Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pergi (kata kerja)
1. Bersinonim dengan menuju ke: menujui, menghala ke, mengarah ke,
Berantonim dengan datang

2. Bersinonim dengan berhambus: cabut, lari, nyah, incit, keluar, hilang, turun, angkat kaki, kepol, calo, andun,

3. Bersinonim dengan bertolak: berlepas, berangkat, belayar, berjalan, bercemar duli, bertolak punggung, mengorak langkah, mengorak sila,
Berantonim dengan tiba

4. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan meninggal dunia, mati, wafat, mangkat,

Kata Terbitan : berpergian, kepergian, pemergian,

Puisi
 

Petang hari tanam keladi,
     Daun keladi balik-balik;
Hamba pergi bawa diri,
     Tinggallah duduk berbaik-baik.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Pergi lempeng balik lepat.

Bermaksud :

Pergi dengan modal yang sedikit, balik dengan keuntungan yang banyak. lempeng = penganan yang tipis dan pipih.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaNampak beting jauhnya pelik, Nampak perahu pergi balik; Sungguh biring jatuh tergolek, Undur-undur dia terkam balik.
Kurik Kundi Merah SagaPetang hari tanam keladi, Daun keladi balik-balik; Hamba pergi bawa diri, Tinggallah duduk berbaik-baik.
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke Jeddah pergi haji, Barulah balik berseri-seri; Kalau sudah abang pergi, Adik di sini apa nak jadi?
Kurik Kundi Merah SagaDari Damak terus ke Bentan, Pergi berburu balik hari; Desa semak dahulunya hutan, Tidak disangka jadi negeri.
Kurik Kundi Merah SagaCik tuan pergi ke laut, Bawalah balik ketam betina; Kalau cik tuan menjadi rambut, Bolehlah saya menjadi bunga.
Kurik Kundi Merah SagaCik tuan pergi ke hulu, Bawa balik batil tembaga; Kalau tuan mati dahulu, Nantilah saya di pintu syurga.
Kurik Kundi Merah SagaIkan kekek ikan gelama, Ikan tiada dalam sungai; Abang pergi tujuh purnama, Abang balik adik tak kenal.
Kurik Kundi Merah SagaPetang-petang pergi ke hulu, Sampai ke hulu memetik buah; Kalau tuan balik dahulu, Sudah petang hati tak puas.
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke hulu tanam selasih, Orang bersikat di dalam bilik; Kalau adik kenang kekasih, Baik kita berikat balik.

Kembali ke atas