengemas kini spesis/ spesies menambahbaik/ menambahbaik urusetia/ urus setia pergantungan/ penggantunganEjaan yang betul ialah penambahbaikan, menambah baik, urus setia, hak milik, dewan serba guna, pergantungan, kemas kini.Ejaan15.10.2008
Boleh saya tahu apakah yang di maksudkan dengan "pegantungan"? Adakah ayat ini betul sekiranya; - Dadah membawa pegantungan fizikal dan psikologi ? Jika betul... Boleh tolong huraikan atau terangkan ayat tersebut? Terima kasihEjaan yang betul ialah pergantungan  yang bermaksud  1. alat atau tempat utk menggantung; 2. tempat bergantung (mis orang yg dipercayai atau yg boleh memberikan pertolongan), tempat bersandar, tempat mengharapkan pertolongan; 3. perihal (perbuatan, sikap) bergantung (pd sesuatu): jelaslah ~ pd beberapa barangan utama akan terus menjejaskan ekonomi negara. Ayat yang betul ialah Pesalah itu dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh hakim kerana mengedar dadah.Tatabahasa07.02.2010

Kembali ke atas