Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pergi (kata kerja)
1. Bersinonim dengan menuju ke: menujui, menghala ke, mengarah ke,
Berantonim dengan datang

2. Bersinonim dengan berhambus: cabut, lari, nyah, incit, keluar, hilang, turun, angkat kaki, kepol, calo, andun,

3. Bersinonim dengan bertolak: berlepas, berangkat, belayar, berjalan, bercemar duli, bertolak punggung, mengorak langkah, mengorak sila,
Berantonim dengan tiba

4. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan meninggal dunia, mati, wafat, mangkat,

Kata Terbitan : berpergian, kepergian, pemergian,

Puisi
 

Petang hari tanam keladi,
     Daun keladi balik-balik;
Hamba pergi bawa diri,
     Tinggallah duduk berbaik-baik.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Pergi lempeng balik lepat.

Bermaksud :

Pergi dengan modal yang sedikit, balik dengan keuntungan yang banyak. lempeng = penganan yang tipis dan pipih.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
return coach transferbas persiaran pergi balikLain-lain11.04.2007
Selamat sejahtera. Saya memerlukan kepastian antara frasa "keluar masuk" dan 'pergi balilk' . Mengapakah tiada penyelarasan? Jika mengikut kebiasaan, kita akan masuk dahulu kemudian keluar dan bukan sebaliknya. Manakala frasa "pergi balik' tepat penggunaannya kerana kita pergi dahulu kemudian balik. Harap dapat penjelasan. Terima kasih.Frasa "keluar masuk" dan "pergi balik" hanya kelaziman berbahasa sahaja.  Begitu juga dengan frasa "turun naik".  Kita masih boleh menggunakan frasa "naik turun, tiada apa salahnya.  Terima kasih.Lain-lain08.09.2014
Hi, saya nak daftar iklan di DBP SAH BAHASA saya sudah isikan semua dan sudah pilih Pihak Berkuasa Tempatan Lepas semua siap , saya click simpan, Then system tulis "berjaya dicipta". Tapi saya pergi bayar, sana tulis "Rekod tidak wujud. Sila buat permohonan", tak ada bayaran boleh pilih saya pergi balik paparan utama, masuk tadi iklan yang saya permohonan tapi yang tempat "Pihak Berkuasa Tempatan" jadi Tiada Rekod Then saya kemas kini semula then sent satu kali lagi system tulis "Masalah Kemaskini permohonan tidak berjaya" saya sudah cuba lain account , lain computer pun tak bolehSaya sudah maklumkan perkara ini kepada pegawai teknikal.

Pegawai teknikal kami akan cuba membantu menyelesaikan masalah tuan.
Lain-lain24.08.2018
Saya telah diarahkan berpatah balik pergi ke rumah.Saya telah berpatah balik datang ke rumah. Ayat di atas betul ke?

Ayat yang betul ialah “Saya telah diarahkan berpatah balik ke rumah.”

Lain-lain30.08.2022
Menurut kamus dewan, borak -balik bermaksud ulang-alik. Jadi, adakah kedua-dua ayat berikut betul? a) Dia terpaksa ulang-alik ke mahkamah kerana menjadi saksi dalam perbicaraan kes itu. b) Dia terpaksa bolak-balik ke mahkamah kerana menjadi saksi dalam perbicaraan kes itu.

Salam sejahtera,

Kedua-dua ayat yang dikemukakan oleh saudara betul namun, penggunaan ulang-alik lebih gramatis jika digunakan dalam ayat yang tersebut.

    Penggunaan perkataan bolak-balik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,  ulang-alik, pergi balik: bas itu pergi ke Singapura ~; 2. tidak tetap atau berubah-ubah (percakapan atau perbuatan seseorang), berbalik-balik, berbelit-belit: cakapnya ~;berbolak-balik berbalik-balik, berulangulang: fikiran itu masih ~ dlm kepalanya; membolak-balikkan 1. membalik-balikkan, mengolak-alikkan: sudah kami bolak-balikkan, sudah kami tating-tating, dan sudah kami kaji buruk baiknya; 2. memutarbelitkan: dicubanya ~ perkara itu.

