Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.gé.sé.ran] | ڤرݢيسيرن

Definisi : 1. pergesekan; 2. perselisihan, pertelingkahan: sebarang ~ dlm parti tidak boleh dianggap sbg jalan ke arah keretakan; di sini terjadi pula ~ makna sesuatu kata; 3. pertukaran tempat, peralihan tempat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.gé.sé.ran] | ڤرݢيسيرن

Definisi : 1 persentuhan yg berlaku ketika bergerak; hal bergeser. 2 ki perbezaan pendapat; perselisihan antara dua orang atau dgn beberapa orang lain. 3 peralihan tempat; pergantian jawatan (ttg pegawai). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pergeseran


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
O'NEALE, PEGGY

O’Neale, Peggy (1796–1879) ialah salah seorang

tokoh utama dalam salah satu sejarah pergeseran

terbesar masyarakat Washington, D.C.

Pergeseran itu menyebabkan Presiden Amerika

Syarikat, Andrew Jackson, menyusun semula

Kabinetnya.

UMUM 
PIERCE, FRANKLIN

Pierce, Franklin (1804–1869) ialah Presiden

Amerika Syarikat mulai tahun 1853 hingga tahun

1857. Dia memimpin negaranya menempuh salah

satu zaman yang paling makmur dalam sejarah

Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, tempoh

itu juga merupakan satu pengalaman pahit

apabila berlaku pergeseran antara Amerika Selatan

dengan Utara yang mengakibatkan tercetusnya

Perang Saudara Amerika (1861–1865). Pierce juga

menghadapi tentangan yang semakin hebat

daripada penduduk Amerika Utara terhadap

sebarang bentuk pengembangan perhambaan.

UMUM 
KEJATUHAN MELAKA

KEJATUHAN MELAKA, peristiwa kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511. Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang membawa kepada berlakunya peristiwa ini. Faktor dalaman dirangsang oleh sebab peribadi yang timbul akibat pergeseran berterusan antara dua golongan pembesar Melaka yang terdiri daripada pembesar Melayu dan pembesar Melayu Tamil-Islam. Kemunculan pembesar Melayu yang mewarisi  darah Tamil-Islam bermula apabila Mani Purindan diambil sebagai menantu oleh Seri Nara Diraja pada masa pemerintahan Sultan Muhammad Syah. Mani Purindan memperoleh dua orang anak iaitu Tun Ali dan Tun Wati. Tun Ali kemudiannya mewarisi gelaran Seri Nara Diraja, manakala Tun Wati diperisterikan oleh Sultan Muhammad Syah. Perkahwinan antara Sultan Muhammad Syah dengan Tun Wati melahirkan Raja Kassim yang kemudian menjadi Sultan Melaka bergelar Sultan Muzaffar Syah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa

Kembali ke atas