Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.gi.gian] | ڤرݢيݢين

Definisi : perihal gigi: formula ~ binatang mengerip; Penolong Pengarah Perkhidmatan Perubatan Bahagian P~; Fakulti P~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.gi.gian] | ڤرݢيݢين

Definisi : hal-hal mengenai gigi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pergigian


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dental behaviour shapingpembentukan tingkah laku pergigianPergigianTiadaPembentukan sikap pesakit kanak-kanak supaya positif terhadap rawatan pergigian. Pembentukan tingkah laku pergigian menggunakan pelbagai pendekatan pengendalian kelakuan seperti kaedah terang-tunjuk-buat dan model tingkah laku pergigian.
dental behaviour reinforcementpengukuhan tingkah laku pergigianPergigianTiadaTindakan yang diambil bagi mengukuhkan tingkah laku pergigian iaitu dengan mengulang kembali kaedah dan jenis rawatan yang telah dibuat. Lihat juga pengurusan tingkah laku pergigian
dental behaviour assessmentpenilaian tingkah laku pergigianPergigianTiadaProses penilaian keupayaan pesakit untuk bekerjasama semasa rawatan pergigian dijalankan. Penilaian ini dibuat bagi mengenal pasti kaedah pengurusan tingkah laku pesakit yang sesuai untuk pesakit. Penilaian tingkah laku berbeza mengikut umur, status kesihatan dan sikap pesakit. Contohnya, kanak-kanak berusia dua tahun kurang mampu untuk mengikut arahan maka rawatan pergigian perlu dijalankan dengan menggunakan teknik bius am. Manakala kanak-kanak yang lebih berusia mampu mengikut arahan dan rawatan pergigian dijalankan dengan kaedah pramedikasi atau kaedah terang-tunjuk-buat.
dental behaviour modellingmodel tingkah laku pergigianPergigianTiadaPenggunaan pesakit kanak-kanak yang mempunyai sikap yang baik terhadap rawatan pergigian sebagai contoh kepada kanak-kanak lain. Kaedah ini biasanya dilakukan kepada pesakit baru ataupun pesakit yang bersikap negatif terhadap rawatan pergigian.
dental behaviour managementpengurusan tingkah laku pergigianPergigianTiadaPengendalian sikap pesakit kanak-kanak yang takut dan tidak bekerjasama terhadap rawatan pergigian melalui beberapa kaedah. Kaedah ini melibatkan pembentukan sikap dan penyahpekaan perasaan takut, melalui teknik terang-tunjuk-buat, teknik alih perhatian, model tingkah laku pergigian dan penggunaan ubat bagi menenangkan pesakit tersebut. Penggunaan ubat dilakukan secara pramedikasi, sedasi nitrus oksida atau bius am. Melalui kaedah ini, pesakit dapat memberikan kerjasama semasa rawatan dijalankan.
dental wedgebaji pergigianPergigianTiadaAlat pergigian yang berbentuk segi tiga dan biasanya diperbuat daripada kayu atau plastik. Alat ini dimasukkan di celah gigi untuk merapatkan gegelang matrik pada gigi yang hendak direstorasikan. Ia berfungsi untuk menghalang pengeluaran bahan tampalan di pinggir gingiva kaviti semasa pemadatan. Lihat gambar.
bean-bag dental chairkerusi pergigian beg kekacangPergigianTiadaKerusi pergigian khas yang dibuat bagi kanak-kanak yang menghadapi kesulitan untuk duduk lurus atas kerusi pergigian biasa. Dengan menggunakan kerusi jenis ini, kanak-kanak tersebut akan dapat duduk dengan tenang dan tidak berasa takut terjatuh dari kerusi. Kerusi ini diisi dengan biji kekacang yang akan mengikut bentuk badan pesakit yang mendudukinya.
dental ancillaryansilari pergigianPerubatanTiadaPembantu doktor dan pakar pergigian yang memberi perkhidmatan pergigian kepada masyarakat. Sinonim: auksiliari pergigian.
dental auxiliaryauksiliari pergigianPerubatanTiadaPembantu doktor dan pakar pergigian yang memberikan perkhidmatan pergigian kepada masyarakat. Sinonim: ansilari pergigian.
dental public healthkesihatan pergigian awamPerubatanTiadaBidang pergigian yang mengkaji tentang pencegahan penyakit pergigian, penjagaan kesihatan pergigian dan peningkatan taraf kesihatan masyarakat.
12345678910...

Kembali ke atas