Tatabahasa13.10.2012
Semasa saya pergi dan balik dari pejabat... Adakah kata sendi 'ke' harus ada selepas 'pergi' dalam ayat di atas? Terima kasih.Kata sendi "ke" tidak perlu selepas perkataan "pergi". Frasa "Semasa saya pergi dan balik dari pejabat..." sudah gramatis.Tatabahasa27.05.2013
mencari maksud dan difinisi untuk perkataan sewa,pajak, dan beli

Sewa:- 1. penggunaan (peminjaman) sesuatu dgn membayar wang: segala yg bersabit dgn tanah itu spt jual beli, gadai-menggadai, ~, dll mestilah didaftarkan; 2. sesuatu (kereta, rumah, dll) yg boleh digunakan dgn membayar wang: kereta ~; rumah ~; tanah ~; 3. wang yg dibayarkan utk menggunakan sesuatu, tambang (bkn kenderaan): ~ rumah kami sangat murah; ~ pergi balik; ~ beli urus niaga atau sistem jual beli yg membolehkan pembeli memperoleh atau menggunakan barang (spt kereta dll) yg dibelinya dgn hanya membayar sejumlah wang pendahuluan dan kemudian menyelesaikan bayaran baki harga barang tersebut secara ansuran;

Pajak:- 1. kuasa utk mengerjakan sesuatu dgn membayar sewa kpd kerajaan dll, pak; ~ candu a) kuasa utk menjual candu; b) tempat menjual candu; 2. Id cukai: ~ bumi (tanah); ~ pendapatan (penghasilan, pencarian) 1 8 cukai yg dikenakan pd pendapatan orang; 3. kedai atau warung; 4. sj gerai tempat menjual barang-barang (di pasar); ~ ikan (sayur) tempat ikan (sayur) dijual; ~ gadai a) kuasa utk membuka rumah gadai; b) = rumah ~ tempat menggadaikan barang-barang; ~ judi tempat berjudi; ~ kepala ark cukai yg dikenakan pd setiap orang;

Beli:- = membeli 1. memperoleh barang dgn mem bayar (harganya): anak itu disuruhnya ~ kopi di kedai; 2. mencapai (memperoleh) sesuatu dgn usaha yg keras (dgn pengorbanan): ijazah itu saya beli dgn usaha siang dan malam; ~-belah membeli berbagai-bagai jenis barang; alah (kalah) ~ menang memakai prb barang yg baik memang mahal harganya tetapi lama dapat dipakai; gajah lalu dibeli, kosa tidak terbeli prb pekerjaan besar dapat dibuat, tetapi pekerjaan kecil utk menjayakan pekerjaan besar itu tidak terbuat; mahal dibeli, sukar dicari prb benda yg tidak mudah didapat (jarang ada);

Makna21.04.2009
ulang-alik dan bolak-balik kedua-dua perkataan ini ada perbezaan ?Sila berikan maksud dan penggunaannya. Terima kasih.

Makna ulang-alik ialah kerap kali (berkali-kali) pergi dan balik, bolak-balik, mundar-mandir: empat kali Pak Pandir dgn Mak Andeh berangkut ~, baharulah habis semuanya. Olak-alik pula ialah

  • berulang-ulang, bolak-balik, tidak tetap, (berubah-ubah pendirian, pegangan, percakapan, dll);
  • Makna21.10.2009
    Adakah mundar-mandir, bolak-balik dan ulang-alik sama maksudnya?Adakah mundar-mandir, bolak-balik dan ulang-alik sama maksudnya?
    Mundar-mandir, bolak-balik dan ulang-alik mempunyai satu makna yang sama iaitu pergi dan balik berkali-kali. Namun ada makna bola-balik yang membawa maksud tidak tetap percakapan dan perbuatan.
    Makna19.12.2013
    Yang manakah adalah ayat yang betul? Jika terdapat kesalahan, bolehkah tuan menerangkan sebab kesalahan tersebut: 1) gerai ini menjual pelbagai barangan daripada makanan, pakaian hingga barangan perhiasan. 2) kita sedang berada pada/di ketinggian 10 000 kaki 3) tambang dikenakan untuk/ke atas setiap penumpang setiap hala (per passenger per way) 4) bayaran penyertaan yang dikenakan kepada/ke atas/untuk setiap peserta ialah sebanyak RMXXX 5) nikmati lebih/lebih banyak ganjaran dengan program kesetiaan kami terima kasih

    1. Gerai ini menjual pelbagai barangan seperti makanan, pakaian dan barangan perhiasan. (kata sendi nama 'daripada'  dan hingga tidak sesuai digunakan)
    2. Kita sedang berada pada ketinggian 10,000 kaki (Sendi nama 'pada' dalam ayat ini  merujuk keterangan waktu atau masa manakala 'di' pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat yang tetap)
    3. Tambang pergi balik dikenakan kepada setiap penumpang (Sendi nama kepada merujuk kepada orang atau objek dan ke atas pula menunjukkan arah)
    4. Bayaran penyertaan yang dikenakan kepada setiap peserta ialah RMXXX. (Sendi nama kepada merujuk kepada orang atau objek)
    5. Nikmati lebih/lebih banyak ganjaran dengan proram kesetiaan kami (kedua-dua ayat ini betul)

    Tatabahasa18.02.2018
    12

    Kembali ke atas