Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pergi (kata kerja)
1. Bersinonim dengan menuju ke: menujui, menghala ke, mengarah ke,
Berantonim dengan datang

2. Bersinonim dengan berhambus: cabut, lari, nyah, incit, keluar, hilang, turun, angkat kaki, kepol, calo, andun,

3. Bersinonim dengan bertolak: berlepas, berangkat, belayar, berjalan, bercemar duli, bertolak punggung, mengorak langkah, mengorak sila,
Berantonim dengan tiba

4. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan meninggal dunia, mati, wafat, mangkat,

Kata Terbitan : berpergian, kepergian, pemergian,

Puisi
 

Anak Cina pergi ke hutan,
     Pergi ke hutan memburu rusa;
Teras gaharu sangka bukan,
     Salah pandang rosak binasa.


Lihat selanjutnya...(210)
Peribahasa

Rumah terbakar tikus habis lari (= keluar).

Bermaksud :

Apabila terjadi sesuatu kesusahan di dalam negeri, maka isi negeri itu pun mengungsi ke tempat lain. mengungsi = pergi menyelamatkan diri ke tempat yang aman.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pingpong diplomacydiplomasi pingpongSains PolitikHubungan AntarabangsaDiplomasi yang wujud sempena pertandingan pingpong pada tahun 1971 di Tokyo. Semasa pertandingan tersebut, perwakilan China menjemput pasukan Amerika Syarikat untuk melawat China. Pasukan Amerika menerima jemputan tersebut dan pergi ke China. Jemputan perwakilan China ini dianggap sebagai satu petanda bahawa Beijing ingin menjalinkan semula perhubungan dengan Amerika Syarikat. Henry Kissinger pergi ke China pada tahun yang sama dan diikuti Presiden Nixon pada tahun 1972. Oleh itu, jemputan lawatan oleh perwakilan China semasa pertandingan pingpong dianggap sebagai alat petunjuk yang penting dalam diplomasi.
digressionpenyimpanganKesusasteraanTiadaBahan yang kurang jelas kaitannya dengan tema atau perbincangan pokok yang dimasukkan ke dalam cerita sebelum cerita tersebut disambung semula. Daripada satu pihak, penyimpangan dianggap sebagai satu kelemahan kerana mengganggu perkembangan plot dan memperlihatkan pengarang tidak dapat mengawal jalan cerita dengan baik. Penyimpangan biasanya tidak digenari dalam esei formal, drama atau naratif yang padat serta kental susunannya. Daripada pihak yang lain, penyimpangan dianggap menawarkan kelegaan komik atau memberi maklumat tambahan untuk memperhebatkan cerita. Penyimpangan sering digunakan dalam novel pikares (picaro) dan novel epik. Antara bentuk penyimpangan yang digunakan ialah simile epik. Selain itu, penyimpangan yang digunakan ialah simile epik. Selain itu, penyimpangan juga dijumpai dalam esei yang tidak formal sifatnya atau novel yang menggunakan aliran kesedaran. Penyimpangan yang panjang dikenali sebagai hujungan rinci. Antara penulis yang gemar menggunakan penyimpangan ialah Lawrence Sterne dalam karyanya yang berjudul Tristram Shandy. Karya ini mengandungi satu bahagian, iaitu Digression on Digressions, sementara dalam karya De Quincey pula penyimpangan dikatakan lebih panjang daripada tema utamanya. Dalam contoh sastera Melayu, episod punakawan dalam pewayangan adalah kelegaan komik yang boleh dianggap sebagai penyimpangan. Penyimpangan berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud �pergi ke tepi�. Lihat juga aliran kesedaran, epik, hubungan rinci, kelegaan komik, novel pikares, simile epik.
fingerjariTeknologi MaklumatTiadaAtur cara yang memberi nama individu atau organisasi yang dikaitkan dengan alamat e-mel. Atur cara ini juga mungkin dapat memaklumkan sama ada pengguna sedang menggunakan sistem atau masa sesi log masuk pengguna terakhir. Untuk mengesan seseorang pengguna Internet, pengguna perlu mempunyai atur cara finger dalam komputer atau pengguna boleh pergi ke get laluan dalam web dan memasukkan alamat e-mel pengguna tersebut. Pelayan komputer pengguna haruslah mempunyai atur cara yang membolehkan permintaan finger diproses. Kemudahan finger biasanya terdapat di institusi pengajian tinggi dan syarikat besar.
hospitalizationhospitalisasiPsikologiPsikologi UmumKemasukan pesakit ke tempat atau persekitaran kemoterapi atau farmakoterapi. Tindakan ini boleh membantu pesakit meninggalkan persekitaran yang boleh memudaratkan kesihatan. Hospital berfungsi memberi perlindungan kepada pesakit dari segi rawatan, menjalankan diagnosis, bantuan nasihat psikologi dan sebagainya supaya pesakit sentiasa berasa selamat. Walau bagaimanapun, tidak semua hospital atau persekitarannya berada dalam keadaan sempurna sehingga pesakit merasakan keadaan hospital adalah lebih teruk daripada tempat kediaman mereka. Keadaan ini boleh menyebabkan pesakit sukar untuk pergi ke hospital malah boleh menjadi trauma apabila memikirkan pengalaman buruk yang dihadapi. Pesakit mental yang pernah menjalani rawatan di hospital dalam keadaan sedemikian juga boleh berasa serik untuk ke hospital. Hal ini bukan sahaja berlaku kepada pesakit tersebut tetapi juga kepada keluarga mereka yang keberatan untuk membawa anak mereka mengulangi rawatan di hospital tersebut.

Kembali ke atas