Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.gi.gian] | ڤرݢيݢين

Definisi : perihal gigi: formula ~ binatang mengerip; Penolong Pengarah Perkhidmatan Perubatan Bahagian P~; Fakulti P~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.gi.gian] | ڤرݢيݢين

Definisi : hal-hal mengenai gigi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pergigian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perkataan yang lebih sesuai untuk menggambarkan organisasi di Kementerian Kesihatan Malaysia. Adakah: 1. Program Kesihatan Pergigian (sedia ada) 2. Program Perkhidmatan Kesihatan Pergigian 3. Program Pergigian Program berperanan sebagai agensi utama untuk; 1. Menentukan, membangun serta mengkaji semula dasar kesihatan pergigian 2. Menerajui penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang serta peraturan berkaitan amalan kesihatan Pergigian Negara 3. Menerajui pengendalian Perkhidmatan Kesihatan Pergigian termasuk merancang, mengatur, melaksana, memantau dan menilai penjagaan kesihatan pergigian 4. Menerajui pengendalian Aktiviti Promosi Kesihatan Pergigian.Frasa yang sesuai ialah 2. Program Perkhidmatan Kesihatan PergigianLain-lain10.01.2018
Pohon nyatakan penggunaan bahasa yang betul untuk menggambarkan organisasi; Adakah 1. Program Pergigian 2. Program Kesihatan Pergigian atau 3. Program Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Buat masa sekarang kami menggunakan- Program Kesihatan Pergigian. Terima kasihNama yang lebih tepat untuk menggambarkan organisasi ialah PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN (program - untuk menjelaskan aktiviti yang dilaksanakan)Lain-lain05.01.2018
Definisi bagi perkataan Jururawat PergigianJrurawat pergigian ialah orang yang bertugas membantu doktor gigi/merawat pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan pergigian.Makna07.05.2009
Selamat sejahtera, Apakah gelaran yang kita patut gunakan bagi orang yang datang ke klinik pergigian? Adakah 'pesakit' atau 'pelanggan'. Oleh sebab klinik pergigian berbeza dengan klinik biasa dan orang yang datang ke klinik pergigian tidak semestinya mengalami sebarang penyakit (mereka mungkin hanya ingin melakukan prosedur pergigian biasa seperti membersihkan gigi). Yang manakah sesuai digunakan? 1) Melayan pesakit. 2) Melayan pelanggan. Mohon penjelasan DBP, terima kasih.Betula, pesakit bermaksud orang yang sakit. Jika tidak sakit boleh ditulis, orang ramai mendapatkan rawatan di klinik gigi. Pelanggan lazimnya merujuk orang yang membayar untuk sesuatu khidmat yang diperoleh.Tatabahasa26.04.2015
Terapist - jururawat pergigianterapiLain-lain25.03.2008
bagaimanakah ejaan baharu jawi untuk "KLINIK PERGIGIAN IGLOO"Ejaan Jawi bagi perkataan Klinik Pergigian Igloo ialah کلينيک ڤرݢيݢين ايݢلو

Lain-lain02.03.2022
Dikatakan betul, Klinik Pergigian Dr. Ali dan salah bagi Klinik Gigi Dr. Ali. Bagaimanakah dengan Klinik Mata Dr. Ali dan Klinik Telinga Dr. Ali?Frasa yang paling tepat ialah Klinik Pergigian bagi merujuk hal yang berkaitan dengan gigi dan bukannya gigi semata-mata. Padanan dalam bahasa Inggeris ialah dental clinic dan tidak ada teeth clinic. Hal ini mungkin tidak sama bagi Klinik Mata dan Klinik Telinga.Tatabahasa18.12.2013
salam sejahtera..mana perkataan yang betul digunakan...Klinik Gigi Aina atau Klinik Pergigian Aina? terima kasih tuan..

Ayat yang betul ialah Klinik Pergigian Aina

Tatabahasa09.07.2011
Salam Sejahtera, Saya ingin bertanya mengenai beberapa terma yang digunakkan dibidang pergigian. Saya teleh mengunakkan carian PRPM dan telah mendapatkan terjemahan beberapa terma yang digunakkan dalam bidang pergigian. Saya ingin tahu sama ada terma-terma ini diiktirafkan oleh DBP atau tidak. Terma-terma seperti dalam lampiran yang dimuatnaik. Sekian terima-kasih.Pihak kami akan meneliti semua istilah yang telah dikemukakan. Kami akan menghubungi tuan untuk pengesahan istilah setelah selesai penelitian tersebut. Lain-lain11.01.2022
Salam bahagia. Kami akan membuka sebuah klinik pergigian di sebuah kompleks membeli-belah. Untuk memohon lesan iklan, pihak berkuasa Majlis Bandar Subang Jaya mahu kami melampirkan iklan/nama klinik kami kepada pihak tuan supaya pihak tuan mengesahkan ejaan perkataan "Klinik Pergigian Woo" adalah betul. Tolong bagi tahu cara untuk meminta pengesahan name klinik daripada pihak tuan. Sekian. Terima kasih. Dr. Woo Soey Geok/03-7806-1755Sila masuk ke ruangan Khidmat Pengesahan Iklan DBP untuk pengesahan iklan melalui laman web http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/Pelanggan/login.aspx
Sekian terima kasih
Lain-lain26.04.2017
123

Kembali ke atas