Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.gu.na.an] | ڤرݢوناءن

Definisi : ark 1. pemakaian: ~ alat jentera menghendaki modal yg besar; 2. faedah, guna: Paderi David Haex telah menyusun kamus Melayu-Latin utk ~ menyiarkan agama Kristian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pergunaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya tentang penggunaan "diperbanyak" dan "diperbanyakkan"; perkataan yang manakah betul? Bagi ayat berikut, adakah pergunaan perkataan ini betul? "Buku-buku bahasa Melayu perlu diperbanyak."Perbezaan antara diper- dengan dipeR-...-kan.  Awalan diper- digunakan dengan kata adjektif manakala apitan dipeR-...-kan digunakan dengan kata kerja dan kata nama.. Penggunaan imbuhan yang betul bagi kata adjektif banyak ialah diperbanyak yang membawa maksud (dijadikan lebih banyak atau bertambah banyak). penggunaan perkataan diperbanyak dalam ayat "Buku-buku bahasa Melayu perlu diperbanyak" adalah betul. Untuk maklumat lebih terperinci sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 214 - 215.Tatabahasa06.09.2017
Apakah kata ganda untuk 'kaki lima'? Adakah penggunaan 'terpenting' dalam ayat berikut salah? Mengapa? Pemakanan merupakan faktor terpenting untuk menjaga kesihatan seseorang. Adakah penggunaan 'pergaduhan' dalam ayat berikut salah? Pasangan suami isteri itu reda dengan pergaduhan itu. Adakah penggunaan 'berduaan' salah dalam ayat berikut? Duduk berduaan di tempat sunyi merupakan satu kesalahan bagi pasangan yang belum berkahwin.Kata ganda bagi kaki lima ialah kaki-kaki lima. Penggunaan "terpenting" dalam ayat tersebut betul kerana ia menunjukkan yang paling penting. Pergunaan perkataan "pergaduhan" juga betul kerana ia juga membawa maksud "perkelahian". Dalam ayat seterusnya, perkataan "berduaan" boleh digunakan kerana ia bermaksud berdua sahaja atau cuma berdua. Selain itu "berdua-duaan" juga boleh digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa16.07.2009

Kembali ke atas