Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.gi.gian] | ڤرݢيݢين

Definisi : perihal gigi: formula ~ binatang mengerip; Penolong Pengarah Perkhidmatan Perubatan Bahagian P~; Fakulti P~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.gi.gian] | ڤرݢيݢين

Definisi : hal-hal mengenai gigi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pergigian


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERGIGIAN

Pergigian ialah seni dan sains mendiagnosis,

merawat, dan mencegah penyakit-penyakit gigi,

rahang, dan tisu lembut di sekeliling mulut. Doktor

pergigian menjaga pesakit mereka dalam banyak

cara, terutamanya melalui kemahiran mereka

mengenal, membetulkan, dan mencegah masalah

gigi dan tisu yang menyokong gigi. Doktor

pergigian juga boleh mengambil peranan sebagai

ahli kesihatan pergigian. Misalnya, mereka boleh

mencadangkan cara yang betul untuk memberus

gigi supaya gigi sihat.

UMUM 
ORTODONTIK

Ortodontik merupakan satu cabang bidang

pergigian yang mencegah dan membetulkan

kedudukan gigi yang tidak tersusun. Selain

mencacatkan penampilan diri, kedudukan gigi yang

tidak tersusun sukar dibersihkan. Oleh itu, gigi

lebih mudah rosak dan menyebabkan penyakit gusi

[lihat Gigi (Penyakit Periodontal)]. Ia juga

menyebabkan masalah kunyahan dan pertuturan.

UMUM 
LIGNOKAINA

Lignokaina ialah sejenis ubat untuk menahan

rasa sakit di bahagian tubuh yang tertentu.

Ubat seperti ini dinamakan anestetik setempat.

Lignokaina digunakan di dalam pembedahan

dan prosedur pergigian sebagai penyekat saraf

bahagian. Ini bermakna, ia disuntik di sekeliling

saraf yang mengawal deria rasa di bahagian tubuh

yang tertentu. Lignokaina juga digunakan dalam

salap dan semburan yang berpreskripsi ataupun

yang tidak berpreskripsi sebagai bahan anestetik

untuk kecederaan kulit yang kecil. Lignokaina

digunakan juga untuk merawat denyutan jantung

yang tidak normal.

UMUM 
KEJURURAWATAN

Kejururawatan ialah suatu profesion yang

memberi tumpuan terdapat penjagaan orang sakit

dan juga pencegahan penyakit. Kebanyakan

jururawat bekerja di hospital. Ada juga jururawat

menjaga pesakit di kediaman pesakit sendiri.

Banyak jururawat yang lain pula membantu doktor

di klinik pergigian dan perubatan, di sekolah, di

taman bimbingan kanak-kanak, di kedai dan kilang,

dalam pasukan angkatan tentera, dan di dalam

kapal, kereta api, dan kapal terbang. Jururawat

dengan latihan khas boleh juga mengajar di

sekolah kejururawatan, iaitu melatih lelaki dan

perempuan untuk menjadi jururawat.

UMUM 
SULAIMAN DAUD

SULAIMAN DAUD, Datuk Amar (1934 -      ), ahli politik dan menteri.  Dia lahir pada 5 Ogos 1934 di Kuching, Sarawak.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah St. Joseph, Kuching.  Pada tahun 1962, Sulaiman memperoleh Ijazah B.D.S. (Pergigian) dari Otago University, Dunedin, New Zealand.  Pada tahun 1965, dia memperoleh ijazah B.Sc. (Public Health) dari University of Toronto, Kanada.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas