Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ge.ra.kan]/[per.ge.ra/.kan] | ڤرݢرقن

Definisi : kebangkitan (utk memperjuangkan sesuatu): ~ kaum ibu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ge.ra.kan]/[per.ge.ra/.kan] | ڤرݢرقن

Definisi : keadaan atau hal bergerak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pergerakan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERGERAKAN

Pergerakan terjadi apabila sesuatu objek bertukar

tempat di dalam ruang. Pergerakan ialah istilah

bandingan dan bukannya istilah mutlak. Sesuatu

objek berkemungkinan berada dalam pergerakan

bagi sesuatu objek lain tetapi berkemungkinan juga

pegun bagi objek ketiga. Contohnya, andaikan anda

sedang menaiki kereta api dan melewati seseorang

yang sedang berdiri di tepi landasan. Orang yang

berdiri di tepi landasan akan melihat anda dan

penumpang lain di atas kereta api seperti sedang

bergerak, tetapi penumpang yang duduk di sebelah

anda di dalam kereta api sebenarnya duduk tetap

pada pandangan anda.

UMUM 
PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALIPertubuhan negara.SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
PERGERAKAN PENGHAPUSAN PERHAMBAAN

Pergerakan penghapusan perhambaan

ialah aktiviti yang berlaku pada tahun 1700-an dan

1800-an bagi mengakhiri perhambaan. Kebanyakan

penggeraknya berlaku di Britain dan Amerika

Syarikat tetapi pergerakan antiperhambaan juga

berlaku di negara-negara lain.

UMUM 
ALIRAN PERGERAKAN NEGARA (ALIRAN)

 

Aliran Pergerakan Negara (Aliran), sebuah pergerakan sosial. Pergerakan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran sosial dan menggalakkan tindakan sosial dalam kalangan masyarakat untuk keadilan. Ahli pergerakan ini terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang.

    

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
SONATA

Sonata ialah gubahan instrumental yang

mengandungi beberapa pergerakan. Sesebuah

sonata mempunyai kontras tempo dan kekunci,

tetapi pergerakannya adalah berkaitan antara satu

sama lain dari segi pemikiran. Sonata yang digubah

selepas pertengahan tahun 1700-an mengandungi

tiga atau empat pergerakan. Sonata klasik biasa

bermula dengan alegro yang hebat (pergerakan

rancak). Pergerakan kedua perlahan, berirama, dan

berlirik. Pergerakan ketiga yang hanya merupakan

pilihan, biasanya ringan dan lemah gemalai, dan

mungkin dalam bentuk tarian atau scherzo

(gurauan). Pergerakan terakhir atau finale mengikut

rentak rancak dan riang. Lihat juga Muzik klasik

(Bentuk sonata).

UMUM 
ALDINGTON, RICHARD

Aldington, Richard (1892–1962), penulis dan

penyair Inggeris. Dia seorang tokoh dalam

pergerakan imagis, suatu pergerakan yang

berkembang antara tahun 1910 hingga tahun 1918.

UMUM 
PERGERAKAN FENIAN

Pergerakan Fenian ialah kumpulan pejuang

yang ditubuhkan oleh nasionalis Ireland untuk

membebaskan Ireland daripada pemerintahan

Inggeris. Pada akhir tahun 1850-an, negarawan

Ireland yang dikenali sebagai Fenian mula

merancang revolusi untuk mencapai kemerdekaan.

Kumpulan Fenian mendapat namanya daripada

Fianna, kumpulan wira mitos orang Ireland (lihat

Kesusasteraan Ireland [Kisah kewiraan cinta, dan

rupa]).

UMUM 
PERGERAKAN DUA PULUH ENAM JULAI

Pergerakan dua puluh enam Julai ialah

sebuah kumpulan revolusi Cuba yang diketuai oleh

Fidel Castro yang menggulingkan diktator

Fulgencio Batista pada tahun 1959. Ia diberi nama

sempena tarikh pada tahun 1953 apabila Castro

gagal menawan berek askar di Santiago de Cuba.

UMUM 
PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA

PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA, bahagian penting dalam parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).  Bahagian ini pada asalnya dikenal sebagai Jabatan Kaum Ibu UMNO yang ditubuhkan pada akhir tahun 1947 dengan Puan Sri Datin Hajah Puteh Mariah Ibrahim Rashid sebagai ketuanya.  Ia kemudian dinamakan Pergerakan Kaum Ibu (PKI) UMNO pada 25 Ogos 1949.  Pada 1971, ia dikenal sebagai Pergerakan Wanita UMNO (PWU).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
TEKTONIK KEPINGTeori perihal pergerakan benua, dalam bentuk keping serta kesan diakibatkan oleh pergerakan tersebut pada kulit Bumi.GEOGRAFI DAN GEOLOGITeori/Teorem/Hukum
12345678910...

Kembali ke atas